Friday 16 March 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA (3) - Meredah Pantai Timur (Terengganu)



Assalamualaikum.... 
semoga kita diberkati dengan rahmatNya, insyaallah...


Aku teruskan lagi dengan agenda selanjutnya...




Perjalanan kami seterusnya ialah Terengganu Darul Iman


Penuh dengan kudap-kudapan  di dalam kereta... jawabnya mulut pun tak berhenti mengunyahlah... 


Tiba2 ternampak pulak jualan air nira di tepi jalan, lalu kami berhenti untuk merasai airnya. Aduuuhh... manisnya! Siiuunngggggg......manisnya..... terus  naik ke kepalaku!




Wah makcikku... 

tak pandang kiri kanan dah....  sedap tu! 

Tak percaya? Rasalah...hehehee..    



Kami sempat singgah di pantai kalau tak silap... pantai Chendering di Marang... betul2 di tepi jalan. 
Subhanallah! Indahnya pantai ini... 
Anginnya kencang sangat dan ombaknya agak kuat tika itu. 

Aku sempat mengutip siput2 di pantai yang beraneka warna...tapi tak pernah lagi ku jumpa yang warna ungu, warna peberet anakku tu! 
Kami memasuki ke dalam kawasan 
Taman Awam Lagun Kuala Ibai yang mana di sinilah terletaknya Masjid Terapung yang berwarna putih bersih tu. Sempat lagi tu berposing kat pantainya. 



Lihatlah keindahannya berserta dengan lambaian pokok2 kelapa 
di tepi pantai, hmmm... 
sungguh mengasyikkan 
bayu laut ini...



Alhamdulillah, kami telah pun sampai ke bandar Kuala Terengganu dan seterusnya check-in di hotel bagi melepaskan penat serta menunaikan solat. 
Selepas maghrib, kami pun keluar kembali untuk berjalan2 di sekitar bandar  Kuala Terengganu ini. 


Eh, ada taman ICT lah kat sini... apa lagi..posing2lah... 


Di sebelah kawasan ICT ini, terletaknya Pulau Warisan. Warna di pintu gerbangnya bertukar2 dari biru ke hijau 
ke purple lepas tu ke pink plak...



Cantik juga tempat ni dengan
 hiasan lampu2nya. 



Dah penat merayap, mulalah rasa lapar. 
Apa lagi...makanlah! Bila dah kenyang mulalah rasa mengantuk sebab badan pun dah penat merayap sehari sontok... 
balik ke hotel... 
zzzzzzz!!!

Esok paginya, setelah breakfast, agenda berjalan diteruskan lagi. Destinasi kami yang pertama ialah Noor Arfa Craft Complex (NACC), besar dan luas kawasannya. 
Berbagai jenis kraf tangan ada dijual serta ditunjukkan cara membuatnya di sini. 



Ada ukiran kaca hiasan, mengecop batik,    
tenunan songket, wau.. dsb.




Destinasi kami yang seterusnya ialah Pulau Duyong, (teringat plak aku pada kata2  cousinku, Zeta semasa aku postkan status berada di Pulau Duyong ini ke dalam facebook. " 

Zeta Alyahya
 kalu gambo jalan ni..dok le koi jeles..... blakang ghumoh koi pon cam ghiniii..(msh mood jeles sambil menjeling kat signbod p.duyung tuuu..) February 16 at 8:48pm
" tergelak besar aku membacanya...!) 


seorang lagi kasen chun ku, Liza...komen... Marlizaton Omar ‎(ada lori ada bas) February 16 at 8:26pm  katanya.... 


yang mana di situ terdapat  perkampungan nelayan berserta tempat membuat kapal yang agak popular jugak. 










Berhadapan dengan Pulau Duyong ini, boleh nampak Masjid Kristal yang berkilau-kilauan tu. 


Di jeti nelayan, sempat jugak aku mengacau adik ke abang ke entahlah sedang menjahit jala yang dah koyak. Malu2 kucing plak dia orang ni bila aku interbiu... brada di situ.. huhh..aku rasa macam tak nak balik..best bersantai..angin sepoi-sepoi bahasa.. 






At Pulau Duyung, traditional boat building is still thriving. Pakcik Haji Abdullah and his group of highly skilled craftsmen have been building these sturdy, seaworthy boats for the Marang fishing fleet for a long, long time now. And amazingly, the boats were built entirely from memory without the use of plans. Not only is he well known in Malaysia, Pakcik even has orders from foreign sailing enthusiasts who have heard about his skills within the international sailing community. However, he laments over how difficult it is now to build a good, sturdy boat and that is owed to the disappearing jungles of Terengganu. In the early days of his career, he could stroll into nearby jungles, pick the largest 'cengal' tree (a hardwood timber also known as ironwood) that is most suitable for building the hull; and cut it down without a second thought.

Now, much of the nearby primary jungle is gone and if there were any cengal trees left, it would be protected and after all, it's too heavy a price to pay for the timber. Yet he continues his work, meticulously putting finishing touches to the beautifully handcrafted vessels, ready to hand them over to the owner where each boat will continue the legacy of Haji Abdullah, Terengganu's finest boatbuilder.
(sumber dari internet)


Seterusnya, kami memasuki pula ke Kg. Seberang Takir yang juga terkenal dengan 'cottage industries' nya... 




Dalam pada kami berpusing2 melihat suasana kampung ni, tiba2 nampak plak tempat membuat BELACAN! Hahahahahhhh... klakarnya...sebab mula2 aku ingatkan yang disusun warna merah tu ialah bata..rupa2nya belacan! Apa lagi, kami singgah ler nak meninjau2 keadaan di dalam nya... ok lah..bersih jugak..Sempat jugak aku membeli belacan ni untuk ibu ku.


Berhadapan dengan tempat buat belacan ni, ialah tempat yang membuat senjata tajam... pisau, parang dll. 


Bagus jugak, dapat aku lihat sendiri cara2 dia orang buat senjata tajam ni.


Bersebelahan dengan kilang belacan tadi ialah tempat membuat batik pulak, 


tapi yang tak bestnya... hari tu pekerjanya semua cuti... yang ada sorang je. Haaa... dia lah yang ku interbiu... tersipu2 brader tu aku tanya macam2...


Lepas tu, singgah pula ke tempat 
keropok lekor Banggol Pauh... 










Kami meneruskan lagi perjalanan seterusnya iaitu ke bandar Merang, untuk bermalam di Kembara Resort


Sampai aje di Kembara Resort, kami di sambut dengan seekor burung merak yang berwarna putih bersih, ekornya amat panjang dan cantik... di tempat parking kereta. Tempatnya agak sunyi, mungkin sebab tak ramai orang... maklumlah bukannya musim cuti sekolah atau weekend... Berhampiran dengan resort ini lah terletaknya jeti untuk ke Pulau Redang.
Ini bas yang macam hop-on-hop-off di Trengganu


Keesokannya, kami bergerak turun kembali ke bandar Pahang kerana agenda destinasi terakhir kami ialah ke Tasik Chini, yang telah lama aku idamkan untuk melihat keindahan tasiknya serta mempunyai lagenda nya tersendiri, seekor naga penunggu Tasik Chini yang bernama Gumun. Jangan lupa... Ikuti kisah pengembaraan kami yang terakhir bagi siri Cuti-Cuti Malaysia-meredah Pantai Timur ini di siri yang ke4 pula...




sharing is caring....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts