Wednesday, 12 April 2017

Weekend Getaway at Janda Baik-Saufiville Resort (3)

Selesai solat zohor, kami pun bersiap untuk check out.



Tapi sebelum tu, sempat posing lagi sebelum menyerahkan kunci pada brader penyelia resort tu, on the way ke banglo besar tu dan ambik balik duit deposit kunci. Kami pun sibuk bergambor dekat pool sebab semalam tak puas. 

Sebenarnya banglo yang berdepan dengan swimming pool tu telah disewa sepenuhnya oleh satu grup. Jadi, kami memang rasa kurang selesa untuk berada lama di situ semalam, sekadar menjenguk sekejap je.
















Sedang sibuk bergambor di pool, nampak pulak brader penyelia tu, terus kami serahkan kunci dan minta izin untuk melihat ke dalam banglo yang telah dikosongkan tu. Alhamdulillah, diizinkan...


Banglo mewah ini mempunyai 6 buah bilik. Sewa bagi sebuah banglo ini ialah RM2,500 satu malam. Banglo ini boleh juga kalau nak sewa sebuah bilik saja, itu pun jika tiada orang yang menyewa sebuah rumah. Harga bagi master bedroom ialah RM500 satu malam. Pemandangannya sangat awesome! Bilik air nya juga besar, lengkap dengan mini kolam.

Kami juga dapat tahu yang banglo ini dah beberapa kali di shooting untuk movie dan drama. Patutlah macam pernah tengok je.. hihihiii...












Okeyyy... kami berangkat dulu... thank you brader.. kami happy menginap di resort ni. Bye bye Saufiville Resort.. 

Setelah turun meninggalkan resort, kami decide untuk lunch dulu sebelum perjalanan balik, memandangkan dah pukul 3 petang. Patutlah perut berkeroncong! Tak sedar dah petang rupanya... tu lah sibok bergambar lagik..

Kami memilih untuk lunch kat restoran semalam, Restoran al-Hidayah. Harga pun tak mahal sanat. Masakannya pula memang sedap.. rasa original Thai. Aku pun dah terliur nak makan pulut mangga lagi. 

Sebaik tarik kerusi nak duduk, aku terus order pulut mangga dulu. Tapiiiii.. sayang sekali, diberitahu yang mangganya dah habis stok. Hampanya rasa... ku meraung dalam hati je.. heheeeee.. gimmik je lebih tu. ok lah, tak de rezeki dah nak repeat makan pulut mangga yang sedap tu.

Kami pun order makanan set lunch. Tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah ke bumi. Nasib baik kami dah settle bergambar kat atas tadi. Kalau tak pun, memang frust menonggeng lah jawabnya.





yeayyyy... makanan dah sampai..
masing-masing laju je makan, dah laporrrr..


nak order ikan sekor lagi! 
issshhh.. malu ke idok ni? bedal aje lah..
Hujan lebat plak tu.. memang laparrr.. 



wowww... tengok, licin sudah pinggan semua... 
cukup puas hati, semua sedap.
sangat Recommended okeyyy uols :D



Dah kenyang kan, jom balik KL dengan muka puas hati.. :)

ok lah, ini saja story yang mampu ku tulis. Sebenarnya aku kena cepat-cepat siapkan story weekend getaway yang awesome kat Janda Baik ni, sebab hari Jumaat nanti dah nak travel lagi.. babaiii...

Jumpa lagi nanti... InsyaAllah..




Weekend Getaway at Janda Baik-Saufiville Resort (2)

Good morninggg from atas bukit di kampung Janda Baik :)

Sejuuuukkk pagi ni... walau pun suhu 26°C je, tapi sebab angin bertiup lembut, tu yang sejuk jadinya... Selepas solat subuh, ku duduk di balcony sambil menunggu sunrise.. Bunyi burung-burung riuh rendah berkicauan.. deruan deras bunyi air di kolam ikan bagai muzik buat halua telinga ku pepagi ni. 



Subhanallah! Cantiknya sunrise...


Begitu cepat sekali matahari naik, memancarkan cahaya nya. Pemandangan kehijauan yang menyegarkan mata mengambil alih kegelapan subuh. Sungguh indah sekali aturan Yang Maha Esa. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang nak kau dustakan?





Baru ku prasan, bunga putih ni semalam tidak kembang.. kuncup aje.
Tapi, pagi ini.. ianya mekar sekali..




ahaksss... dah hampir pukul 9 pagi.. wahhh.. time for breakfast dah ni.. perut pun dah berkeroncong ni. Di pondok wakaf di luar cottage ni, kedengaran pekerja resort sedang menyediakan persiapan untuk breakfast. Kami bergegas keluar dengan happy nya... Sambil kami meninjau keadaan di luar, adikku sorang ni begitu khusyuk memerhatikan persiapan dibuat.


yeayyyyyy.... sudah mari... tersenyum simpul pekerja resort ni membawa dulang. Nasik lemak in the houzzzz... 





...gigih kitorang ngambik gambar hidangan breakfast ni :)
Nasi Lemak dan toast



jemput tengok ye :))

Bismillah...


Lama kami luangkan masa di wakaf ni sambil brealfast slow slow... Nampak pulak ada buah betik. Kawan ku cuba minta sebiji dari pekerja tu.. dengan senang hati dia memberi. Alhamdulillah.... syukur atas rezeki yang Allah beri.. 

Dah kenyang, kami masuk dalam rumah balik dan lepak-lepak santai. Kami cuba mesej brader tu untuk minta izin late check-out, iaitu selepas solat zohor. Alhamdulillah, diizinkan.


--> [Next] <--



Popular Posts