Assalamualaikum pada pembaca setia blog ini...
Travelog akak kali ini akan share sikit pengalaman bercuti ke Bandung, Indonesia pada bulan April yang lalu.
Berbagai dugaan yang kami seramai 5 orang ini harus tempuhi untuk percutian kami ke Bandung pada bulan april yang lalu. Buat akak, ini adalah kali pertama ke Bandung. Tiket airasia yang telah akak book selama 1 tahun 2 bulan yang lalu mengundang berbagai masalah dari waktu 2 minggu sebelum penerbangan kami lagi.
Mula-mula akak menerima sms dari airasia memberitahu bahawa flight telah ditukar waktunya tetapi masih pada hari yang sama. Akak terima dengan rela hati. Selang 4 hari kemudian, akak menerima sms lagi dari airasia. Kali ini meminta agar kami membayar duit tambahan, untuk airport tax pula sebanyak RM96, katanya pihak airport Indonesia yang memintanya. Dengan rasa terpaksa, kami membayarnya.
Selepas itu selang beberapa hari lagi sebelum penerbangan, akak menerima lagi satu sms dari airasia buat kali ketiganya. Kali ini menyatakan bahawa flight pulang kami dibatalkan kerana airport di Bandung akan ditutup untuk 2 hari! Marah betul rasanya aku ketika itu kerana ianya bermakna kami harus extend stay lagi 2 malam di Bandung.
Banyak perkara yang harus diambil kira seperti.. kerja yang akan tertangguh serta perbelanjaan tambahan untuk sewa hotel lagi. Kalau diikutkan hati, memang akak nak cancel saja trip ini, tapi kesian pulak pada anakku yang telah pun menukar duit rupiah dengan banyak sekali kerana memang dia hendak 'bershopping"! Maka, akak turutkan juga lah...
Kami berlepas tanggal 21 Apr 2015 pada jam 22:50 dengan menaiki flight QZ176.
Oleh kerana kami semua sedang kelaparan, pak Edi pun membawa kami ke tempat makan dan kami menikmati nasi lemak dengan lauk burung merpati goreng, ayam kampung goreng serta tempe dan tauhu goreng juga tidak ketinggalan. Gambar yang nasi padang itu pula adalah lunch kami pada keesokan harinya. untuk cerita lanjut tempat-tempat makan kami, sila klik sini
Ketika kami sedang makan, pak Edi menyuarakan kebimbangannya, rupa-rupanya pada keesokan harinya akan berlangsung "60th Asia-Africa Conference" yang melibatkan 109 kepala negara dan banyak jalan di bandaraya akan ditutup.
Masalah yang timbul ialah kerana hotel yang kami book itu terletak di tengah bandaraya dan kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke jalan-jalan tersebut dari pukul 7 pagi hingga 6 petang, selama mana conference sedang berlangsung. Itulah yang merungsingkannya. Setelah selesai makan, kami pun dihantar check-in terus ke hotel untuk berehat. Boleh baca review hotel zodiak dan favehotel yang saya tinggal.
Keesokan paginya, setelah breakfast, kami dijemput oleh pak edi, mutar-mutar dan dibawa ke berbagai tempat shopping dan factory outlet. Bandung juga dikenali sebagai syurga membeli-belah, antara barangannya ialah kain-kain sulam, jubah, baju kurung, textile, telekung, blouse, jeans dan sebagainya...klik sini.
Kota Bandung memang macet di sana-sini waktu itu. Banyak masa kami habis di jalan yang jem sesak.
Keesokan harinya pula, kami teruskan agenda kami untuk lawatan ke luar kota memandangkan suasana di kota Bandung yang jem teruk itu serta kami tidak dapat masuk ke bandaraya dek kerana jalan-jalan banyak ditutup, Maka kami dibawa melawat ke Kawah Putih yang terletak di daerah Ciwidey.
Ciwidey
adalah sebuah daerah di Kabupaten Bandung. Nama Ciwidey berasal dari bahasa Portugis Kuno; Ciwi yang bermaksud buah kiwi dan Dey bermaksud hari. Manakala dalam bahasa Yunani Kuno nama Ciwidey berasal dari kata Ciwos yang berarti sapi dan Dos yang berarti lima.
Daerah ini bersempadan dengan Kabupaten Cianjur dan daerah ini terkenal dengan penghasilan produk pertanian dan perkebunan. Ramai orang datang ke sini untuk tujuan lawatan kerana ianya mempunyai pemandangan yang menarik. Kawasan tanah tinggi Ciwidey terdapat banyak ladang-ladang teh yang seolah-olah carpet yang menutupi gunung-gunung.
Ciwidey terletak lebih kurang 30 km ke selatan Bandung @ lebih kurang 1.30 hingga 2 jam perjalanan dari Bandung (bergantung kepada kesesakan jalan).
Telah pun sampai ke Kawah Putih...
Kawah Putih adalah tempat wisata di Bandung yang paling terkenal. Berlokasi di Ciwidey, Jawa Barat, kurang lebih sekitar 50 KM arah selatan kota Bandung, Kawah Putih adalah sebuah danau yang terbentuk akibat dari letusan Gunung Patuha. untuk cerita lanjut, klik sini
Seterusnya, kami singgah pula ke ladang teh Wallini yang terletak berhampiran dengan kawah putih... Harga teh putih di sini amat tinggi sekali sehingga mencecah Rp1.5 juta setiap kg! Betul ke? untuk cerita selanjutnya, klik sini
Keesokan harinya pula, agenda kami yang seterusnya ialah ke rumah produksi kopi luwak yang terletak di tangkuban parahu... hmmm.. seronok juga, kami sempat diurut kaki sambil minum kopi... Anda nak tahu cara proses kopi luwak, kopi yang paling mahal di dunia ini, jom klik sini
Seterusnya, kami ke the Floating Market pula... hmmm..seronok ke tempat ni, tempat bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Berbagai makanan tradisional yang dijual di dalam perahu di sini.. seronok :-P
Floating market di Bandung telah menjadi salah satu daya penarik bagi kota Bandung sejak ianya dibuka pada Disember 2012.... Nak tahu apa yang ada di Floating Market Bandung ini, klik sini
Selepas itu, kami singgah untuk makan tengahari di kawasan peranginan Highland Resort, sungguh cantik pemandangannya... untuk cerita lanjut, klik sini
Setelah makan, kami singgah ke kedai souvenirs yang ada berhampiran situ.
Sedap goreng pisang ni tau... manis sangat pisangnya...
Sedap goreng pisang ni tau... manis sangat pisangnya...
Agenda kami pada hari yang kelima ialah ke Trans Studio Bandung. Ianya merupakan indoor theme park yang terbesar di dunia. Ikuti cerita menarik selanjutnya di sini...
Setelah keluar dari Trans Studio, barulah kami pergi ke Pasar Baru yang mana sebelum ini memang kami tidak berkesempatan untuk pergi kerana ianya ditutup semasa conference sedang berlangsung. Tapi sepanjang jalan nak masuk ke pasar baru ni tak payah cerita lah... memang macet! jem teruk! Apa kan daya, redah jugalah kerana kami sudah hendak pulang esok paginya.
Shopping pun terpaksa terkocoh-kocoh sebab kedai dah nak tutup. Orang kata, memang tak puaslah... Setelah itu, kami pun menunggu di ruangan menunggu supir.
Keesokan paginya pula, sebelum kami dihantar ke airport oleh pak edi, kami telah dibawa ke kedai kek Kartikasari dan juga Amanda untuk membeli brownies yang famous di sana untuk dibawa pulang sebagai ole-ole... klik sini
Selepas itu, kami dihantar terus ke airport Husein Sastranegara Bandung..
sebelum check-in, sempat selfie dulu dengan pak edi dan supir-supirnya... Terima kasih ye pak edi kerana sabar melayan kerenah kami.. :wink: Servis nya memang memuaskan. Jika anda ingin mendapatkan servisnya, boleh minta nombornya pada saya..
Menunggu untuk check-in
Harga untuk membalut luggage ialah Rp30,000
Shopping sakan tu! Beranak pinak beg...
Setelah penat menunggu, akhirnya.... .... bye-bye Bandung! Kami berlepas pulang pada tanggal 26 April 2015.
Alhamdulillah, dah sampai KLIA2.
Sebelum balik, kami solat dan makan dahulu di airport sebab lapar...
Walaupun berbagai dugaan ditempuh untuk percutian saya bersama teman-teman kali ini, pengalaman semasa berada di Bandung ketika berlangsungnya 60th Asia-Africa Conference, adalah menarik.
No comments:
Post a Comment