Saturday, 28 June 2014

Genap Setahun Pemergian Ayahandaku Tercinta

Assalamualaikum pagi 28 Jun 2014...

Al-Fatihah buat arwah ayahanda tercinta...







Teringat kembali... telah genap setahun sudah... inilah tarikhnya ayahandaku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN) setelah admitted selama 4 bulan di IJN...keluar ICU masuk CCU, keluar CCU masuk 2-3 hari saja ke wad biasa, lepas tu dikejarkan ke wad ICU balik. Begitulah keadaannya selama 4 bulan dan aku berada dalam keadaan cemas selalu, berhenti degup jantung setiap kali mendapat panggilan telefon dari pihak IJN.

Masih ku simpan pas parking di IJN ni yang ku gunakan setiap hari untuk melawat arwah di dalam wallet ku... berat rasa hatiku untuk membuangnya...





Majlis Tahlil Malam Pertama Arwah pergi... kariah masjid..



Majlis Tahlil Arwah oleh kumpulan yasin wanita di hari ke 40 arwah pergi ...





Bondaku.. Senyum dalam duka... tangisan dalam tawa...  tika Majlis Tahlil tahun lepas




terjumpa pulak post ini yang di post oleh anakku...




Ayahandaku dalam kenangan....
Arwah telah pulang ke rahmatullah pada usia 77 tahun, lagi seminggu nak masuk 78 tahun, pada 10 Julai... kalau tak silap, tarikh mula berpuasa pada tahun lepas...


Rindu sangat kat abah...
bila rindu, aku selalu tatap gambarnya...
Sepanjang yang ku ingat, arwah abah ku ini seorang yang amat mementingkan kebersihan dan sentiasa nampak smart walaupun dia sakit. Tetap nak bercukur dan kemas diri sehinggalah seminggu sebelum abah pergi, dia  dah tak berdaya lagi untuk kemaskan diri, baru itu lah aku nampak akan diri nya yang tak terurus...








Kami anak beranak berkampung di IJN selama lebih kurang 4 bulan lamanya. Akhirnya, ayahanda telah pergi mengadap Illahi dalam keadaannya yang koma di wad CCU, IJN (dari pagi hari meninggalnya) pada jam lebih kurang 10 malam, 28 Jun 2013.



Semoga roh abah tenang di alam sana, in shaa Allah kita akan berjumpa semula nanti abah... begitu hibanya kehilangan insan tersayang.. Semoga Allah mencucuri Rahmatnya ke atas arwah... aminn...

Ini ialah kereta kesayangan arwah...
.



Setelah arwah meninggal, aku membawa keretanya ke kawasan rumahku, untuk dijual...Bukannya aku tak sayang kereta ni, sayang sangat...banyak memori.. tapi apa kan daya, tak ada siapa yang nak gunakan kereta ini sebab kami semua ada kereta masing-masing...


Tetapi apa yang terjadi pula, ada bahagian dekat enjin kereta tu yang dicuri pulak...
silap nya ialah aku menampal kertas 'For Sale' di cermin kereta... Namun, alhamdulillah ada jugak orang yang membeli kereta ini dengan harga yang berpatutan, walaupun tak boleh start dah... terpaksa di towing.. Ramai peminat kereta antik ini rupanya...




Semadilah abah dengan tenang...
Aku akan sentiasa sedekahkan al-fatihah & yasin untuknya...





Tugas ku sekarang ialah untuk memastikan ibu ku menjalani sisa-sisa hidupnya dengan  aman dan gembira... 
in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts