Friday, 9 March 2012

MEMORI JUMAAT & RAHSIA AMALANNYA





JUMAAT adalah satu-satunya hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar bagi umat Islam dalam seminggu. Ia digelar 'sayyidul ayyam' (penghulu bagi semua hari). Pada hari ini kehidupan manusia dimulakan dan akan diakhiri nanti iaitu terjadinya hari kiamat. 
















Perkara-perkara besar yang berlaku pada hari Jumaat, antaranya: 


1)  Pernikahan antara Nabi Adam AS dan Hawa.
2)  Pernikahan antara Nabi Yusuf AS dan Zulaikha.
3)  Pernikahan antara Nabi Musa AS dan Shafura binti Nabi Syuaib AS
4)  Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Khadijah binti Khuwailid RA
5)  Pernikahan antara Nabi Sulaiman AS dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6)  Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar RA.
7)  Pernikahan antara Ali bin Abu Talib RA dengan Fatimah binti Muhammad SAW.


Beberapa Fadhilat dan keutamaan hari Jumaat
penghulu segala hari (sayyidul ayyam):


1)  Diwajibkan Solat Jumaat


2)  Memotong Kuku dan Menggunting Misai
      
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  
biasa memotong kuku & menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.








3)  Didoakan oleh  
    Malaikat
      Nabi Muhammad SAW  
      bersabda yang bermaksud:
      "Siapa yang membaca Surah  
      Ali Imran  pada hari  Jumaat,  
      maka dia akan  didoakan oleh malaikat sehingga malam".


4)  Diampunkan Dosa
      Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
     "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh; 
     "Astaghfirullahalladzii laailaaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaihi," (3x).      
      nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di      
      laut".


5)  Hari Berbuka
      Dari Abu Hurairah RA katanya, dia  
      mendengar Rasulullah SAW bersabda  
      yang bermaksud:
      "Janganlah kamu berpuasa pada hari 
      Jumaat, melainkan bersama satu hari  
      sebelum atau sesudahnya".


6)  Saat-saat Mustajab
      Pada hari Jumaat, ada saat mustajab doa  
      dan tiada seseorang berdoa bertepatan dengan 
      saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau   
      memutuskan hubungan keluarga.


7)  Mandi Sunat
      Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
     "Siapa yang berwudhuk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik  
      (memadai) tetapi sesiapa yang mandi maka adalah terlebih baik".


8)  Membaca Selawat
      Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : 
      "Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka 
      perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku kerana bacaan selawatmu itu terus 
      disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."




EMPAT KEISTIMEWAAN :


Imam al-Ghazali rahimahullah ada berpesan mengenai hari Jumaat: 


"Dan hendaklah engkau bahagikan masamu di hari Jumaat dari selepas solat Subuh sehingga terbit matahari kepada 4 bahagian:
                              
1)  Berdoa 


2)  Berzikir dan Bertasbih

3)  Membaca al-Quran

4)  Bertafakkur

Dan ketahuilah bahawasanya seseorang hamba itu dipandang daripada sudut agamanya terbahagi kepada  3 darjat:


1)  Salim; ertinya orang yang selamatiaitu orang yang hanya menunaikan amalan fardhu dan meninggalkan maksiat.


2)  Rabih; ertinya orang yang beruntung iaitu orang yang menunaikan amalan fardhu dan meninggalkan maksiat dan menambah dengan melakukan berbagai-bagai ketaatan yang sunat.


3)   Khasir; ertinya orang yang rugi iaitu orang yang cuai daripada melakukan segala amalan fardhu. 




HARI AGUNG DAN SUCI


Hari Jumaat dikhabarkan sebagai hari 'agung' yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya 5 peristiwa yang penting, iaitu Allah menciptakan Nabi Adam AS, Allah turunkan Nabi Adam AS ke bumi, Allah mewafatkan Nabi Adam AS, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi dia tidak meminta sesuatu yang haram.







Pada hari itu akan terjadinya hari kiamat. Dan padanya tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
         
(dipetik dari buku : Memori Jumaat - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya 
  - Abu Ahmad Yasin)




sharing is caring....

Wednesday, 7 March 2012

DOA MELEMBUTKAN HATI KERAS/DEGIL


Assalamualaikum wrt....

Dalam kehidupan ini tak kira yang telah berkeluarga atau belum, mungkin pernah berhadapan dengan masalah orang yang kita sayangi itu keras hatinya atau pun yang jenis panas baran. Mungkin kita selalu tersentap jadinya atau tersentuh bila mereka bercakap kasar dengan kita. 

Kadang-kadang, demi menjaga hati serta maruah mereka, kita hanya mampu menangis sendiri dan memujuk hati sendiri. Nak tunggu  mereka pujuk kita... hmmm.. jauh panggang dari api! Kalau kita asyik memendam rasa, sampai bila boleh kita bertahan? 




Maka dibawah ini, saya ingin berkongsi bersama anda semua, tentang ayat2 yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka yang keras/degil seperti untuk suami & anak2... Ayat2 ini semua telah diajarkan oleh penceramah terkenal, 

Dr. Fatma Zahra semasa saya menghadiri kelas beliau. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.... 



Kita berikhtiar dengan izin Allah swt sebab kita sayangkan mereka. Selamat mencuba... semoga berhasil.. insyaallah!

Bacalah :


1) Surah Al-Fatihah1x

2) Ayatul Qursi  - 1x

3) 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas) - 3x

4) Surah Al-Hasyr (ayat 21-24) - 1x
  بسم الله الرحمن الرحيم 

59:21


59:22
59:23
59:23

 كهيعص حم

5) Surah Thahaa (ayat 1-6) - 1x
DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
SURAH TAHA AYAT 1-6
طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil

Kemudian berdoalah...
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya ....(sebutkan nama) sepertimana Engkau lembutkan besi ke Nabi Daud"


Sharing is caring....

Saturday, 3 March 2012

AMALAN DARI SURAH AN-NUR - AYAT 35



AMALAN DARI SURAH AN-NUR
Amalan untuk mendapat nur luaran dan dalaman dari Allah s.w.t.
(amalkanlah setiap lepas solat subuh, insyaallah...)


Juzuk : 18Surah : AN-NURNo. Surah 24Ayat : 35



Tafsiran Ar-Rahman
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.   
[Baca ayat ini dengan meletakkan tangan di dada - 1x]

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things.



Pengenalan Ringkas Surah An-Nur
Surah An-Nur, merupakan surah yang sinonim dengan wanita. Ini kerana penurunannya juga disebabkan seorang wanita mulia, Saydatina Aishah r.a. Disebabkan kamu munafiqin Ummul Mukminin r.a telah difitnah semasa pulang dari peperangan Bani Mustaliq.
Terkedu, hampa dan sedih. Begitulah jiwa isteri Baginda saw tika itu. Namun Allah menyelamatkan maruah wanita mulia dan menurunkan Surah An-Nur.
Surah An-Nur memang sungguh digalakkan untuk para wanita belajar dan memahaminya. Ia merupakan surah yang diturunkan di Madinah secara ijma’. Surah An-Nur mengandungi pelbagai hukum hakam berkaitan wanita, kekeluargaan dan perkahwinan. Di antaranya, hukum qazaf, li’an, aurat, zina dan pelbagai aspek meliputi hukum berkaitan wanita.
Oleh itu, ajarkan ahli keluarga kita akan surah An-Nur. Ini merupakan wasiat para Salafussoleh untuk kita, generasi terkemudian.
Saidina Umar Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Kuffah.
“Ajarkanlah wanita-wanita kamu keluarga Surah An-Nur.”
Manakala Saydatina Aishah ra juga tidak ketinggalan menyampaikan pesanan kepada para wanita di zamannya. Kata Saydatina Aishah r.a
” Janganlah hanya mengajar anak-anak gadis kamu, hal memegang alatan dapur mengajar menulis semata-mata, tetapi ajarkanlah anak-anak gadis kamu Surah An-Nur dan menenun benang” 
dipetik dari http://nisaterengganu.blogspot.com/2009/05/surah-nur-buat-wanita.html


Friday, 2 March 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA (2) - Meredah Pantai Timur (Cherating)

Assalamualaikum, bertemu kita sekali lagi dalam blog ini.... 
Insyaallah siri percutianku di pantai timur ini yang bersambung dari CUTI-CUTI MALAYSIA(1) ku teruskan lagi. Diharap tiada yang bosan membacanya.


Cherating... 
ye, akhirnya aku sampai jua ke tempat yang memang dah lama aku nak pegi... Semasa di KL aku dah call 'Payung Guest House' (memang famous untuk tourist) yg aku jumpa namanya dalam internet, cuma date check in nya aku tak dapat nak pastikan tika itu dan diberitahu supaya confirm kan date nya nanti. Tapi nak dijadikan cerita, aku telah terlupa utk confirm kan... Bila aku sampai di situ, haaa...rasakan.. baru padan muka aku... dah full house! Maklumlah, malam minggu. Terkebil2 lah aku kat situ... Maka aku pun merayau2 lah mencari resort lain yang sesuai dengan budget ku. Mujurlah terdapat sebuah lagi bilik di Tanjung Inn Resort yang masih available. 
Posing sakan tu...
Sempat lagi berangan...! Mungkin ada yang jeles tu...


Alhamdulillah...tempatnya cantik... segar mata memandang. Best kan? 
Aku suka sangat! 


Selepas check-in, kami merayau2 di pantai Cherating tu... 
emmmm..best sangat! 
Teruja ombak rindu jadinya.....


Best.! Cantik !
Setelah puas menikmati udara segar di tepi pantai ini, 
maka kami pun bersiap untuk ke Santuari Penyu di Cherating, tempat penyu bertelur. 



Cherating Turtle Sanctuary was opened in 1997. It is managed by the Fisheries Department with co-operation of the Pahang State Government... Among its objectives are to protect turtles from threats, abuse and extinction and carry out turtle-hatchery programmes, conservation and research. The nesting season is April to early September when turtles will beach to lay eggs... Turtles beaching are the smaller green turtles rather that the leather back at Rantau Abang further north... While the number of landing of leather back has declined thru the years to almost none, the green turtle landings have increased the last 3 years... The green turtle is actually olive-brown in colour but is named after the colour of its fat... It can grow to over 1m in carapace length and weighs between 135kg and 170kg... It is almost exclusively vegetarian and feeds on sea grasses, algae and occasionally sponges, and lays between 80 and 150 eggs per nest... As with other species of turtle, these green turtles live long lives.
Day visiting Hours
Tuesdays to Sundays : 9am to 1pm, 2pm to 5:30pm
(The lunch break is from 1pm to 2pm. The centre is closed on Mondays.)
Fridays: 9am to 12:00pm, 3pm to 5:30pm
(The centre is closed from 12pm to 3pm for Friday prayer)
Night Visiting Hours
Mondays to Sundays : 7:30pm to 7:30am
The programme during the night include turtle watching, releasing the hatchlings to the sea and the turtle hatching programme.
Visiting the centre is Free of Charge.
For more information, you can call the centre at +6 09 581 9087.



Address
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, 
KM 45, Jalan Kuantan - 
Kemaman,
26080 Kuantan, Pahang 
(20 KM from Kemaman Town or 54 KM from Kuantan) 
Getting There:
If you are coming from Kuantan, follow the direction to Kemamam/Kuala Terengganu towards Cherating by using the scenic coastal highway route No. 3. You will see the signage that takes you to Club Med and Cherating Turtle Sanctuary.


Inilah maklumat yang aku dapat dalam internet yang membuatkan aku begitu berkobar2 sekali... ingatkan dapatlah tengok penyu bertelur di pantai, aleh2 tengok penyu dalam kolam aje... adeh! Hampeh! Rupa2nya... diberitahu yang sekarang ni bukan musim penyu bertelor. 
Musimnya penyu bertelor bermula dari hujung Mac nanti. Eeiihh.. eeeiihh..  uwaaaaaaaaa... !!!
Tipah tertipu bang... Sabor je lah! 



Untuk memuaskan hatiku, aku pergi juga ke kawasan pantai yang memang tempat khas penyu bertelor. Ada di letakkan signboard di situ. 





Di sebelah Santuari Penyu inilah rupanya terletak 
Club Med yang femos amos tu! Harganya...mak datooookkk... mahai nya!! Tak mampu den! Eksyen bergambor je lah jawabnya yang mampu dibuat, maka tersengihlah aku mengabadikan gambarku di depan signboard di entrance gate ke Club Med.... heheheheee... Tapi pantai nya memang cantik. Aku terbayangkan macam manalah mat2 & minah2 saleh ni suka berbogel kat situ ye!





Selepas makan tengahari, kami pun pulang ke resort. On the way, aku singgah sebentar di tempat membuat batik.  Sempat jugak mewarnakan sebuah lukisan bunga okid bersama makcikku untuk dibawa pulang sebagai kenang2an. Bila dah siap, kami pun pulang ke bilik untuk bersolat & berehat kerana sebelah malamnya, kami ada aktiviti lain.




Aktiviti malam kami ialah Fireflies Trip, dengan bot selama 1 jam. Kos nya bagi seorang ialah RM20
Tepat pukul 7 malam, kami dikehendaki berada di ofis Hafiz Firely untuk mendengar taklimat mengenai spesies2 firefly yang ada di sekitarnya. Tak pulak ku tau... sebenarnya ada beribu jenis firefly di dalam dunia ini. Hati ku tak sabar2 lagi nak naik bot malam ni, tapi berdebar2 pun ada sebabnya.. keadaan di sungai tu yang gelap gelita. Masa yang dinantikan pun tiba... kami diberi life jacket sebelum turun ke jeti. 


 Suasana malam yang sunyi itu hanya bertemankan enjin bot dan bunyian unggas2 di dalam hutan tu begitu mendamaikan jiwaku. I just LOVE NATURE. Kerlipan2 firefly atau kelip-kelip ini bagaikan berlian yang memancar2 di sana sini.. Subhanallah...ciptaan Tuhan semesta alam. Kami pulang ke bilik dengan perasaan yang cukup gembira..


Keesokan paginya pulak, selepas solat subuh, kami berehat di pondok yang terletak berhampiran dengan bilik kami untuk menghirup udara segar dan nyaman dalam kedinginan subuh itu... syukur alhamdulillah... aku masih dapat merasakan nikmat Allah swt. Ketika hari semakin cerah, kami beransur ke tepian pantai untuk bermain2 dengan ombak. Sekali lagi aku memanjatkan rasa syukur padaMu melihatkan kebesaranMu Ya Allah... 


Selepas bersarapan, tepat jam 9 pagi, kami berada sekali lagi di ofis Hafiz Fireflies untuk "Fascinating River Cruise (boat trip) and Mangroves"





Bayarannya juga RM20 seorang, perjalanan selama satu setengah jam. Tak dapat dibayangkan... punyalah seronoknya perasaan ku sambil menikmati udara segar di alam semulajadi itu dengan berbagai jenis &


ular melengkar tidur
Uniknya pokok bakau ini...
bentuk pokok bakau, nampak berbagai jenis monyet bergayut di pokok, burung2 yang colorful, memerang bermain di air, ular yang sedang melingkar tidur di atas pokok serta banyak lagi... Elok pulak terjumpa dengan penduduk tempatan sepasang suami isteri yang menjala ikan & ketam. Kami pun mengambil kesempatan untuk snap gambar mereka. Hambooiii..! bukan main tersengih lagi abang tu menunjukkan ikannya... Serasakan bagai aku berada dalam dunia ku yang tersendiri.. yang bebas dari masalah... 


Sambil berjalan pulang ke bilik dengan seribu kegembiraan serta kepuasan yang 
jelas terpancar di wajahku....



Kami berkemas  untuk check-out selepas itu. Namun terasa berat sungguh di hati ini (alahai..alahaaaiii...) untuk meninggalkan tempat yang begitu mendamaikan jiwaku... Aku percaya, bahawa aku akan kembali lagi ke situ... insyaallah...


Perjalanan seterusnya ialah ke Terengganu... Na..na..na..Ganu kiter! akan bersambung ke CUTI-CUTI MALAYSIA (3) - Meredah Pantai Timur (Terengganu) Tungguuww taw...  !!!



Popular Posts