Wednesday, 12 April 2017

Weekend Getaway at Janda Baik-Saufiville Resort (2)

Good morninggg from atas bukit di kampung Janda Baik :)

Sejuuuukkk pagi ni... walau pun suhu 26°C je, tapi sebab angin bertiup lembut, tu yang sejuk jadinya... Selepas solat subuh, ku duduk di balcony sambil menunggu sunrise.. Bunyi burung-burung riuh rendah berkicauan.. deruan deras bunyi air di kolam ikan bagai muzik buat halua telinga ku pepagi ni. 



Subhanallah! Cantiknya sunrise...


Begitu cepat sekali matahari naik, memancarkan cahaya nya. Pemandangan kehijauan yang menyegarkan mata mengambil alih kegelapan subuh. Sungguh indah sekali aturan Yang Maha Esa. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang nak kau dustakan?





Baru ku prasan, bunga putih ni semalam tidak kembang.. kuncup aje.
Tapi, pagi ini.. ianya mekar sekali..




ahaksss... dah hampir pukul 9 pagi.. wahhh.. time for breakfast dah ni.. perut pun dah berkeroncong ni. Di pondok wakaf di luar cottage ni, kedengaran pekerja resort sedang menyediakan persiapan untuk breakfast. Kami bergegas keluar dengan happy nya... Sambil kami meninjau keadaan di luar, adikku sorang ni begitu khusyuk memerhatikan persiapan dibuat.


yeayyyyyy.... sudah mari... tersenyum simpul pekerja resort ni membawa dulang. Nasik lemak in the houzzzz... 





...gigih kitorang ngambik gambar hidangan breakfast ni :)
Nasi Lemak dan toast



jemput tengok ye :))

Bismillah...


Lama kami luangkan masa di wakaf ni sambil brealfast slow slow... Nampak pulak ada buah betik. Kawan ku cuba minta sebiji dari pekerja tu.. dengan senang hati dia memberi. Alhamdulillah.... syukur atas rezeki yang Allah beri.. 

Dah kenyang, kami masuk dalam rumah balik dan lepak-lepak santai. Kami cuba mesej brader tu untuk minta izin late check-out, iaitu selepas solat zohor. Alhamdulillah, diizinkan.


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts