Thursday, 17 May 2012

BAGAIMANA MENANGANI STRESS


 
UKUR STRESS dari gaya tidur 

*  Ketika anda terbangun di tengah malam, apakah selalunya memerlukan masa lebih dari 15 minit untuk membolehkan anda tidur kembali?
        Ya/Tidak

*  Apakah anda terbangun dua  atau lebih dari dua kali setiap malam?
        Ya/Tidak
*  Ketika bangun pagi, apakah anda sering berasa letih?
        Ya/Tidak
*  Apakah anda sering mimpi buruk?
        Ya/Tidak
*  Apakah anda malas bangun pagi, kerana bangun bererti harus mengerjakan perkara-perkara yang akan membuat anda letih?
        Ya/Tidak


Jika jawapan anda kebanyakannya 'ya', maka anda harus berwaspada, kerana stres berat sedang melanda diri anda. Lakukan beberapa perkara yang anda rasa boleh mengurangkan tekanan fikiran. Misalnya... bersantai di spa atau melakukan hobi yang sudah lama anda tinggalkan.


CARA JITU USIR STRES









1. Duduk diam
Tutup mata anda. Duduk diam-diam, lalu tarik nafas panjang, tahan sampai kiraan 10, kemudian hembuskan perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali, hingga anda berasa nyaman.





2. Katakan 'Stop'!   
Jangan terlalu bernafsu untuk menangani semua pekerjaan sendirian. Kerana, stres sering berlaku ketika anda mempunyai banyak pekerjaan. Katakan 'stop'! pada diri sendiri, kalau perlu dengan suara yang kuat, ketika otak anda mulai terasa 'penuh'. Menghadkan jumlah pekerjaan, selain menjimatkan waktu dan tenaga, anda juga boleh lebih fokus melakukan tugas utama, sehingga hasilnya memuaskan hati anda.



3. Siasat diri sendiri
Ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pensel. Tuliskan dan lengkapkan kalimat berikut: Yang paling saya cemaskan ketika ini adalah... Kemudian, carilah cara yang paling memungkinkan untuk keluar dari masalah tersebut. Dengan melihat persoalan secara rasional, akan meringankan fikiran anda.



4. Hirup aroma terapi  
Masukkan sesudu teh daun rosemary ke dalam semangkuk air panas. Biarkan lebih kurang 2 minit. Hidu asapnya, kemudian hembuskan perlahan-lahan. Rosemary adalah salah satu tumbuhan yang efektif untuk menenangkan fikiran.





5. Gerak tubuh ringan
Berdiri tegak, bawa tangan anda ke belakang. Kaitkan kedua-dua tangan anda lalu bongkokkan badan. Perlahan-lahan angkat tangan anda sejauh mana yang anda mampu. Tarik nafas, lalu hembuskan seperlahan mungkin. Ulangi cara ini beberapa kali.  




6. Menyanyi atau mendengar muzik
Anda suka menyanyi atau bermain muzik? Suara yang kuat tapi harmonis, akan menghilangkan emosi negatif, jika hanya mendengar muzik atau lagu kegemaran anda. Sesekali dendangkan lagunya, dijamin stres anda akan berkurang.






2 comments:

Popular Posts