Check in ke Hotel Lycus River.
Setelah diberi kunci bilik masing-masing, kami ke restoran dulu untuk dinner..
buffet..
Setelah perut diisi, aku pun beransur naik ke bilik.
Ahaaaa... bilikku di sini bernombor 2102..
Selepas berehat sebentar, kami turun kembali ke lobby sebab lepas ni ada agenda. ahaaaa... nak tengok tarian pusing-pusing.. Kami berjalan kaki dalam 10 minit untuk menengok persembahan Tarian Sufi atau pun The Whilring Dance. Tempatnya tidak jauh dari hotel Lycus yang kami check-in tadi.
Sebelum persembahan dimulakan, kami diarahkan supaya tidak mengambil gambar atau pun video ketika persembahan sedang berlangsung.
Ini adalah untuk memastikan penari tidak hilang fokus ketika persembahan. Sebaliknya pula, selepas tamat persembahan, mereka akan keluar semula ke pentas dan menari sampai habis sebuah lagu bagi memberikan kami peluang untuk mengambil gambar serta video dan seterusnya bergambar dengan mereka.
Pening jugak rasanya tengok tarian sufi ini kerana pada pandangan mata kasarku, step nya sama juga.. pusing pusing pusinggg.. hehehee.. sampai mengantuklah dibuatnya. Hakikatnya ku tahu, setiap gerakan itu punya maksud yang tersendiri, cuma kita yang tak tahu.
Adalah dalam 5 atau 6 lagu yang dinyanyikan sambil mereka menari. Haaaa, jangan tak tau.. ketika waktu persembahan dimulakan, lampu pada tempat pengunjung dipadam, cuma di atas pentas, lampu yang dinyalakan pula malap je. Apa lagi, maka kedengaran lah dengkuran halus antara kami... hahahahaaaa...
tengok gerakan nya dalam video ni...
Bergambar selepas selesai pertunjukan...
Di luar bilik persembahan pula, ada ditawarkan servis menulis nama dengan kaligrafi bagi mereka yang berminat. Terdapat juga barangan cenderahati yang dijual di situ.
No comments:
Post a Comment