Train station Koog-Zaandijk
Mencari rumah pun satu hal jugak... tanya beberapa orang di situ sambil tunjukkan alamatnya, semuanya tidak pasti... Dalam kepenatan mengusung beg ke sana ke sini, tiba-tiba ada seorang 'uncle' ni yang bertanyakan arah tujuan kami... dari arah bertentangan seberang jalan. Bila diberitahu sambil tunjukkan alamat, dia juga kurang pasti, tapi dia ingin membantu kami lalu dia bertanyakan pula pada orang lain. Haaaa...dah tahu dah :)) Kami sempat pulak interview 'uncle' tu.. rupa-rupanya orang Indonesia! Ingat kan dia tu memang Hollander.. tapi rupa nya bukan. Mukanya tak ubah seperti orang Belanda... adalah tu..suku sakatnya tu..
Inilah tuan rumah yang kami sewa biliknya (Breakfast & Bed) ala-ala homestay lah, Carmilla namanya dan baby nya, Elena... cute sangat!
Selepas check-in dan meletakkan beg-beg kami, kawan-kawanku dah tak sabar nak shopping :) kami terus keluar untuk ke Primark, ada winter sales... tempat shopping barang-barang winter yang murah.
Kami berjalan kaki je sebab diberitahu tempat tu hanya 1 station saja iaitu station Zaandam dan mengambil masa dalam 10 minit aje berjalan kaki dah sampai.... tapiiiiiiiii....
Nampak pulak kucing bulu tebal ni.. lembut sangat bulunya... gerammm...
tapiiiiii.. kami berjalan hampir setengah jam baru sampai! hmmmmmm... agaknya omputih ni tinggi-tinggi semua, so kaki dia orang ni panjang lah.. langkahnya pun besor-besor.. heheheee.. :D . Sejuk gilerrr plak tu sampai ke tulang sambil berjalan tu sebab angin bertiup kuat sangat. Bayangkan.. kami diberitahu oleh pilot masa dalam flight tadi, suhunya adalah 1 degrees!
Ok, dah sampai, kami pi shopping dulu kat Primark ye... Jumpa lagi! :))
No comments:
Post a Comment