Friday, 11 November 2016

Bandung Trip 2016 (2) - Dusun Bambu

Dusun Bambu


Dusun Bambu adalah tempat rekreasi yang terletak di utara Bandung iaitu di kaki Gunung Burangrang Cisarua Lembang yang dilengkapi dengan restaurant, pasar Khatulistiwa serta fasiliti yang lain.

Dusun Bambu terletak di Jl. Kertawangi (Komplek Komando), Cisarua Bandung Barat, harus lah melalui Jl. Kolonel Masturi KM 11.



Setelah membeli tiket, pengunjung akan dihantarkan ke lokasi Dusun Bambu dengan menggunakan kendaraan khas (shuttle) yang disebut dengan nama ontang-anting. 

Jika pengunjung memilih untuk berjalan kaki dari tempat parking, anda boleh menikmati pemandangan sawah dan hutan bambu. Pengunjung juga dilarang untuk membawa makanan ke dalam.







Terdapat beberapa tempat makan pilihan di sini seperti Restaurant Burangrang, Lutung Kasarung (sangkar burung), Food Court Dusun Bambu dan Saung Purbasari(Restaurant ini terletak di tepi danau, sambil menikmati makanan khas sunda).





Anda boleh berbasikal sambil menikmati pemandangan pegunungan yang indah di Dusun Bambu.


Jika pengunjung berminat untuk bermalam di sini, Dusun Bambu juga ada menyediakan tempat penginapan yang menawarkan pemandangan sawah padi iaitu Kampung Layung.


Danau di Dusun Bambu


Terdapat sampan sangkuriang bagi mereka yang ingin mersai pengalaman menaiki sampan ini.




Selain itu pengunjung yang mempunyai anak kecil juga boleh menikmati tempat permainan untuk kanak-kanak. Di samping itu, Dusun Bambu juga menyediakan ruang solat atau surau yang selesa.










Dah puas menerokai Dusun Bambu, tibalah waktu untuk beredar dari situ. Kami pun menunggu untuk menaiki ontang-anting (shuttle) untuk dihantar ke tempat parking.






HARGA TIKET MASUK :
Rp.15.000 seorang, diberi percuma sebotol air mineral

WAKTU OPERASI :
Dibuka setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga pukul 9 malam.


Farmhouse - destinasi lain yang sering dikunjungi pelancong



Setelah itu, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...



Sampai jumpa lagi !


--> [Next] <--




Thursday, 10 November 2016

Bandung Trip 2016 (1) - Farmhouse Susu Lembang

Farmhouse Susu Lembang


Farmhouse Lembang adalah sebuah kawasan rekreasi baru yang menarik untuk dikunjungi apabila anda datang bercuti ke Bandung. Ianya terletak di Jl.raya Lembang, no.108 Cihideung.

Lokasi Farmhouse Lembang ini berada di laluan antara Bandung - Lembang dan juga satu arah jika anda ingin ke Floating Market, De'ranch  dan Taman Begonia.

Farmhouse Lembang telah membina suatu kawasan dengan pemandangan yang ala-ala eropah cuma kawasannya tidaklah luas sangat dan masih lagi dalam pembinaan di beberapa bahagian.

Apabila memasuki kawasan ini, kenderaan akan diarahkan untuk parking dan seterusnya membeli tiket masuk dengan harga Rp.20.000 seorang.

Sejurus memasuki gerbang utamanya, mata anda akan disajikan dengan pemandangan air terjun yang indah. Apa lagi, bolehlah bergambar kat situ dengan background yang sangat cantik.

Selepas itu, akan ada papan tanda yang menyuruh kita tukarkan tiket masuk itu samada dengan segelas susu atau pun sosej bakar. Pilih sajalah yang mana sesuai dengan selera anda.

Pengurusan Farmhouse Lembang ini juga menitikberatkan kebersihan tandasnya. Selain dari cafe-cafe, ada juga gerai yang menjual jus buah. Di sini juga disediakan dengan ruang solat yang selesa. 

Jangan tak tau ye, di Farmhouse ini juga terkenal dengan rumah hobbit dan gadis-gadis yang berkostum tradisional eropah. Jika anda ingin berfoto dengan kostum itu pun boleh, kadar sewa yang dikenakan ialah Rp.50.000 untuk 2 jam. Sayang sekali kerana akak tak sempat nak pergi ke kawasan itu yang terletak agak jauh sedikit. Kalau tak pun, sure dah akak melaram dengan kostum eropah tu. Nampaknya nak kena repeat lagi ni.. hehee..















Haa..haaa.. ada juga disediakan kawasan untuk Love Locks. Tak payah lah pergi jauh-jauh macam tu ke Korea, kannn... di sini pun ada :)




kawasan yang ada rumah hobbit




Secara keseluruhannya, Farmhouse ini sangat menarik untuk dikunjungi semasa bercuti ke Bandung. Waktu operasinya adalah dari pukul 9 pagi hingga ke pukul 9 malam. 

Ke mana kita lepas ni?


--> [Next] <--



Monday, 7 November 2016

Bandung Trip 2016

Wahhh..lamanya update story trip Bandung ni tak keluar-keluar selepas post yang mula-mula tu Salam Bandung pada 23 April lalu... 7 bulan dah baru nak update....phewwww..

Tapi, tak pe lah kan... asalkan share juga story ni.. :)

Seperti biasa lah, orang kata kalau gi Bandung ni yang memang terkenal sebagai tempat shopping, tak shopping tak sah. Tapi akak idok ler nak shopping lagi this time, sebabnya.. yang pegi last year tu banyak beli kain sulam dan lace... dah tu sampai sekarang banyak yang tak berjahit lagik... hik hikk..cuma 4 pasang je akak antar, dan sampai sekarang tak pernah pakai pun lagi baju baru tu... 

Tapi akak kena bawak jugak singgah ke tempat shopping sikit, sebab ada yang nak menyoping.. cuma akak tak bawak ke pasar baru sebab tempat tu busy sangat, jalan pun jem teruk. Jadi akak bawak ke factory outlet dan kedai-kedai yang terpilih.

So, trip kali ini (rasanya dah kali ke4 trip ke Bandung ni) akak lebih suka tour ke luar kota Bandung, ke tempat-tempat yang agak jauh yang belum pernah akak sampai. This time nak tour sampai lebam! hahahaaaaa...







  

Pernah makan tak Roti JongJon ?
haaaa... sedap jugak..



first time jugak makan tahu sumedang yang femes di Bandung..


cantik pulak tempat rehat ni, di salah sebuah tempat shopping..
akak duduk berehat je sambil tunggu orang lain soping :))


hmmm.. ke mana nak tour ni?

tungguuuuu...


--> [Next] <--



Popular Posts