Wednesday, 29 February 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA (1) - Meredah Pantai Timur (Kuantan)



Assalamualaikum wrt... semoga sihat sejahtera lah semua hendaknya. Walau pun cuaca tak menentu sekarang ini, harap anda semua dapat menjaga diri sendiri dengan sebaik mungkin. Hari ini aku nak bercerita tentang kisah percutian ku baru2 ini yang ala2 "Cuti-cuti Malaysia - Pantai Timur " Ya... sesungguhnya aku ingin mengenali negeri pantai timur di negara ku ini dengan lebih dekat lagi yang selama ini agak tidak ku hiraukan... kejam nya aku!


Comel sangat kucing ni !
Sebelum ini, percutianku kebanyakannya hanyalah di luar negara sahaja... bukannya nak membangga diri di sini, tetapi ianya adalah kerana jika percutian di dalam negeri, masalah besar ku ialah aku sudah tak mampu lagi untuk memandu 'long distance'.... ini disebabkan perasaan 'fobia' setelah mengalami kemalangan di karak highway  beberapa tahun yang lalu di waktu hujan lebat & di mana aku telah hilang kawalan stering (tika itu aku hanya berserah pada Tuhan sambil mengucap) seterusnya telah melanggar tembok divider di highway yang membuatkan aku sentiasa berasa dalam keadaan tidak tenang/selesa/gabra/takut jika pandu laju sikit... asyik main tekan brek aje... Hmmm... susahnya lah sekarang kalau nak bercuti di dalam negeri sendiri... Hubby pulak tak ada masa nak bawak, sibuk dengan bisnes aje... 


Tapi jika percutian di luar negara, aku boleh ikut tour group, bayar je harga pakej tu...dahhh.. semua diuruskan! Senang...tak yah pening2 kepala lagi.. Selalunya aku mengikuti travel grup "Poto Travel". Pengendalian nya... not bad! Aku puas hati... Setakat ini, aku telah mengikuti percutian  bersama travel grup Poto ini ke negara Turki, Spain, Morocco, Egypt, India, China, Korea, Vietnam. Sementara ke Switzerland & Paris telah dibawa oleh 'hubby' ku. Percutian ke Bali & Chiangmai pula, aku uruskan secara persendirian.... memang tak brapa best sebab kalau pergi dengan grup, memang meriah!


Apasal bergaru tu, La? Gatal kepala?
Perancangan percutian bermula ketika satu2nya anak kesayanganku (the one & only!)  bercuti semester nya baru2 ini. Aku memang nak bawaknya bercuti setelah dia penat berhempas pulas study utk exam nya... yang mana telah menghasilkan keputusan yang cemerlang! Aku bersujud syukur tika mendapat berita itu dan aku puas hati dengannya... Syukur alhamdulillah... 


Selepas tu, Aku tertanya2 pula macamana nak pegi? Siapa yang nak drive kan untukku? Fikir...fikir..fikirrr... Fikir punya fikir... Haaa...dah dapat jawapannya..! Alhamdulillah, si burung nuri setuju untuk menyertai dan merealisasikan ekspedisi meredah pantai timur ini... Terima kasih burung nuri... budimu akan ku kenang..   
Burung Nuri




Wink winkkk...!  








Bagaimana dan dari mana nak ku mulakan merancang percutian ini ye? Aku bingung sekejap memikirkannya.... Blank! Lalu, terfikir aku untuk membuat research, aku on internet dan terus mencari sahabat baikku, Cik GOOGLE!!! Yaaaa... cuma dialah yang dapat membantu ku... kata hatiku! Oleh kerana aku pun tak brapa hafal dengan peta di belah pantai timur ini, aku cari Peta Malaysia dan 'zoom' ke belah pantai timur... bermula dari Pahang. Sebenarnya Pahang ini ialah tempat kelahiran kedua orang tua ku, namun mereka telah lama berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka setelah orang tua mereka telah tiada... 
Al-Fatihah buat kedua2 nenekku dan datukku...


Sambil membuat research, aku menarikan jari jemariku untuk mencatat beberapa lokasi menarik untuk dilawati nanti... di antaranya.. 


di PAHANG :
* Telok Chempedak di bandar Kuantan
* Tanjung Api, sebuah perkampungan nelayan di bandar Kuantan
* Bandar Pekan iaitu bandar diraja Pahang
* Tanjung Agas, sebuah lagi perkampungan nelayan, terletak di Pekan
* Cherating
* Tasik Chini 


Aloha !




di TERENGGANU :
* Pantai di Marang
* Pulau Duyong, sebuah perkampungan nelayan
* Seberang Takir
* Merang, terdapat jeti ke Pulau Kapas


Perjalanan kami berempat (aku, bella, burung nuri & makcikku) dimulakan menuju ke bandar Kuantan, Pahang. Sampai saja di Kuantan, kami dibawa pusing2 keliling bandar serta singgah pula di Kuantan Waterfront.  
Subhanallah... Indahnya ciptaan Tuhan
Memang cantik... anginnya yang sepoi-sepoi bahasa telah melambai2kan pohon kelapa, juga menampar2 muka ku... aduuussss...terasa begitu halus menusuk ke dalam celah2 bulu roma mukaku...auuwwww!! 




Kita tengok  telor penyu...
Terdapat gerai2 yang menjual makanan ringan tempatan serta buah2an. Oh ya, ada jugak nampak jual telur penyu...  yang bulat2 macam bola pingpong tuuu... best jugak ni kalau beli dan boleh rasa... sebab orang kata, dah rebus pun telurnya masih lembik lagi, takkan jadi keras. Tapi apa kan daya... perjalanan kami baru bermula dan masih panjang lagi, maka niat untuk membeli telur penyu ni pun dipadamkan saja lah...     






Sebelum kami check-in hotel, sempat jugak melawat pakcikku (86 tahun, pernah berkhidmat sebagai anggota polis yang ditakuti suatu waktu dahulu sewaktu peristiwa bukit kepong) yang mana telah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas... Al-Fatihah buat arwah mak long ku.




Selepas puas bercerita (pakcik ku ini memang ramah sangat orangnya), maka kami pun bermohon diri, lalu check-in hotel untuk berehat seketika bagi melepaskan penat kerana cuaca pun agak panas tika itu...


Pintu Gerbang, Pekan, Pahang
Setelah menunaikan solat jamak maghrib & isyak, kami pun keluar menaiki kereta untuk melawat ke bandar diraja, Pekan, Pahang. Pintu gerbang ke bandar Pekan pun cantik jugak. Bandarnya penuh dengan lampu2 hiasan... yang berwarna warni, maklumlah bandar diraja! 





Kami sempat melawati istana raja, eh eehh... dapat jenguk kawasan luar pagar istana ajeee... huhuuuuu... Seterusnya kami ke Polo Club Raja. Puas kami bergambar dengan berbagai posing di entrance Royal Polo Club... tak dapat naik kuda betul, bergambar dengan kuda batu pun jadiklah... Kalaulah kuda tu boleh bercakap... tak tau lah...hehehee... 







Sempat jugak singgah di Pekan Riverfront, terdapat lembing kat situ, tapi gelap sangat, susah nak nampak.     









Setelah kepenatan berposing2 tadi, kami meninggalkan bandar diraja, Pekan dan membuat pejalanan pulang ke bandar Kuantanterus singgah di Teluk Chempedak untuk makan malam... perut memang dah berbunyik sangat, krok..krok... 

Mak aiii.. tengok jam, dah pukul 12 tengah malam baru nak dinner. Patutlah... Angin pantai TC ini memang terlampau kuat! Badanku yang memang tak berapa nak ringan ni pun serasa bagai melayang jugak! Cewah..prasan!!! (Badan market? Jauh sekali! -hanya anakku je lah yg paham maksudnya..agak2nya lah) Hahahaaa.. Kebetulan pula malam tu ialah malam Sabtu, jadi memang penuh dengan para pengunjungnya. La, masihkah kau terkenangkan kipas yang colorful itu yang telah tercicir? Hahahahaaa...

Tanjung Api


Keesokan paginya, kami melawat ke Tanjung Api, iaitu sebuah perkampungan nelayan. Aku ingin sangat nak tengok nelayan turunkan hasil tangkapan mereka, tapi hampa... rupa2nya hasil tangkapan laut diturunkan di tempat lain dan di Tanjung Api ini hanyalah tempat berlabuh bot2 nelayan. 


Tak pe lah... kami masih boleh jenguk2 dan menyebuk bergambau di bot2 nelayan ni...


Oh ye, dapat jugak kawanku, Mariah, yang sama menuntut semasa di Uitm dulu sempat mengejar ku di situ setelah beberapa kali appointment kami terpaksa dibatalkan oleh sebab masa yang tak bersesuaian. 




Gembira aku bertemu dengannya... masih seperti dulu, cuma sedikit dimamah usia! Maklumlah.. kita ni dah masuk ke senja..! Oh tidaaakkkk..! Oh YES! I have to face the fact! ok lah tu... 




Sebelum kami meninggalkan bandar Kuantan, kami sempat juga singgah ke rumah seorang lagi saudaraku, seorang ibu muda  yang meletop-letop (Baru habis pantang lah! Tengoklah baby nyer... cute sangat!) yang menjalankan bisnes tempahan baju (Tailor). Bisnesnya dah maju.. ramai mak2 datin yang tempah baju dengannya... ooouuiiii.. mesti dah berkepuk dah simpan duit ni! Gurau aje ye Maz ! Jangan marah...nanti lekas tua! Maz, sori..daku abadikan gambarmu di sini di blog percutian ku ini tanpa izin mu ye... You're so sweet!




Perjalanan diteruskan lagi. Destinasi seterusnya ialah Cherating. Memang dah lama sangat aku teringin nak pergi, tapi tak sampai2 jugak... sebab tak ada sapa nak bawak... huhuuuuuu... ;'(   


Gembiranya bila dah sampai sana, kembang dan berbunga-menga hatiku! Kami check-in di Tanjong Inn. Cantik tempatnya... memang sah... menyegarkan dan merehatkan otak..


Ok, nantikan sambungan cerita perjalanan ekspedisi CUTI-CUTI MALAYSIA(2) pulak ye yang meredah pantai timur di Cherating ye.... sebab mata dah mengantuk sangat dah ni... tak tahaaaannn.. Selamat malam...semoga aku lena dibuai oleh mimpi2 yang indah malam ini. Assalamualaikum.



Sunday, 26 February 2012

JANGAN LEKAS BERPUTUS ASA

Jangan Lekas Berputus Asa 


Assalamualaikum wrt.... Kehidupan ini memang telah Allah swt ciptakan ujian untuk menguji hamba2Nya. Cuma ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan masalah penyakit kronik, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Memang semua orang pernah dan akan diujiNya. Persoalannya ialah bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut. 

Apakah kita perlu akur dengan rasa kecewa dan marah itu atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai rintangan bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya 
sebagai seorang yang beragama Islam kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai sesuatu  yang boleh mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik?

“Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”  jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Maka, janganlah sekali-kali kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Sifat berputus asa sebenarnya adalah bukan sifat seorang yang beragama Islam yang mana seorang Islam adalah 
seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha dan terus berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai apa jua perkara.
                                              

Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya, bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh, tidak dapat bersabar dengan dugaan yang mendatang. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi jika yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. 

Sesungguhnya, kelapangan atau kesempitan rezeki itu 
adalah ujian Allah semata-mata terhadap hamba-Nya. Kesimpulannya, JANGANLAH ADA SIFAT/RASA BERPUTUS ASA DALAM DIRI KITA. Sentiasalah kita mengingatkan diri kita bahawa jika doa-doa kita belum dimakbulkan lagi bermakna Allah belum mahu memperkenankannya, segalanya adalah tersembunyi maksudnya. Mungkin Allah akan memberi yang lebih baik daripada apa yang kita minta atau terlalu banyak dosa2 kita yang belum diminta ampun dariNya... Maka, kita perlu melihat jauh ke dalam diri kita...bermuhasabah diri...
Manjadda Wajadda.....

The most famous quote ever, on never giving up....


"Never, never, never give up!"
~ Winston Churchil


"Our greatest glory is not in never failing, but in rising up  
  every time we fail". 
~  Ralph Waldo Emerson


No one will ever see me quit, because I simply won't. If I start something, I will finish it and do it well.
~  Steve Belmarsh 


DOA 3 ORANG NABI KETIKA DALAM KESUSAHAN




Renungkanlah....


Bukanlah hidup namanya, kalau tidak bermasaalah. Bukanlah seseorang dibilang sukses, kalau tidak sanggup melalui berbagai rintangan. Bukanlah disebut menang, kalau tidak dibuktikan dengan pertarungan. Bukanlah disebut lulus, kalau tidak mengikut ujian. Bukanlah dibilang berhasil kalau tidak berusaha... Semuanya diciptakan oleh Allah untuk kesibukan dan menguji hambaNya yang beriman dan bertaqwa...




Berikut dipaparkan Doa ketika Nabi Musa, Nabi Ayub & Nabi Muhammad saw ketika mereka menghadapi krisis...serta fadilatnya...


DOA NABI MUSA MENGHADAPI KRISIS


Rabbisyrah Lii Sodrii Wayassir Lii Amrii Wahlul 'Uqdotan Mil Lisanii Yafqa Huu Qaulii
[Ya Allah Ya Tuhanku! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan bukakanlah buhul2 kesulitan lidahku sehingga mereka memahami ucapanku - SurahThaha/ayat 25]
Sesiapa yang selalu membaca ayat ini sebanyak 21 kali setiap kali selepas Solat Subuh, nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.



DOA NABI AYUB MENGHADAPI KRISIS


Inni Massaniyadh Dhuruu Wa Anta Arhamur Raahimiin
[Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku sedang tertimpa kepayahan dan Engkaulah Tuhan yang sangat berkasih sayang - Surah Al-Anbiya/ayat 83]

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar 
pangkat di sisi Allah s.w.t . 



DOA NABI MUHAMMAD SAW MENGHADAPI KRISIS


Rabbi Adkhilnii Mudkhala Sidhqin Wa Akhrijnii Mukhraja Sidhqin Waj'Al Lii Mil Ladunka Sulthaanan Nasiiro.
[Ya Allah Ya Tuhan yang Pendidik! Masukkanlah aku melaui pintu masuk yang benar dan keluarkanlah aku melaui pintu keluar yang yang benar, dan jadikanlah untukku kekuatan/kekuasaan dari sisiMu yang dapat menolong - Surah Al-Isra'/ayat 80]
Fadilat : Barangsiapa mengamalkan ayat ini di dalam solat tahajjud atau dhuha dan solat-solat sunat yang lain sebanyak 40 kali, InsyaAllah ia akan digolongkan ke dalam golongan kekasih Allah. Bacalah ayat ini sebelum bertemu dengan pemerintah, temuduga, peperiksaan atau untuk menghadapi perbicaraan. InsyaAllah ditunaikan segala hajatnya. Ayat ini jika dibaca ketika pulang dari permusafiran, ia akan dimuliakan oleh orang-orang kampungnya.



WHAT IS LOVE? My ALL....

What is Love?


Love is a fire, which destroys everything (even your own existence) except your beloved.
Love is an emotion of strong affection and personal attachment. In philosophical context, love is a virtue representing all of human kindness, compassion and affection.  Love  may also be described as actions towards others (or oneself) based on compassion, or as actions towards others based on affection.


Love refers to a variety of different feelings, states, and attitudes, ranging from pleasure to interpersonal attraction .  Love  may refer specifically to the passionate desire and intimacy of romantic love, to the sexual love of eros, to the emotional closeness of familial love, or the platonic love that defines friendship , to the profound oneness of devotion of religious love.

This diversity of uses and meanings, combines with the complexity of the feelings involved, makes love unusually difficult to consistently define, even compared to other emotional states.


Love in its various forms acts as a major facilitator of interpersonal relationships and, owing to its central psychological importance, is one of the most common themes in the creative arts.
Love may be understood a part of the survival instinct, a function keep human beings together against menaces and to facilitate the continuation of the species...



This is my favorite song...MY ALL...the most romantic song!





"My All"


I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side


[Chorus:]
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight


Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight


[Chorus]


Give my all for your love
Tonight




















Want to share about your LOVE ?


*****

Saturday, 25 February 2012

KEHIDUPAN YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA




Kehidupan di alam fana yang penuh onak dan duri 
memerlukan banyak pengorbanan, maka lalui lah dengan penuh kesabaran. Seandainya dapat diselami sambil mentafsir tasik hati yang cuma nampak tenang di permukaan tapi di dasarnya bergelora..
Persoalan demi persoalan membelenggu akal dan fikiran namun tidak ku temui jawapannya...
Seandainya dapat ku lari, akan ku lari sejauh mungkin pergi membawa diri...
Sesungguhnya, kehidupan yang terindah hanyalah buat sementara waktu saja...



YANG TERINDAH HANYALAH SEMENTARA
Setinggi seluas gunung dan lautan 
Sejuta harapan dipertaruhkan 
Beronak berliku jalan ku lalui 
Selagi berupaya ku teruskan 


Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam 
Di dalam keberanian terusik jua perasaan 
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah 


Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara 
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa 


Tak rela ku turutkan hati 
Menyesali apa yang terjadi 
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali 


Biarlah walau pun kusepi 
Sedih pedih dikhianati 
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini
Manjadda Wajadda....

Tazkirah : 10 SURAH UNTUK MENCEGAH DIRI DARIPADA 10 PERKARA




10  SURAH UNTUK MENCEGAH DIRI 
DARIPADA 10  PERKARA 




1) AL-FATIHAH
   Mencegah diri dari kemarahan Allah


2) YAASIN
   Tak rasa dahaga di hari akhirat


3) AD-DUKHAAN
   Rasa tenang di hari akhirat


4) AL-WAAQIAH
   Dapat kekayaan dari segi jiwa


5) AL-MULK
   Mencegah dari seksa kubur


6) AL-KAUTSAR
   Mencegah diri dari dianiaya musuh


7) AL-KAAFIRUN
   Dalam kalimah ketika di waktu nazak


8) AL-IKHLAS
   Mencegah kita dari jadi munafik


9) AL-FALAQ
   Mencegah kita dari didengki orang


10) AN-NAAS
   Mencegah kita dari penyakit  was-was



Manjadda Wajadda...

Everything I do, I do it for you....TAHNIAH cousin ku...








Petang ini aku terpanggil untuk mengabadikan satu sejarah di blog Jarijemariku ini sambil  mengelamun jauh memikirkannya setelah aku mengucapkan tahniah di atas wedding anniversary nya  yang ke16 di facebook tengahari tadi.  


Woowww...that is really great! 
Deep in my heart... hatiku berkata....How I envy you...envy yang sihat tak apa ye... hehehehe... 
Namun sesungguhnya, aku amat gembira melihat Loving Couple ini berjaya melayari bahtera kehidupan mereka serta mempertahankan cinta mereka selama 16 tahun lamanya.... TAHNIAH! Dia adalah cousin ku...






Namun dalam kegembiraan ini, jauh di sudut hati ku tersentuh jua dengan musnahnya sebuah mahligai perkahwinan yang dibina atas rasa cinta mereka yang utuh buat satu jangkamasa yang panjang... kecurangan??? Tak tahu lah... hanya mereka yang melaluinya ada jawapannya... Harapanku agar DIA diberikan kekuatan dan bangkit dari kejatuhannya... insyaallah...




This song dedicated to this loving couple... 
Semoga kekal hingga ke akhir hayat...


EVERYTHING I DO, I DO IT FOR YOU
Look into my eyes, you will see
What you mean to me
Search your heart, search your soul
And when you find me there you'll search no more


Don't tell me it's not worth tryin' for
You can't tell me it's not worth dyin' for
You know it's true
Everything I do, I do it for you


Look into your heart, you will find
There's nothin' there to hide
Take me as I am, take my life
I would give it all, I would sacrifice


Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
You know it's true
Everything I do, I do it for you
Oh yeah


There's no love, like your love
And no other, could give more love
There's nowhere, unless you're there
All the time, all the way, yeah


Look into your heart, baby


Oh, you can't tell me it's not worth tryin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
Yeah, I would fight for you, I'd lie for you
Walk the wire for you, yeah I'd die for you


You know it's true
Everything I do, oh, I do it for you


Everything I do, darling
And we'll see it through
Oh we'll see it through
Oh yeah


Yeah!  


Look into your heart
You can't tell me it ain't worth dying for
Oh yeah


I'll be there, yeah
I'll walk the wire
Oh, yeah


I'm going all the way, all they way, yeah 




Manjadda Wajadda.....
[Siapa yang berusaha, dia berjaya]





Popular Posts