Saturday, 19 May 2012

RAWATAN DIRI - ZAHIR, BATIN & HATI







RAWATAN BATIN
Baca ke air
  • Al-fatihah - 1x
  • Ayatul Qursi - 1x
  • 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas) - 3x
  • Al-Waaqiah (ayat 35-38)  - 7x/10x
Sebelum minum, berdoa...
"Ya Allah, semoga semua sifat yang ada dalam ayat ini ada pada diriku"


RAWATAN ZAHIR
1). Baca:
  • Ya BADIQ (comel)
  • Ya NUR (cahaya)
  • Ya HADI (petunjuk)
  • Ya ALLAH (3x)
      Tiup ke tapak tangan & sapu ke muka 7x


2). Baca :
      Surah Thahaa/ayat 39  
      baca & tiup ke tapak tangan & sapu ke muka
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKu dan supaya kamu diasuh dibawah pengawasanKu"


3) Surah An Nur/ ayat 35  
     baca & tiup ke telapak tangan & sapu ke muka


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


RAWATAN HATI
Surah Ar-Ra'd/ayat 28


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia.


         

No comments:

Post a Comment

Popular Posts