Saturday, 25 February 2012

ADAB TERHADAP DIRI



Segala puji hanya bagi Allah yang telah 
begitu banyak memberikan kenikmatan sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Selawat dan salam pada Rasulullah saw serta keluarga, sahabat dan orang-orang 
yang istiqamah mengikuti baginda. 
KepadaNya pula kita meminta perlindungan dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan. Barang siapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. 
Dan barangsiapa yang disesatkanNya, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberikannya petunjuk.




Amalkan 4 perkara ini setiap hari sebelum kita tidur dan mengimbas apa yang kita lakukan sepanjang hari :














MURAQABAH
Allah Maha Melihat dan Mengetahui, ingatkan diri bahawa Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita.






MUHASABAH DIRI
Menganalisakan segala perbuatan kita sepanjang hari samada bermanfaat (pahala) atau mungkar (dosa)




TAUBAT
Cepat-cepat istighfar ketika sedar atas kesalahan /
dosa kita.
Berhenti berbuat dosa, insaf, azam tidak mengulangi lagi dan istiqamah (perbaiki) dan tambah amalan-amalan dan ibadah kita.

MUJAHADAH
Berjihad untuk lawan syaitan/nafsu dengan berzikir, membaca dan memahami Al-Quran, puasa, sedekah, jaga mata, lidah, perut dan lain-lain.






Jika jauh jarak terbentang
Jika bersua tak lagi mungkin
Jika ia tak bisa dijangkau
Jika mata tak kuasa memandang
Maka di sinilah beliau kau temukan...
[syair Syeikh Muhammad ibnu Muhammad al-Jazari]




                                                               Akhir kata...ayuh berdoa...




"Manjadda wajadda" - Siapa yang berusaha dia berjaya...

Friday, 24 February 2012

jarijemariku: BUAL BICARA - SALAM PERKENALAN JARI JEMARIKU...

jarijemariku: BUAL BICARA - SALAM PERKENALAN JARI JEMARIKU...: Salam ukhwah dihulurkan buat membuka tirai kata-kata ku di blog jari jemariku yang baru tercipta ini… Alhamdulillah.. Diharapkan agar...

BUAL BICARA - SALAM PERKENALAN JARI JEMARIKU...




Salam ukhwah dihulurkan buat membuka tirai kata-kata ku di blog jari jemariku yang baru tercipta ini… Alhamdulillah..




Diharapkan agar blog baru Jari JemariKu ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kalau tak banyak pun.. sedikit jadilah buat sesiapa yang sudi singgah seketika di sini… naik unta pun leh sampai gak!   Jazakallah !!!


Oh booyy...I'm bored!
Kehidupan harian yang semakin MemBOSANkan 
tanpa ada aktiviti tertentu telah mengetuk-ngetuk ke dalam diriku agar menggunakan jari jemariku bagi menulis di blog ini bagi mengisi kekosongan diri…  Tak tahulah apa terjadi pada diriku ini yang semakin agak malas dah sekarang ini... emmm...??!!#@#>>!!

Termenung aku seketika… 
Melayang-layang agak jauh benak kotak fikiranku…  
Cuba mencari kembali diriku yang sebenar yang baru terrrrr...hilang...! alamaaakkk!!! sempat pulak menyingkap kembali  berbagai tempat percutian menarik yang telah aku lawati...!! Hik..hik..hikk... Eh..ehh..Camana leh jadik cam ni? Kompem otak memang dah senget ni...Mak aiii…Maka jawabnya perlulah di'refresh' balik! Tul tak? Mestilah betuulll..!!!



Soalan pertama yang berlegar di kepala otakku Bila lah agaknya boleh gi bercuti ni??? Aku dah cuba bayangkannya....mmmmmm.....kwang 3x ... Adoooiii…inilah yang berlegar-ke atas ke bawah ke kanan ke kiri kepala otak aku yang tengah seghabai ini… Berbagai masalah sedang melanda hidupku. Aku harus kuat menghadapinya.. agar tak mudah sayapku dipatahkan terus-terusan… eeiisshhh…! Haissshhh….!  Apa nak jadi dengan aku ni??? Bangun! Bangun! Bangkiiiiiitttt !!! Keluar dari kepompong tu...! 


Tiba2 aku tersedar dari lamunanku...ala-ala lamunan terhenti gitu… lalu aku bingkas bangun... lalu mengambil wuduk…
terus bersolat sunat… 
dan sambil menadah tangan berdoa  memohon diberi kekuatan yang luarbiasa… bagi meneruskan hidup ini… menangislah aku sepuas-puasnya!
Alhamdulillah… lega!



Wink..winkkk!!!  
Heyyy..I guess I'm ok now babe!
Tetiba lepas tu aku mampu tukar mood pulak… Alhamdulillah...
Yes! Yes! Yes! Fuuuwaiittt...bak kata sepupuku, Fidah...! Sori beb, pinjam jap..!
Jangan marah..nanti lekas tua! Tenyum...tenyummm...
Haaa…cam gitu lerrr…  



Jommm....Mulakan hidup baru! Jadikan Allah swt tempat kita berpaut......

Aku memulakan hari-hari ku dengan 
bersolat subuh, diikuti  dengan 
Penghulu Isghtifar... 
Bagi memohon keampunan atas segala dosa-dosa yang  telah aku lakukan pada setiap hari baik yang  sedar atau pun tidak… serta bersyukur dengan nikmat Allah memberi kita peluang untuk bernafas lagi di muka bumi nya ini… Seterusnya berselawat ke atas Rasulullah SAW kesayanganku 100x... Tak lupa juga hadiahkan Al-Fatihah buat kedua orang tua kita, walaupun mereka masih hidup...agar berkat kehidupan kita serta dimurahkan rezki kita pada hari itu....



Ya Allah...aku benar-benar bersyukur atas segala nikmatMu yang kau kurniakan padaku  Ya Allah.... dan 
aku amat menyintaiMu Ya Allah..... 

Subhanallah!
Berilah aku rahmatMu...Ya Allah!





**Siri-siri percutianku akan menyusul setelah jari jemariku mengukirkannya di masa akan datang! Ceh wah... Tungguuuuuuuuuuwww.....!***

Assalamualaikum....

Popular Posts