Sebenarnya banglo yang berdepan dengan swimming pool tu telah disewa sepenuhnya oleh satu grup. Jadi, kami memang rasa kurang selesa untuk berada lama di situ semalam, sekadar menjenguk sekejap je.
Sedang sibuk bergambor di pool, nampak pulak brader penyelia tu, terus kami serahkan kunci dan minta izin untuk melihat ke dalam banglo yang telah dikosongkan tu. Alhamdulillah, diizinkan...
Banglo mewah ini mempunyai 6 buah bilik. Sewa bagi sebuah banglo ini ialah RM2,500 satu malam. Banglo ini boleh juga kalau nak sewa sebuah bilik saja, itu pun jika tiada orang yang menyewa sebuah rumah. Harga bagi master bedroom ialah RM500 satu malam. Pemandangannya sangat awesome! Bilik air nya juga besar, lengkap dengan mini kolam.
Kami juga dapat tahu yang banglo ini dah beberapa kali di shooting untuk movie dan drama. Patutlah macam pernah tengok je.. hihihiii...
Setelah turun meninggalkan resort, kami decide untuk lunch dulu sebelum perjalanan balik, memandangkan dah pukul 3 petang. Patutlah perut berkeroncong! Tak sedar dah petang rupanya... tu lah sibok bergambar lagik..
Kami memilih untuk lunch kat restoran semalam, Restoran al-Hidayah. Harga pun tak mahal sanat. Masakannya pula memang sedap.. rasa original Thai. Aku pun dah terliur nak makan pulut mangga lagi.
Sebaik tarik kerusi nak duduk, aku terus order pulut mangga dulu. Tapiiiii.. sayang sekali, diberitahu yang mangganya dah habis stok. Hampanya rasa... ku meraung dalam hati je.. heheeeee.. gimmik je lebih tu. ok lah, tak de rezeki dah nak repeat makan pulut mangga yang sedap tu.
Kami pun order makanan set lunch. Tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah ke bumi. Nasib baik kami dah settle bergambar kat atas tadi. Kalau tak pun, memang frust menonggeng lah jawabnya.
yeayyyy... makanan dah sampai..
masing-masing laju je makan, dah laporrrr..
nak order ikan sekor lagi!
issshhh.. malu ke idok ni? bedal aje lah..
Hujan lebat plak tu.. memang laparrr..
wowww... tengok, licin sudah pinggan semua...
cukup puas hati, semua sedap.
cukup puas hati, semua sedap.
sangat Recommended okeyyy uols :D
Dah kenyang kan, jom balik KL dengan muka puas hati.. :)
ok lah, ini saja story yang mampu ku tulis. Sebenarnya aku kena cepat-cepat siapkan story weekend getaway yang awesome kat Janda Baik ni, sebab hari Jumaat nanti dah nak travel lagi.. babaiii...
Jumpa lagi nanti... InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment