Sunday, 27 May 2012

SELAMAT BERSANTAI DI HARI MINGGU...

Assalamualaikum...



Selamat pagi...semoga ceria di pagi minggu ini.... Dah breakfast ke belum? Hmmm...   kalaulah dapat Nasi Lemak + Kopi O ... pergghhhh..! Pasti lepas tu terbongkang balik.. betul tak? heheheee....

Ok lah.... hari ni sambil bersantai-santai tu, jom tengok offer handbag LongChamp yang berbagai color ni... nak habiskan stok... Beg ni nampak trendy, senang jalan bershopping....




 Brown

Red 

  Maroon

Ada juga tinggal satu saja lagi bag yang dibuat dari kulit kambing biri-biri yang saya beli dari Kashmir, India... cantik.. warna hijau..
   

dan ada 1 lagi handbag ini untuk di let go...

Beg ini penuh dijahit dengan labuci & mutiara... 
sesuai dibawa ketika menghadiri majlis...

Well... happy shopping with EmShoppe.... and enjoy your weekend!

Friday, 25 May 2012

PERFUME PERSONALITY TEST

 

The word perfume used today derives from the Latin per fumus, meaning "through smoke." Perfumery, or the art of making perfumes, began in ancient Mesopotamia and Egypt and was further refined by the Romans and Persians. Perfume is a mixture of fragrant essential oils or aroma compounds, fixatives, and solvents used to give the human body, animals, objects, and living spaces "a pleasant scent." The odoriferous compounds that make up a perfume can be manufactured synthetically or extracted from plant or animal sources.  
The Perfume Maker
Perfumes have been known to exist in some of the earliest human civilizations, either through ancient texts or from archaeological digs. Modern perfumery began in the late 19th century with the commercial synthesis of aroma compounds such as vanillin or coumarin, which allowed for the composition of perfumes with smells previously unattainable solely from natural aromatics alone.






 PERFUME PERSONALITY TEST




 1.   Your best Saturday afternoon plan would be:
A.      Horseback riding, hiking or water sports
B.      Curled up by the fire with a novel and a hot cup of tea
C.      Checking out that must-see movie everyone is talking about
D.      Hiking a woodsy trail


2.   Your favorite meal is:
A.      Fresh fruits and veggies
B.      Anything chocolate
C.      Exotic, spicy foods
D.      Barbeque ribs or a juicy steak


3.  What aromas appeal to you?
A.      Fresh air, sea spray, citrus fruits
B.      Roses, flower shops, scented candies
C.      Incense, strong spices, vanilla
D.      A walk through the woods, cinnamon


4.  The place where you would most like to be…
A.      California- skiing, hiking, surfing
B.      Paris-the city of love
C.      New York City- stylish, sophisticated, chic
D.      A mountain resort


5.  Your top movie category is…
A.      Action movies
B.      Romantic comedies
C.      Foreign films
D.      Dramas


6.  What are your favorite colors?
A.      Nature colors
B.      Pastels
C.      Jewel Tones
D.      South western colors




If the answer is mostly :








These collections of perfume are amongst my favorites... click photo

Sacred Love is a sweet fragrance that warms up the heart of a woman with feelings of romance. A Citrus Fresh Floral top at once sets her heart attuned to the invigorating feeling of joy that only love can create. A Floral Musky fresh heart embraces her with passionate warmth, revealing her magical enigma to the world with her every turn. The fragrance possesses a Fresh Musky Floral base, further accentuating its sweet spell of romance. With ingredients like Water Lily, Jasmine, Peach, Sandalwood, Vetiver and Amber, Sacred Love comes closest to the legendary potion of love.
Fragrance description 
Top: Citrus Fresh Floral
Heart: Floral Musky Fresh
Base: Fresh Musky Floral 
Capacity: 50 ml    Type: Eau de Parfum












Sacrifice...
A warm heart of sweet, floral tones of jasmine...











Wednesday, 23 May 2012

PETUA

         
Assalamualaikum... 
Terdapat banyak petua-petua melayu kita yang diamalkan oleh orang-orang tua kita dahulu dan tidak banyak diamalkan oleh golongan muda sekarang dah.... oleh itu marilah kita amalkan kembali petua-petua yang tak berapa diamalkan ini yang mana bahannya sangat 
murah dan mudah didapati... 
TANPA perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk 
merawat apa yang kita hajatkan...
Ayuuuhhhh....

Petua Hilangkan Bau Badan 
BERAS -      Selain berupaya menghaluskan kulit, beras juga dikatakan dapat menghapuskan masalah bau badan. Ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga seperti beras terbakar. Lalu ditumbuk hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan bancuhan itu ke bahagian2 badan yang mudah berpeluh seperti bawah ketiak sll. Lepas gosok, biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lihatlah hasilnya nanti apabila badan tidak lagi berbau busuk bila berpeluh. Insyaallah...


DAUN SIRIH -      bertindak sebagai antiseptik disamping mengandungi zat aktif untuk membantu menghilangkan bau badan. Ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas. Biarkan ia sejuk sendiri. Bila dah sejuk, minum air rendaman sirih tu. Cuba amalkan setiap hari, lama-lama nanti masalah badan berbau akan hilang.... Insyaallah... Kalau rasa tak sedap tu, tambahlah gula sikit..


TIMUN -      Potong timun kecil-kecil... Gosokkan semasa mandi dengan kepingan kecil timun tu di seluruh badan. Lepas tu bilaslah dengan air bersih...


BUNGA CENGKIH -        Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas. Biarkan hingga kembang. Kemudian minum air rendaman itu. Amalkan selalu...


PETUA HILANGKAN/MELAMBATKAN PERTUMBUHAN BARU BULU KETIAK


Kunyit Hidup dan Kapur Sireh -      Cabut bulu ketiak supaya akarnya keluar, tapi jangan cukur. Lepas tu ambil kunyit dan celup ke dalam kapur dan kemudan gosokkan pada ketiak selama 3-5 minit, lepas tu basuh dengan air bersih. Bulu ketiak akan mengambil masa yang lama untuk tumbuh semula.


Jintan Putih -     Ambil 10 biji campurkan dengan kapur barus dan perah sikit air limau nipis. Gaulkan hingga sebati. Lepas cabut bulu ketiak tu, sapukan ramuan tersebut, gosok beberapa minit dan bilas.


Lada Putih    Tumbuk bersama 2 biji kapur barus. Gaulkan dengan sikit minyak kelapa. Gosokkan ramuan tu pada ketiak setiap malam sebelum tidur, biarkan semalaman.
Jintan Putih -   Ambil 20 biji dan 5 biji kapur barus, tumbuk semua hingga lumat, campur dengan minyak tanah. Gosok pada ketiak beberapa minit setiap hari.

PETUA MENGHILANGKAN BAU MASAM KETIAK


Ambil bebrapa helai Daun Pandan dan lebih kurang segenggam bedak sejuk. Tumbuk daun pandan sampai lumat dan perah airnya dan bancuhkan dengan bedak sejuk dengan menggunakan air perahan pandan itu. Selepas itu, sapukan atau lumur di ketiak yang berbau tu.. Amalkan setiap malam, Insyaallah dalam masa seminggu akan nampak kesannya....




PETUA MEMUTIHKAN KETIAK HITAM 
Ambil sebiji Limau Nipis dan perah jusnya.   Campurkan jus tadi dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

PETUA HILANGKAN KESAN HITAM BAWAH MATA
Ubi Kentang - Potong sebiji Ubi Kentang    dan hiris pada kepingan nipis, lekapkan pada sekeliling dan kedua2 belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu bilas. Jika diamalkan selalu dapat membantu mengurangkan kesan hitam bawah mata, malah boleh mencerahkan kulit.


Lemon - Perah lemon   dalam cawan, sapukan perlahan2 di kawasan sekitar bawah mata. Amalkan 2 kali setiap hari untuk mendapatkan hasil yang baik.


PETUA PUTIHKAN GIGI
1. Arang - Tumbuk arang atau kayu arang   tu sampai halus. Kemudian simpan serbuk arang tu dalam bekas yang bersih. Setiap pagi ambil sikit serbuk arang tu dan gosok pada gigi dalam 2-3 minit. lepas tu kalau nak guna ubat gigi pun boleh.


2. BIJI ASAM JAWA - Goreng beberapa   biji asam jawa TANPA gunakan minyak. Bila dah hampir hitam, tutupkan api dan biar biji2 asam jawa tu sejuk sikit, lepas tu tumbuk sampai jadi serbuk halus. Gosok serbuk tu pada gigi setiap hari. Insyaallah dalam masa 2 minggu nampak kesannya...


PETUA SERIKAN WAJAH CARA YANG MURAH
1.Gunakan kulit pisang   yang dah masak (kuning) dengan menggosok bahagian sebelah dalam kulit pisang tu kat muka. Biarkan sekejap sebelum dibilas dengan air bersih.


2. Cuci muka dengan AIR KELAPA TUA                   
Amalan orang2 tua dulu... cuci dan biarkan 10 minit sebelum bilas.


PETUA NAIKKAN SERI WAJAH



Amalkan meminum air inai. Ambil segenggam daun inai dan rebus dengan air sebanyak 2 cawan. Rebus sehingga ia sejat tinggal lebih kurang 1 cawan saja. Biarkan sejuk dan amalkan minum 3 kali seminggu. Mudah-mudahan wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri...


DAUN PEGAGA   
Khasiatnya:
Dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis, mengecutkan peranakan, ubati gatal pada bahagian vagina, hilangkan bintik2 hitam di muka dan juga ubat untuk darah tinggi. Bahkan daun pegaga juga bermanfaat untuk kecantikan wajah.


Untuk Menghilangkan Bintik Hitam
Daun pegaga ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bedak sejuk, ianya sangat mujarab untuk menghilangkan bintik2 hitam di muka. Ambil 10 helai daun pegaga dan cuci dengan air garam. Lepas tu tumbuk hingga halus dan campurkan dengan air garam dan bedak sejuk yang ditambah dengan sedikit air suam. Sapukan pada muka pada sebelah malam dan bersihkan pada keesokan harinya. Amalkan setiap malam hingga bintik2 hitam itu hilang.


Untuk Serikan Wajah
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebus saja. Tapis air rebusan itu dan biarkan ianya sejuk. Minumlah sekali sehari selepas makan malam. Amalkan 3 kali dalam seminggu. Insyaallah akan kelihatan lebih berseri...


Untuk Kecutkan Peranakan



Amalkan makan pucuk pegaga samada sebagai ulam atau dimasak dalam gulai. Ianya dapat membantu mengecutkan peranakan wanta. 




Marilah kita mengamalkan kembali petua-petua mudah orang-orang tua kita.... moga akan lebih berseri wajah dan badan kita... Insyaallah...

Popular Posts