Saturday, 2 August 2014

Cuti-Cuti Malaysia - Beraya di Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Pada entri kali ini, akak nak share kan gambar-gambar percutian 'Cuti-Cuti Malaysia-Penang'. Orang kata, di Penang ni istimewanya ialah makanannya :)

Kami berangkat pada hari raya kedua ataupun 2 Syawal pukul 9.30 pagi. Perjalanan ada masanya jem jugak, terpaksa merangkak macam semut..

Akak ni excited pulak bila nampak jambatan Pulau Pinang.. maklumlah...last yang akak pernah datang sini ialah ketika umur 12 tahun kalau tak silap

Dah nak sampai penang bridge...yeayyy..



penuh rasa bangga..







Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.




Setelah mengisi perut (lupa plak nak ambik gamabar..perut tengah lapar...huhuuu... sambil lalu celah-celah kedai nak balik ke kereta, nampak pulak kedai jual jeruk. Dikabarkan yang jeruk Pak Ali ni famous..




Ni pulak pasar jeruk...




Al last..dah sampai di hotel... fuffhhh..penat ni! :D


 





Pemandangan dari bilik...





Indahnya pemandangan... saujana mata memandang...





                                                                melepak...
   

Harga family suite ini ialah RM390 satu malam..

Gambar atas katil..                                                         Dapur...
     

tu dia...makanan yang dibawa & dibeli...biasalah bawak budak-budak kan.. :))


Cantik kan pemandangan?  Awesome!


Photo


Beautiful Sunset...
Photo: Sunset...subhanallah...indahnya...

First day sampai memang tak turun ke beach sebab dah nak maghrib dan juga memang kepenatan... menikmati view dari bilik apartment jer... Keesokannya baru lah menjelajahi ke swimming pool dan beach...

   








haaa...ni lah harganya untuk bermain watersport tu... 








Akak teringin sangat nak naik para-sailing tu, tapi diberitau pulak dah ada banyak kes ia sangkut..jadi tak berani lah pulak..






pantai memang favorite ku.. I LOVE the beach! muuaahhh...





inilah hotel kami...Rainbow Paradise...





Gerai Makan di Padang Kota...






banyak gerai yang jual pasembur ni...





Mee Udang...



Pasembur...


terliur tak nengok ABC toping aiskrim ni? :))


sedapnya char kuey teow... berselera betul anak sedara ku ini...


mak aiiii... licin! Malunyerrrr.... :))



nak keluar dari food court tu, lalu pulak depan gerai jeruk..tapi yang ini mahal sikit harga jeruknya..










alahai...lane apa pulak namanya ni..dah lupa..huhuuu..




Dikabarkan bahawa Mee Goreng Sotong ni sedap sangat dan tokehnya tak menang tangan, lepas goreng 1 kuali penuh, sekejap je habis...goreng lagi... Harga sebungkus ialah RM5.00




Little India...


Meliputi kawasan di keliling Lebuh Queen, Lebuh Chulia and Jalan Pasar (Market Street), Little India di bandar George Town adalah sebuah enklaf India.


Sewaktu hari-hari awal perkampungan, Lebuh Chulia telah diberikan pada para pendatang India sebagai enklaf mereka[2]. Meskipun, selama bertahun-tahun, komuniti pendatang Cina menjadi semakin besar pada bilangan, mengakibatkan Little India terkepung di tengah-tengah masyarakat Cina yang semakin berkembang dan bersempadan dengan apa yang hari ini disebut sebagai Chinatown. Peneroka pendatang India telah mengambil pelbagai peranan dalam penyelesaian, sebagai buruh pertanian, peminjam wang dan peniaga rempah.

Sewaktu perayaan Thaipusam in George Town, para penyembah Hindu membawa kavadi mereka memulakan perarakan mereka dari Kuil Sri Mariamman, membuat jalan mereka melalui George Town sepanjang jalan ke Kuil Nattukotai Chettiar di Jalan Kebun Bunga, berhampiran air terjun.




The Street Art..

Seni lukisan dinding unik ini memperlihatkan keadaan hidup seharian masyarakat di Pulau Pinang. Juga memaparkan unsur humour dan sejarah Pulau ini untuk tatapan para pejalan kaki. Elok jugak..taklah boring kan?

Oleh kerana ia mungkin memaparkan sejarah sesuatu lorong atau kawasan di Georgeown, anda perlulah rajin berjalan kaki jika anda ingin melihat kesemuanya sekali.

Tapi, jika anda kesuntukan masa, anda boleh lah ke kawasan Lebuh Armenian sahaja kerana sekitar kawasan ini terdapat 5 arca dan lukisan mural yang hampir di antara satu sama lain.


Akak pun tak sempat nak cari semua...









Batu Feringgi....

Pantai di Batu FeringgiBatu Feringgi (Bahasa Inggeris: Foreigner’s Rock) adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel besar, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandaraya George Town.

Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar raya Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.

Pantai Batu Feringgi juga telah dilanda ombak besar tsunami sewaktu berlakunya tragedi Gempa bumi 26 Disember 2004.



time for Dinner! :))




Restoran ni menghidangkan makanan arab, western dan juga tempatan.

hmmm...lama jugak menunggu makanan siap..dalam 1 jam! huisshh..kesian kat budak-budak dan mak budak jugak :(



chicken chop

  
                           fish n chips                                   kuey teow goreng special (RM14)



shisha...RM25


trishaw...bunyi hon.. (kalau di Melaka, ada lagu hindustan & joget)



Setelah isi perut, jom shopping pulak di night market kat depan tu...

Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Pinang adalah Batu Ferringhi Night Market. Dibuka sehingga pukul 12+ tengah malam.








Panjangnya night market di batu feringgi ni...naik lenguh dah kaki merayap..



Sampai ke hotel pukul 1 pagi tuuu... banyaklah jugak ponjot-ponjot plastik yang kami bawak balik... hihihiiii... :))


Keesokan pagi, setelah breakfast, kami berkemas-kemas untuk check out hotel. Kami telah pun menghabiskan percutian selama 3 hari 2 malam di sini.

hmmm...Akak berhajat pulak untuk naik feri ni...



Kereta beratur sebelum masuk ke dalam feri...


menunggu hampir 1 jam...baru tiba giliran untuk masuk feri..













dah nak sampai ke seberang... 20 minit jer..





Perjalanan balik juga agak jem di beberapa tempat sehingga merangkak seperti semut. Kami berhenti rehat di R&R Tapah untuk late lunch dan juga solat. 

Alhamdulillah, sampai di rumah dalam pukul 8 malam...
Walaupun kepenatan, tapi kami sekeluarga happy.. :))




2 comments:

  1. Wowwww raya ke 2 kak emie dh g jalan2 time tu Jm masih melaysn tetamu datang umah. Penang mmg best sbb femes ngan mknan yg kak emie ckp tu pasembor, laksa, nasi kandar dan meeting. Jm jgk x jln round2 penang lagi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah..Penang memang best dgn makanannya... :)) oh..JM belum gi Penang lagi lah ye..

      Kak emie memang dah beberapa tahun kebelakangan ni, bila hari Raya Puasa, memang gi jalan..bawak sekali parents..sebab dah tak ada sapa kat kampung..huhuuu... dulu bila raya, selalu pegi Cameron Highland sebab tempat tu sejuk & tak sibuk..arwah ayah suka..

      Delete

Popular Posts