Mereka sangat mengalu-alukan jika ada sesiapa yang ingin membawa orang yang non-muslim yang berminat untuk mengetahui tentang Islam sebenarnya. Peserta yang datang malam tadi ramainya adalah bangsa cina dan ada seorang wanita dari France yang turut hadir.
Akak merasa teruja apabila mendengar kata-kata yang keluar dari penceramah hebat itu tadi iaitu Shah Kirit Kakulal Govindji (President Global Unity Network). Begitu hafalnya beliau memberikan rujukan ayat2 al-Quran serta surah dan nombor ayatnya sekali. Beliau asalnya adalah beragama hindu dan telah memeluk agama Islam 19 tahun yang lalu setelah mendapat jawapan dari pencariannya tentang kebenaran agama... 'the truth'.
Menurut katanya lagi, tidak ada tercatit pun di dalam al-Quran mengenainya dan Rasulullah SAW juga tidak ada menyuruh berbuat demikian.
Setelah beliau buat research dan yakin akan hal itu, beliau telah pun memohon untuk memakai kembali nama bapanya dan proses itu telah mengambil masa yang lama, iaitu 6 bulan, baru diluluskan permohonannya.
Banyak juga kupasan yang diberikan kepada beberapa perkara yang lazim ditanya oleh non-muslim... Maaflah, gambar yang tidak bagus kerana saya duduk di bahagian banyak cahaya...
Selesai sesi ceramah, majlis dibuka untuk soal jawab...
Antara soalan yang ditanya oleh seorang yang berbangsa cina ialah...
- Mengapa perlu ada AZAN? sedangkan sudah ada waktu yang ditetapkan untuk sembahyang.
- Kenapa non-muslim mudah prosesnya untuk masuk Islam tapi, tidak dibenarkan untuk keluar dari Islam?
Majlis bersurai pada jam 11.15 malam...
Tajuk-tajuk isi kandungan buku ini..
**Jika anda ada rakan yang non-muslim yang sedang mencari kebenaran dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Islam, boleh hubungi saya di 016-9964515
" Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya (yakni orang yang di ajak berbuat kebaikan)."
-Hadis Riwayat Muslim
Saksikan Video Program Open Your Eyes Dinner - OYED di Hotel De Palma Ampang dengan tajuk 'Islam The Misunderstood Religion' bersama Xifu Nasir pada 27 September 2014.
In Shaa Allah, dengan ada program Open Your Eyes Dinner ini dapat membantu dan memberi hidayah kepada yang non-muslim. Sesungguhnya, saya bersyukur kerana dapat menghadiri program seperti ini bagi menambah ilmu akhirat. Jazakallah khoiran...