Thursday 8 October 2015

Projek Qasih Sayang Pondok Penyayang Raudah

Baru-baru ini iaitu pada 3/10/2015, akak telah menjadi sukarelawan bersama teman-teman untuk satu projek iaitu Projek Qasih Sayang di Pondok Penyayang Raudah.

Pondok Penyanyang Raudah (PPR) ini terletak di Batu 11 Gombak yang menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, ibu-ibu tunggal, remaja yang bermasalah, saudara baru (muallaf) dan juga terbuka kepada orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat perubatan islam di sini. .. 

Ramai juga yang tanya... Bagaimana nak sampai ke situ ek? Korang tau tak jalan lama ke Karak?  haaa...kat situ lah .. 


Sebelum masuk ke kawasan pondok itu, kami disapa dengan deruan air terjun yang menyegarkan...








Pondok ni dikendalikan oleh pengasasnya, Ustaz Mokhtarruddin Bin Hj Mohd Said bersama isteri beliau yang beroperasi sejak tahun 1985. 


Ustaz Mokhtaruddin

Tempat ni seriously agak daif bila masuk ke dalam korang akan rasa hiba melihatnya. 

Jadi lahirlah projek peribadi antara kenalan yg sudi memberi sumbangan dari segi wang ringgit, benda asas dan mungkin akan dilanjutkan kpd sumbangan tenaga. Semasa lawatan ziarah ukhwah pada 03.10.2015 oleh sukarelawan Program Qasih Sayang (PQS), mereka seolah telah lama dibiarkan menghadapi suka duka sendirian. Mengikut kata pihak pengurusan mereka, dah 6 bulan tiada siapa atau mana-mana badan NGO yang menjengah mereka. Sedih kan?







Anyway, tempat ni kan sebenarnya memerlukan sumbangan orang ramai untuk membaik pulih asrama, surau dan sebagainya selain bantuan barangan harian - pakaian, bahan masakan, perkakas dapur etc… kat sini nantilah sumbangan tenaga diperlukan. Kita akan cuba mengumpul dana utk progress baik pulih rumah PPR nanti di Program Qasih Sayang fasa ke-dua. Niatnya nak buat “back to school sekali, pada bulan December in shaa Allah. 


keadaan di dapur




pemandangan yang menyegarkan dari dapur...




Maybe korang ada dengar atau terbaca perkara-perkara negatif pasal tempat ni. I said do NOT believe it until you see from both of your eyes! Sebelum berkata-kata perkara buruk tentang pertubuhan ni selidik dahulu. Jangan sampai kata-kata menjadi fitnah. 
Nombor daftar Pertubuhan ini ialah 0216-05-5




kolam air untuk mengambil wudhuk


Kami memulakan agenda memasak spaghetti...

barang masakan yang dibawa untuk dimasak

menyagat sayur kobis

menggaul coleslaw...




Jangan nangis kak..potong bawang tu..





Datang anak comel ni ke dapur... Bahrin namanya, baru nak breakfast..peramah budaknya.. akak borak dengannya macam-macam sambil layan dia makan biskut tu... 
dah jadi feberet akak lah tu :))


akak tinjau ke luar tingkap sebab dengar bunyi kecoh atas bumbung, tengok-tengok banyak monyet bergayut-gayut kat atas..








sedap? dah secukup rasa?




spagetti dah siap...


kuah spagetti pun dah siap...


nugget dan hotdog goreng siap...


kek coklat moist...



kurus je kucing yang dibela ni..


Ok dah siap semua... Lunch time...







yummy ! kata anak-anak ni …selera betul dia orang makan… seronok sangat melihat senyuman yang terukir. Namun jauh di sudut hati sayu dengan nasib mereka.





comel kan?


Jemput makan...


Hebahan yang meluas dan sumbangan dari rakan2, dapatlah dibelikan beberapa keperluan seperti beras, minyak masak, gula, bekalan ayam, selimut, berus gigi, ubat gigi, sabun, sabun mandi, baldi dan bakul. Al-Quran tak jadi kami bagi sebab dah banyak. 











 anak-anakkkk.... beratur semua.. nak bagi hadiah ni...






Terpancar kegembiraan di wajah mereka walaupun dengan hadiah kami yang tak seberapa ini...tapi cukup untuk membahagiakan mereka tika itu..


Selama kami berada di Pondok Penyayang Raudah itu, yang kami telah amati dan nampak ini lah antara bahan-bahan yang diperlukan oleh mereka...

1. tikar getah untuk dapur
2. pembaikan semula untuk dapur (simen,sink,pasir,)
3. pinggan mangkuk ( untuk kegunaan harian)
4. barang basah ( makanan hari2 memandangkn mereka hanya bergantung pada income anak ustaz)
5. barang kering (kegunaan harian,beras,minyak masak,bawang,sabun mandi,sabun basuh,)
6. baju (harian+baju basahan)
7. barang keperluan sekolah( beg, baju, kasut sekolah, peralatan sekolah)

Semua ni untuk kegunaan harian anak-anak di sana.. memandangkn hari tu kami tak tengok bilik tidur dia orang,  tak tau la samada tempt tidur anak-anak tu selesa atau pun tak.


Selesai semua agenda kami bersama anak-anak ini, 
kami beransur dengan hati yang sebak ketika meninggalkan mereka.




Dua orang anak di bawah ni puas akak cuba nak dukung dia orang, dua-dua tak nak, mengeraskan diri aje. Dah tu, senyum pun langsung tak nak... betapa menggambarkan hati mereka yang cekal ini tanpa belaian manja kasih sayang ibu dan bapa..




Pondok Penyayang Raudhah (PPR) tidak menerima sumbangan tetap dari mana-mana pihak kerajaan mahupun dari pihak NGO. PPR masih lagi dalam rangka untuk mencari pihak-pihak yang sudi memberikan sumbangan tetap atau berperingkat.

Sebarang pertanyaan elok ditanya terus kpd mereka.
No.tel: +60 3 6185 2068 (ustaz Mokhtarruddin)

Jika ada sesiapa yang berhajat hendak menyalurkan sumbangan menerusi Admin PQS pun boleh. kalau nak join pun lagi bagus. Anda boleh terus hubungi Lissa : 012 914 5859 atau Fyda 016- 6884199



Kami semua dalam grup sukarelawan ini sebenarnya dipertemukan dalam grup Backpackers Buddies Malaysia(BBM) dan kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua orang yang sumbangkan derma dalam projek ini.

Nantikan Program Qasih Sayang kami seterusnya ye...


No comments:

Post a Comment

Popular Posts