Sunday, 25 December 2016

Turki Ku Datang Lagi 2016 (5) - Istanbul Sightseeing, Turkish Delights

Selepas habis lawatan ke Blue Mosque, Hagia Sophia dan Topkapi Palace tadi, masing-masing dah penat dan kelaparan. Kami dibawa untuk makan tengahari di Tamara Restaurant dengan berjalan kaki saja kerana jalan ke restoren itu memang jem sesak. Nasib baik ianya terletak tidak berapa jauh.



Buah berangan banyak dijual di sini dan semuanya bersaiz besar, 
tetapi isinya tidak lemak, rasa tawar je.






Dah pun sampai ke Tamara Restaurant. Wowww.. restoren ini penuh dengan pelanggan hingga ke tingkat atas. Agak lambat juga makanan disediakan, mungkin disebabkan  terlalu ramai pelanggan agaknya. 

Seperti biasa, sup akan dihidangkan dulu. Bila dihantar roti... naaahhhh.. tu dia! besaq nya... terkebil-kebil mata ku tenung roti besar tu, separuh bahagian dah terletak di atas meja je :)

Kami yang semeja ni pun mencubit dan koyakkan roti tu sambil mencicah ke dalam sup tomato panas... hmm.. sedappp..

Selepas itu, dihidangkan pula dengan nasi, ayam dan salad.




Sewaktu kami berjalan keluar, kelihatan makanan yang dimasak semua hampir habis.. wowww.. laku keras restoran ni..

Sementara menunggu driver bas menjemput kami di depan restoran, mata dok melilau jugaklah pada kedai-kedai yang berdekatan tu..hehehee.. sebelum tu kami dah di warning oleh tour guide supaya terus naik bas bila dah sampai, sebab di situ tiada ruang untuk menunggu kerana jalan jem.

Destinasi kami seterusnya adalah ke Bursa.


























Dalam perjalanan ke Bursa, kami dibawa singgah ke sebuah kedai yang menjual turkish delights iaitu Vefa Bazaar. Bermacam-macam jenis turkish delights ada. Cuma aku bukanlah peminat makanan yang sangat manis ini.. walaupun diberitahu yang mereka tidak menggunakan gula tetapi yang rasa manis itu ialah madu/honey.





Seperti biasa, bila masuk ke kedai yang di bawa oleh tour leader je, mesti dihidangkan dengan minuman apple tea ini.














Perjalanan diteruskan ke Bursa... 


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts