Showing posts with label bercuti ke Bandung. Show all posts
Showing posts with label bercuti ke Bandung. Show all posts

Wednesday, 16 November 2016

Bandung Trip 2016 (5) - Floating Market

Floating Market, Lembang



Selepas keluar dari kawasan Grafika Cikole tadi, akak terus ke seberang jalan. Haaa.. nak tahu ke mana? hmmm... cuaca sejuk-sejuk macam ni, minum kopi musang ler.. hahahaaa.. Sebenarnya akak tak nak lah bercerita tentang kopi luwak ni, tahun lepas pun dah pergi dan dah pernah post entri ni dulu. So, kalau nak baca apa itu kopi luwak dan apa keunikannya, korang boleh klik gambar bawah ni atau klik sini.



ok, lepas ni jom ke Floating Market pulak..



Floating Market

Floating Market Lembang telah dirasmikan operasinya pada 12 Disember 2012 dan kini, Floating Market ini telah menjadi daya tarikan unggul daerah Lembang.

Keluasan Floating Market Lembang adalah seluas 7 hektar yang ada di Lembang yang bernama Situ Umar dan situ Karang Putri. 

Keunikan Floating Market Lembang ini selain dari keindahan alam sekitar situ serta danau yang asli dan indah, pengunjung juga akan di sogokkan dengan beraneka jenis menu makanan khas jawa barat atau sunda yang lezat dan nikmat, yang dipamerkan di atas perahu-perahu yang lebih kurang sebanyak 46 buah di sepanjang tepian kawasan danau.

Sebenarnya Floating Market ni pun akak dah pergi tahun lepas. Jadi entri dah post mengenainya dulu.. nak baca yang lebih detail, boleh klik sini. Masa akak sampai ke Floating Market tu pun hujan renyai. Jadi malas nak meredah hujan. Pengunjung pun ada 4, 5 kerat je. Singgah sekejap je sebab ada bawa orang lain bersama yang belum pernah sampai ke situ. 

Tiket masuk ni boleh ditukar dengan pilihan beraneka welcome drink yang ada seperti Choco Latte, Coffee Late, Milo atau Lemon Tea.


Kaunter di bawah ni ialah untuk menukar koin.
Hanya koin yang akan digunakan bagi membeli makanan di dalam sampan nanti.






Akak lepak kat sini je, sementara 2 orang lagi pergi meredah hujan...


Sebelum keluar dari situ, akak pun pergi dapatkan kopi panas... 
hmmm.. sedapnya!




Alamat :
Jalan Grand Hotel,
No 33 E Lembang, 
Bandung Barat 40391
Jawa Barat 
Indoensia 

Nombor Telefon :
+(022) 2535898

Waktu Operasi :
Weekday [ Senin – Jumat ] : 09.00 – 17.00 
Weekend [ Sabtu – Minggu – Cuti Am ] : 09.00 – 20.00 

**********

 Keluar dari situ, sempat pulak menyoping sikit kat depan tu.. 
di Clothing Market (Factory Outlet). 

hmmm... Kalau dah namanya perempuan kannnn.. :))


 Ok, dah selesai tour ke Lembang untuk hari ini. 
Jom balik ke bandar Bandung.






Tuesday, 15 November 2016

Bandung Trip 2016 (4) - Grafika Cikole

Grafika Cikole, Lembang


Grafika Cikole  adalah salah satu tempat penginapan yang terletak di kaki gunung Tangkuban Perahu iaitu di Lembang, Bandung. Tempat penginapan yang terdiri dari pondok-pondok yang diperbuat dari kayu ini letaknya di atas bukit, dengan hamparan rumput di celah-celah pokok pines dengan udara yang sejuk lagi nyaman. Pondok-pondok di Lembang ini menawarkan suasana rumah desa dengan hiasan dalaman serta luarannya dari kayu. 

Grafika Cikole sangat cantik tempatnya dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan bercuti dengan tenang untuk menghilangkan stress di samping menghirup udara segar penuh kehijauan. 

Di sini juga disediakan tempat bagi mereka yang suka berkhemah. Aktiviti berjalan di atas jambatan gantung juga menjadi daya penarik bagi anak-anak muda berkunjung ke sini.

Masa akak pergi situ, cuaca hujan renyai. Tujuan datang ke Grafika Cikole ini ialah untuk melawat kawasan ini saja selepas terlihat beberapa kali post di facebook traveller. Jadi, perasaan ingin tahu lah yang membawa akak ke tempat itu :))

Address: 
Jl. Tangkuban Perahu Km. 8, 
Cikole, Lembang, 
Jawa Barat 40391, 
Indonesia

Phone: 
+62 22 82782441

Entrance Fee: 
Rp.15.000

Tiket itu pula boleh redeem dengan samada 
goreng pisang, tempe goreng atau tahu goreng.



























Bagi yang berminat untuk bermalam di sini, 
boleh lihat harga sewa pondok di bawah ini...















Selesai sudah tour kami ke Grafika Cikole, Lembang Bandung.
Sampai ketemu lagi!


--> [Next] <--



Monday, 14 November 2016

Bandung Trip 2016 (3) - Kampung Daun

Kampung Daun


Kampung Daun merupakan sebuah restaurant yang unik dengan konsep suasana kehijauan dengan pokok-pokok segar. Ianya adalah salah satu dari restaurant yang terbaik di kota bandung ini.

Sudah beberapa kali akak ke Bandung ini, tapi belum pernah berkesempatan untuk berkunjung ke Restaurant Kampung Daun ini. Jadi, kali ini.. memang akak set dalam itinerari untuk berkunjung ke sini.


Apabila memasuki pintu gerbang saja, kami di sapa oleh penjual buah berries segar. Berbagai cara yang dibentangkan untuk menambat hati pengunjung membeli buah yang dijualnya.









Sayang sekali, waktu kami tiba, restaurant Kampung Daun ini telah pun fully booked. Hampa rasanya, tak dapat menikmati makan tengahari dalam suasana desa kehijauan yang tenang ini. Rupa-rupanya, untuk makan di sini, kena booking awal sebab sentiasa penuh.

Jadi, kami hanya jalan-jalan sajalah di situ sambil bergambar. InsyaAllah, kalau datang lagi ke Bandung ini, pasti akan book awal untuk merasai makanan yang dihidangkan di sini dengan suasana desa permai ini.














Apa yang dapat diperhatikan, Kampung Daun memberikan servis layanan yang istimewa kepada pengunjung- pengunjung yang datang berkunjung ke situ untuk menikmati makan tengahari dengan suasana alam kampung yang tenang, segar serta dapat menghirup udara bersih. 

Air terjun yang sangat cantik terletak bersebelahan dengan salah satu pondok makan juga menjadi daya tarikan pengunjung di situ.







Address: 
Villa Triniti, Jalan Sersan Bajuri 
KM. 4,7, Cihideung, 
Kabupaten Bandung Barat, 
Jawa Barat 40154, 
Indonesia

Business Hours: 
11AM–11PM

Phone: 
+62 22 2787915


Nampak best kan suasana di Kampung Daun ni?
haaaa... anda yang ingin makan di sini, jangan lupa untuk booking awal-awal tau supaya tak hampa nanti.. :)

Jumpa lagi di destinasi seterusnya...


--> [Next] <--



Popular Posts