Saturday, 30 May 2015

Hatyai Marathon - Krabi Trip 2015 Fantastic!

Assalamualaikum...

Sebetulnya akak ni baru 3 hari balik dari Hatyai-Krabi, Thailand. Agenda sebenarnya untuk trip itu ialah menyertai Hatyai Marathon. Selepas itu, pandai-pandailah buat agenda tambahan sendiri untuk menjadikan trip itu happening kannnn... :))

Grup kami seramai 13 orang berlepas ke Hatyai dengan menaiki bas dari Puduraya pada 22/5/2015 jam 10.30 malam. Wahhh... selesa betul bas ni dengan kerusinya yang luas. Sewaktu bas keluar dari puduraya, jalan masih lagi jem di sana sini. Sepanjang perjalanan tu apa lagi..tidurlah..dah memang waktu tidur pun :)  Lagi pun, ramai yang keletihan kerana siangnya masih kena bekerja.. 

Dalam perjalanan, banyak kali juga bas berhenti untuk rehat dan makan. Alhamdulillah, kami sampai di Hatyai lebih kurang jam 9 pagi 23/5/2015 dan terus breakfast. Selepas itu, check-in di Grand Plaza Hotel yang terletak di tengah bandar Hatyai, dikelilingi tempat shopping gitu...


Sawadikaaapp...

Pendaftaran peserta marathon dilakukan pada sebelah petang 23/5/2015. Akak ni sekadar suka-suka aje menemankan anak dara akak (dia run lerrr..) join Fun Run pada 24/5/2015 tu.. berjalan sejauh 4km.. jauh jugak tu bagi akak.. heheheee... tak ada maknanya nak berlari.. takut pancit tengah jalan pulak nanti ;) Hatyai Marathon diadakan di Jiranakorn Hatyai Stadiums.  Pada entri kali ini, akak hanya bagi pemanas je dulu ye... cerita lanjut serta gambar-gambar menariknya akan menyusul kemudian nanti. 





Pada hari ke3 kami di Hatyai, kami sempat melawat ke Klonghae Floating Market. Menarik juga tempat tu dan memang penuh dikunjungi pelawat baik dalam atau pun luar negeri. Berbagai makanan dijual dari dalam perahu.





Pada hari ke4, grup kami telah berkurangan seramai 3 orang kerana harus pulang cepat, mereka ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Kami bertolak ke Krabi pula dengan menaiki van yang disewa. Van itu juga sangat selesa dan luas tempat duduknya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Krabi. Terima kasih pada pemandu itu kerana memandu dengan berhati-hati serta berhemah.



Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya ke Krabi dan terus check-in ke Heritage Hotel. hmmm... cantik hotel ni.. akak suka.. :))



Keesokan harinya, iaitu hari ke2 kami di Krabi  (hari ke5 kami berada di Thailand), kami meneruskan agenda lawatan dengan mengambil pakej Island Hopping (4 islands). Memang best sangat, di samping singgah ke beberapa buah pulau yang cantik, kami juga sempat snorkeling. Begitu indah ciptaan Tuhan semesta alam.



Pada hari ke3 kami di Krabi pula (hari ke6 di Thailand), grup kami semakin mengecil kerana 2 orang lagi telah pun berangkat balik. Agenda diteruskan dengan mengambil pakej untuk melakukan beberapa aktiviti menarik dan ada juga yang agak lasak sikit seperti ATV, Water Rafting, Flying Fox, Elephant Ride. Akhir sekali ke Waterfall di Tonpariwat Wildlife Sanctuary. Memang enjoy dan best sangat-sangat!











Ok... setakat ini dulu pengenalan trip menarik Hatyai-Krabi ini, jumpa lagi di lain entri nanti.. akak jalan dulu ye ;)

vrrommm.. vrrroooooommmmmmmmm....




No comments:

Post a Comment

Popular Posts