Saya sambung entri semasa arrival pula...
Alhamdulillah, telah selamat mendarat. aku bersyukur padaMu Ya Allah. Kau Maha Mendengar rintihanku yang begitu resah di hati ini. Penerbangan yang bagiku sangat membimbangkan dalam beberapa jam di awal penerbangan membuatkan ku berasa takut dan tidak tenteram dibuatnya. Tambah risau ku dibuatnya apabila semua anak kapal diarahkan untuk duduk dan memakai tali pinggang. Serasa bagai gugur jantung ku tika itu. Ku hanya mampu berserah diri padaNYA sambil tak henti-henti berdoa dan berzikir.
Selama 13 1/2 jam berada dalam perut kapalterbang, amatlah penat, terpaksa duduk melekat di kerusi apatah lagi diikat dengan tali pinggang saja, naik kematu punggung dibuatnya :D
Inilah Schiphol Airport di Amsterdam...
2 orang kawanku tu sibuk membeli starter pack mobile sana...
Penjualnya adalah orang Pakistan yang dah menetap lama di Amsterdam (lupa plak snap gambar dia) Tapi yang gambar 'Lycamobile' dibawah ini, kami dapat free setiap seorang, namun mengikut kata si penjual tadi bahawa ianya akan mengambil masa 3-4 hari untuk mengaktifkannya.
Dah siap beli, mintak tolong dia snap kan gambar kami bertiga pula :))
Lepas ni, kena beli tiket train pulak nak ke Koog-Zandijk... destinasi untuk bermalam kami yang pertama..
Kaunter tiket train...
Ini tiket train kelas 2 dari Schiphol Airport ke Koog-Zaandijk yang berharga 5.90 euro one way...
lorong sebelah kanan tu naik escalator ke train station...
Dalam train...
Tiba-tiba kawanku baru perasan yang kami naik salah train. Nama-nama station nya lebih kurang je, so itu yang confuse nya. Maka, terpaksalah kami turun.
Naik pulak train satu lagi...
hahahahahaaaaa.... jeng jengggg...
Train Supervisor datang check tiket. Aku terlupa mana selitkan tiket tadi. Menggelabah ku mencari tiket dibuatnya dengan cara supervisor tu menenung padaku. Mana pulak ku simpan ye.. meraba-raba di poket kedua-dua jaket yang ku pakai. Panic jugak mencarinya... ok, last-last jumpa.. legaaa... TAPI.. rupanya kami salah direction naik train lagiiii... adoiiii.. kena turun, hangkut lah dengan beg berat-berat tu.. sabor je lah... dia kata tiket tadi dah tak boleh pakai. Maka kami slow talk sikit dengan dia, buat muka mintak simpati :P nasib baik lepas.. hehehee.. tak payah beli tiket baru...
Sementara menunggu train yang betul nya (kali ketiga ni), kami berkenalan pula tourist yang juga dari Malaysia (pasangan suami isteri yang duduk tu) yang datang ke Amsterdam menjenguk anak perempuannya (berdiri) yang sedang study di sana.
Borak punya borak, diberitahu pulak tempat shopping yang murah oleh anaknya itu... iaitu di Primark. hmmm... kawan-kawanku tersengih je.. nampaknya dah tak sabar nak pergi shopping tu.. Apa-apa pun kena check-in dulu dan letakkan beg-beg berat kami tu...
Okeyy..dah sampai ke station Koog-Zaandijk.. Kami turun dulu..
Jumpa lagi nanti.. :))
No comments:
Post a Comment