Monday 26 May 2014

ISTIGHFAR REJAB

Assalamualaikum,
Ya Allah, kita telah pun berada di akhir bulan Rejab iaitu bulan Allah. Sedar tak sedar, begitu cepatnya masa berlalu..
Besarnya pahala di bulan Rejab ini, iaitu 1 kebaikan yang kita lakukan, pahalanya adalah 70 kali ganda. Banyak tu... Lihatlah...betapa Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Mohonlah pengampunannya...



Sudahkah anda membaca Istighfar Rejab? Kalau belum, anda masih sempat lagi membacanya, kerana bulan Rejab tinggal beberapa hari saja lagi. Ayoh kita sama-sama membacanya... 

Peristiwa penting di bulan Rejab..




Ooohh, lagi satu.. Jangan lupa ye, esok 27 Rejab adalah hari penting dalam sejarah Islam... 
iaitu Israk & Mikraj.. disarankan untuk berpuasa sunat esok dan malam ini pula, marilah kita mendirikan solat sunat Taubat, Tasbih dan Hajat meminta keampunan dari Yang Maha Esa.

Photo: "27 REJAB 1435"


Sebelum kita baca Istighfar Rejab ini, ikuti dulu kisah...

Sebuah Kisah Berkaitan Istighfar Rejab

Satu ketika di zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Apabila lelaki tersebut meningggal dunia, anak perempuannya tidak menemui sesiapa pun yang mahu membantunya menguruskan jenazah ayahnya.

Allah SWT pun berfirman kepada Rasulullah SAW, “Wahai kekasihKu, ya Muhammad! hari ini seorang dari waliKu telah meninggal dunia. Pergilah dan memandikan jenazahnya, kafankannya, sembahyangkannya serta kebumikannya.”

Dengan serta merta, Rasulullah SAW memanggil Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut." Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, bukankah kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!”

Rasulullah SAW berkata, “Tinggalkan persoalan muslim, Allah SWT telah memberitahuku hari ini bahawa lelaki tersebut adalah seorang waliNya!” Nabi SAW pun pergi dengan sahabat-sahabatnya, kemudian Baginda sendiri membersihkan jenazah lelaki tersebut, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya, dan seterusnya membawa jenazah untuk dikebumikan.

Setelah semuanya selesai, Saidina Abu Bakar dan Nabi SAW dengan sendirinya pergi bertanyakan apa yang telah dilakukannya arwah tersebut sewaktu hayatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan padaku bagaimana sebenarnya kehidupan ayahmu.”

Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepadamu. Ayahku seorang perompak, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab-bulan Allah, ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan aku, aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang."

Allah SWT berfirman kepada Nabi SAW, “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dariKu di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untukKu, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan Aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.”

Kerana satu amalan doa istighfar di bulan Rejab, Allah SWT telah mengangkat darjat seseorang meskipun tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya. Hanya Allah SWT jualah yang lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui....subhanallah! Disarankan juga bahawa amalan Istighfar Rejab bukan sahaja diamalkan di bulan Rejab, bahkan sangat baik diamalkan setiap hari.




Istighfar Rejab: 



Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku mohon ampun kepada Allah, Maha Agung 3x    yang tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Aku bertaubat padaNya dari segala maksiat dan dosa. Aku bertaubat padaNya dari segala lisan, perbuatan, pendengaran, penglihatan, dan lintasan hatiyang dibenci Allah.

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun padaMu dari dosa yang telah aku lakukan di masa lalu maupun yang kemudian nanti, yang melewati batas, yang aku sembunyikan dan yang terang-terangan, serta dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku sendiri. Engkau Maha Mendahulukan lagi Maha Mengakhirkan, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. 

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun padaMu dari setiap dosa yang aku ulangi setelah aku bertaubat padaMu. Aku mohon ampun atas apa jua amalan yang aku maksudkan untukMu, Yang Maha Mulia, akan tetapi aku telah mencampur amalan tersebut dengan sesuatu yang tidak Engkau redhai. Aku mohon ampun atas janjiku padaMu yang kemudian aku khianati. Aku mohon ampun atas perbuatan yang mengikut hawa nafsu yang aku kira keringanan dariMu, padahal terlarang bagiMu. 

Aku mohon ampun atas nikmat-nikmat yang Engkau berikan padaku tetapi aku manfaatkan untuk kedurhakaan. Aku mohon ampun atas segala dosaku yang tidak akan terhapus kecuali dari Engkau dan tidak ada yang mengetahuinya selain Engkau, tidak akan terhapus dosaku kecuali dengan rahmat dan kemurahanMu, dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkan aku dari dosa kecuali dengan keampunanMu. 

Aku mohon ampun padaMu dari setiap pelanggaran sumpah yang telah aku ikrar terikat dengan sumpah itu di sisiMu. Aku mohon ampun padaMu, wahai Zat yang tiada Tuhan selain Engkau, mahasuci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dari orang-orang yang zalim. Aku mohon ampun padaMu, whai Zat yang tiada Tuhan selain Engkau, Maha Mengetahui yang ghaib maupun yang nyata, dari setiap kejahatan yang aku perbuat di waktu terangnya siang maupun gelapnya malam, kejahatan di saat makhlukMu penuh dengan kesibukan maupun diwaktu kelapangan, yang tersembunyi maupun terang-terangan, dan Engkau melihatku ketika aku melakukannya, Engkau Maha Melihat kesalahan dan kedurhakaan yang pernah aku lakukan, sengaja, khilaf, maupun lupa, wahai Maha Penyantun lagi Maha Mulia!!!

Aku mohon ampun, wahai Zat yang tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dari orang-orang yang zalim. Wahai Tuhan, ampunilah aku, kasihilah aku dan terimalah taubatku, Engkaulah Maha Penyayang di antara para penyayang. Ya Allah, aku mohon ampun padaMu untuk setiap kali aku meninggalkan kewajiban yang telah Engkau wajibkan kepadaku mengamalkannya sepanjang malam dan siang—samada sengaja, salah, lupa, atau lalai, padahal aku dituntut terhadap kewajiban tersebut. Aku mohon ampun padaMu kerana berulang kali meninggalkan sebahagian atau seluruh sunnah Nabi Muhammad SAW—junjungan para Rasul dan penutup para nabi-samada lalai, malas, bodoh, atau lengah, sedikit maupun banyak. 

Dan aku mohon ampun padaMu, wahai Zat yang tiada Tuhan selain Engkau, Tuhan semesta alam. KepunyaanMu segala kerajaan, milikMu segala pujian, dan bagiMu ucapan syukur. Cukuplah Engkau bagi kami, yang menjadi sebaik-baik Pemelihara, Pelindung dan Penolong kami. Tidak ada kemampuan dan kekuatan melainkan dari Allah, Maha Tinggi lagi Maha Agung. 

Semoga Allah melimpahkan shalawat dan kesejahteraan sebanyak-banyaknya kepada junjungan kami, Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.


Lepas tu, jangan lupa untuk berzikir setiap hari..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts