Assalamualaikum wrt... semoga sihat sejahtera lah semua hendaknya. Walau pun cuaca tak menentu sekarang ini, harap anda semua dapat menjaga diri sendiri dengan sebaik mungkin. Hari ini aku nak bercerita tentang kisah percutian ku baru2 ini yang ala2 "Cuti-cuti Malaysia - Pantai Timur " Ya... sesungguhnya aku ingin mengenali negeri pantai timur di negara ku ini dengan lebih dekat lagi yang selama ini agak tidak ku hiraukan... kejam nya aku!
Comel sangat kucing ni ! |
Tapi jika percutian di luar negara, aku boleh ikut tour group, bayar je harga pakej tu...dahhh.. semua diuruskan! Senang...tak yah pening2 kepala lagi.. Selalunya aku mengikuti travel grup "Poto Travel". Pengendalian nya... not bad! Aku puas hati... Setakat ini, aku telah mengikuti percutian bersama travel grup Poto ini ke negara Turki, Spain, Morocco, Egypt, India, China, Korea, Vietnam. Sementara ke Switzerland & Paris telah dibawa oleh 'hubby' ku. Percutian ke Bali & Chiangmai pula, aku uruskan secara persendirian.... memang tak brapa best sebab kalau pergi dengan grup, memang meriah!
Apasal bergaru tu, La? Gatal kepala? |
Selepas tu, Aku tertanya2 pula macamana nak pegi? Siapa yang nak drive kan untukku? Fikir...fikir..fikirrr... Fikir punya fikir... Haaa...dah dapat jawapannya..! Alhamdulillah, si burung nuri setuju untuk menyertai dan merealisasikan ekspedisi meredah pantai timur ini... Terima kasih burung nuri... budimu akan ku kenang..
Burung Nuri |
Wink winkkk...!
Bagaimana dan dari mana nak ku mulakan merancang percutian ini ye? Aku bingung sekejap memikirkannya.... Blank! Lalu, terfikir aku untuk membuat research, aku on internet dan terus mencari sahabat baikku, Cik GOOGLE!!! Yaaaa... cuma dialah yang dapat membantu ku... kata hatiku! Oleh kerana aku pun tak brapa hafal dengan peta di belah pantai timur ini, aku cari Peta Malaysia dan 'zoom' ke belah pantai timur... bermula dari Pahang. Sebenarnya Pahang ini ialah tempat kelahiran kedua orang tua ku, namun mereka telah lama berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka setelah orang tua mereka telah tiada...
Al-Fatihah buat kedua2 nenekku dan datukku...
Sambil membuat research, aku menarikan jari jemariku untuk mencatat beberapa lokasi menarik untuk dilawati nanti... di antaranya..
di PAHANG :
* Telok Chempedak di bandar Kuantan
* Tanjung Api, sebuah perkampungan nelayan di bandar Kuantan
* Bandar Pekan iaitu bandar diraja Pahang
* Tanjung Agas, sebuah lagi perkampungan nelayan, terletak di Pekan
* Cherating
* Tasik Chini
Aloha ! |
di TERENGGANU :
* Pantai di Marang
* Pulau Duyong, sebuah perkampungan nelayan
* Seberang Takir
* Merang, terdapat jeti ke Pulau Kapas
Perjalanan kami berempat (aku, bella, burung nuri & makcikku) dimulakan menuju ke bandar Kuantan, Pahang. Sampai saja di Kuantan, kami dibawa pusing2 keliling bandar serta singgah pula di Kuantan Waterfront.
Subhanallah... Indahnya ciptaan Tuhan |
Kita tengok telor penyu... |
Sebelum kami check-in hotel, sempat jugak melawat pakcikku (86 tahun, pernah berkhidmat sebagai anggota polis yang ditakuti suatu waktu dahulu sewaktu peristiwa bukit kepong) yang mana telah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas... Al-Fatihah buat arwah mak long ku.
Selepas puas bercerita (pakcik ku ini memang ramah sangat orangnya), maka kami pun bermohon diri, lalu check-in hotel untuk berehat seketika bagi melepaskan penat kerana cuaca pun agak panas tika itu...
Pintu Gerbang, Pekan, Pahang |
Kami sempat melawati istana raja, eh eehh... dapat jenguk kawasan luar pagar istana ajeee... huhuuuuu... Seterusnya kami ke Polo Club Raja. Puas kami bergambar dengan berbagai posing di entrance Royal Polo Club... tak dapat naik kuda betul, bergambar dengan kuda batu pun jadiklah... Kalaulah kuda tu boleh bercakap... tak tau lah...hehehee...
Sempat jugak singgah di Pekan Riverfront, terdapat lembing kat situ, tapi gelap sangat, susah nak nampak.
Setelah kepenatan berposing2 tadi, kami meninggalkan bandar diraja, Pekan dan membuat pejalanan pulang ke bandar Kuantanterus singgah di Teluk Chempedak untuk makan malam... perut memang dah berbunyik sangat, krok..krok...
Mak aiii.. tengok jam, dah pukul 12 tengah malam baru nak dinner. Patutlah... Angin pantai TC ini memang terlampau kuat! Badanku yang memang tak berapa nak ringan ni pun serasa bagai melayang jugak! Cewah..prasan!!! (Badan market? Jauh sekali! -hanya anakku je lah yg paham maksudnya..agak2nya lah) Hahahaaa.. Kebetulan pula malam tu ialah malam Sabtu, jadi memang penuh dengan para pengunjungnya. La, masihkah kau terkenangkan kipas yang colorful itu yang telah tercicir? Hahahahaaa...
Tanjung Api |
Keesokan paginya, kami melawat ke Tanjung Api, iaitu sebuah perkampungan nelayan. Aku ingin sangat nak tengok nelayan turunkan hasil tangkapan mereka, tapi hampa... rupa2nya hasil tangkapan laut diturunkan di tempat lain dan di Tanjung Api ini hanyalah tempat berlabuh bot2 nelayan.
Tak pe lah... kami masih boleh jenguk2 dan menyebuk bergambau di bot2 nelayan ni...
Oh ye, dapat jugak kawanku, Mariah, yang sama menuntut semasa di Uitm dulu sempat mengejar ku di situ setelah beberapa kali appointment kami terpaksa dibatalkan oleh sebab masa yang tak bersesuaian.
Gembira aku bertemu dengannya... masih seperti dulu, cuma sedikit dimamah usia! Maklumlah.. kita ni dah masuk ke senja..! Oh tidaaakkkk..! Oh YES! I have to face the fact! ok lah tu...
Sebelum kami meninggalkan bandar Kuantan, kami sempat juga singgah ke rumah seorang lagi saudaraku, seorang ibu muda yang meletop-letop (Baru habis pantang lah! Tengoklah baby nyer... cute sangat!) yang menjalankan bisnes tempahan baju (Tailor). Bisnesnya dah maju.. ramai mak2 datin yang tempah baju dengannya... ooouuiiii.. mesti dah berkepuk dah simpan duit ni! Gurau aje ye Maz ! Jangan marah...nanti lekas tua! Maz, sori..daku abadikan gambarmu di sini di blog percutian ku ini tanpa izin mu ye... You're so sweet!
Perjalanan diteruskan lagi. Destinasi seterusnya ialah Cherating. Memang dah lama sangat aku teringin nak pergi, tapi tak sampai2 jugak... sebab tak ada sapa nak bawak... huhuuuuuu... ;'(
Gembiranya bila dah sampai sana, kembang dan berbunga-menga hatiku! Kami check-in di Tanjong Inn. Cantik tempatnya... memang sah... menyegarkan dan merehatkan otak..
Ok, nantikan sambungan cerita perjalanan ekspedisi CUTI-CUTI MALAYSIA(2) pulak ye yang meredah pantai timur di Cherating ye.... sebab mata dah mengantuk sangat dah ni... tak tahaaaannn.. Selamat malam...semoga aku lena dibuai oleh mimpi2 yang indah malam ini. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment