Tuesday, 19 June 2018

Puasa Sunat Syawal Atau Utamakan Puasa Qadha Dahulu

MENGUTAMAKAN Puasa Qadha’ Ramadhan 
      atau Puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal?




Puasa Qadha Ramadhan merupakan suatu kewajipan, manakala puasa enam hari Syawal hanya puasa sunat, namun kini sering menjadi persoalan apakah boleh jika kita puasa sunat enam hari di bulan Syawal dahulu, kemudian baru kita qadha’ puasa Ramadhan ataupun kita perlu menghabiskan dahulu Qadha puasa Ramadhan kita kemudian baru puasa enam hari bulan Syawal?

Secara umumnya terdapat dua pandangan dan pendapat berkaitan manakah yang lebih diutamakan sama ada menqadha puasa dahulu atau puasa sunat Syawal.

i. Pendapat yang pertama membolehkan mendahulukan puasa sunat Syawal dahulu, kemudian boleh menggantikan puasa Ramadhan kemudian. Pendapat ini merujuk kepada Hadis dari Aisyah;


"كأن يكون علي الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان"

Maksudnya: Kewajipan ke atas ku untuk puasa dari puasa Ramadhan, dan aku tidak menggantikannya sehingga datang bulan Sya’ban. (Riwayat Muslim)

ii. Berdasarkan hadis tersebut, Ulama berpendapat bahawa, sebagai seorang sahabat dan isteri Rasulullah sudah tentu Aisyah tidak meninggalkan puasa-puasa sunat, ini termasuklah puasa enam hari Syawal. Tindakan Aisyah menggantikan puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan bahawa dibolehkan berpuasa enam hari di bulan Syawal walaupun belum menqadha’ puasa Ramadhan.

Pendapat kedua pula, menyatakan lebih utama dan perlu mendahulukan puasa ganti terlebih dahulu sebelum berpuasa enam hari Syawal. Ini kerana dalam hadis yang menyebut tentang puasa di bulan Syawal, Rasulullah menyebut dalam hadis tersebut من صام yang memberi maksud sesiapa yang telah berpuasa, Rasulullah menggunakan perkataan puasa yang merujuk kepada feil madhi iaitu perbuatan yang telah berlaku, ini boleh membawa maksud, sesiapa yang telah melengkapkan puasa Ramadhan, kemudian menyambungnya dengan puasa enam hari di bulan syawal, akan mendapat ganjaran seperti puasa setahun.

Keutamaan menqadhakan dahulu puasa Ramadhan boleh dilihat melalui sebuah hadis qudsi;

"وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه"

Maksudnya: dan tidaklah hampir kepada ku seorang hamba ku dengan apa jua pun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu / wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepada ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya. (Riwayat Bukhari)

Jika diteliti pendapat yang kedua adalah lebih kuat, dan ia juga bertepatan dengan hadis puasa sunat Syawal itu sendiri, selain dari itu, ia boleh dikiaskan seperti keutamaan membayar hutang terlebih dahulu daripada memberi sedekah.

Akan tetapi pendapat ini hanya dari sudut keutamaan sahaja, sekiranya dari sudut perlaksanaan ia mungkin berbeza menurut keadaan individu tertentu. Jika diteliti hadis berkaitan Aisyah menggantikan puasanya pada bulan Sya’ban adalah kerana berkemungkinan beliau perlu menggantikan puasa Ramadhannya dengan jumlah hari yang banyak, sekiranya seorang wanita yang datang haid pada bulan Ramadhan dengan jumlah hari yang agak banyak, akan menjadi kesusahan kepadanya untuk menghabiskan kesemua puasa gantinya pada bulan Syawal, kemudian menyambung pula lagi enam hari.

Apabila dikira secara rambang, jika menurut mazhab Syafie, haid wanita boleh berlangsung sehingga 15 hari, dan jika wanita haid utamakan dahulu puasa gantinya dalam bulan Syawal maka dalam bulan Syawal wanita haid perlu berpuasa sehingga 21 hari. Seperti yang diketahui bulan Syawal disunatkan kepada umat Islam untuk menziarahi keluarga dan rakan-rakan, dan ini pasti akan memberi kesusahan kepada para wanita.

Jadi sekiranya wanita yang datang haid pada bulan Ramadhan dengan jumlah hari yang banyak, maka dibolehkan untuk berpuasa seperti Aisyah, iaitu mengutamakan puasa enam hari Syawal, kemudian menggantikan puasa Ramadhan pada hari-hari yang lain.

Kepada golongan yang lain, seperti orang yang bermusafir dan sakit, perlu menggantikan dahulu puasa Ramadhannya, kemudian baru diteruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

sumber




Salam Syawal

Assalamualaikum..

Salam 5 Syawal 1439H

               Dah masuk hari ke 5 raya, baru teringat nak post kat sini.. isshh isshhh.. terlambat jugak saya ni nak wish selamat hari raya kan... Tapi, tak apa lah, asalkan masih dalam bulan Syawal ek.. 😃

Anyway, mohon maaf dipinta andainya ada penulisan saya yang pernah menyinggung perasaan sesiapa selama ini ye..

Selamat Hari Raya Aidifitri
Maaf Zahir Batin





Tuesday, 5 June 2018

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (8) : London - Liverpool

haaa... ini lah dia draf yang dah ku buat pada 27/2/2017... sambungan dari entri yang last Kembara 2017: Trip London-Turki-Iran (7)

           Mintak maaf je lah, ku publish kan terus seperti itu jugak ek.. otak ni dah jem untuk ingatkan balik detail waktu itu 😜



     Biarlah draf serta gambar-gambar bawah ni saja yang berbicara...
                 Ampunnnn ye kalau tak faham.. aku pun dah tak faham jadiknya😄

- Ceshire Oak, Liverpool - shopping, naik bas ke Manchester.
- check-in hotel Trafford Hall Hotel
- Manchester megastore
- naik bas malam ke London (Megabus)
- sampai esok pagi, terus ke YHA hostel, lepak
keluar jalan kaki ke station Canada Water - Buckingham Palace, Hyde Park, sightseeing city
Hard Rock Cafe London, makan di situ juga
Harrods & Westfield.. shopping, balik hostel.
- pagi esok check out, naik uber ke airport, cari tempat simpan luggage, mahal sangat, so pergi check in di hostel ambik 1 bilik utk letak luggage.

- kluar sightseeing, makan kebab.. muslim street kiosk, Nottinghill, Big Ben, London Eye, Oxford street (tax), naik metro balik hostel, check-out, ke airport-turki.




menunggu bas untuk ke Chesire Oak




menaiki bas malam...



alhamdulillah, dah sampai pada waktu subuh di Cheshire Oaks dalam hujan renyai...


Perut memasing dah berbunyi.. kami mencari cafe dan cuma Mc Donald je yang baru buka. Aku cuba mencari apa yang ada makanan halal untuk dimakan. hmmm.. was was pulak rasanya. Last last aku minum kopi je lah. Member ku order pancake. Ada member sorang tu makan fish & chip yang dibeli dari malam semalam nya tu..





Dah siap alas perut, kami pun startlah menyoppingggg... murah tu di situ... Ada member 2 orang tu yang ala-ala 'personal shopper' shopping giler giler lah 😅
Cheshire Oaks - Designer Outlet




Salam 2018

Assalamualaikum 2018..

        Pagi ni tiba-tiba aje aku teringat kan blog sepi ini, yang dah lama ku abaikan. Tiba-tiba saja terasa rindu menjengah kalbu. Maka, jari-jemari montel ku mula google nama blog ku ini yang telah ku lupa address link sepenuhnya.. huhuuu...

Arghhh...rupanya kali terakhir aku post di sini ialah pada tahun lepas, iaitu pada tarikh harijadiku, bulan November 2017.. Terobek Trip Kashmir. Sekarang dah bulan Jun tahun 2018, masih tak ada pun ku post kan apa-apa story.. isshh isshhh.. oiiii..lamanya blog ku sepi tanpa berita...




Bila ku tengok dalam ruang blogger, banyak cerita yang aku draf, tinggal saja terbengkalai.. dek kerana kekangan waktu tika itu.. maklumlah asik travel je tak berhenti. Salah satunya, story Kembara 2017: Trip London-Turki-Iran yang belum habis lagi, yang terakhir adalah Part (7). Tak tau lah samada aku masih bisa menceritakan detail pengalaman itu tak kerana dah terlalu lama disimpan. Draf yang ku buat tu ialah pada 27/2/2017.. heheee.. dah peram setahun lebih... lama kan? 😄

Hujung tahun lepas pun aku ada travel lagi.. itu ke Bangkok pulak, naik keretapi malam, perjalanan 16 jam dari Hatyai oiii.. saja nak experience.. sempena cuti tahun baru.. syok jugak. Lepas dah sampai di Bangkok, aku dan geng teruskan perjalanan ke sunflower farm di Khao Yai, seterusnya ke Phu Thub Bhek pula. Tempat tu tersangatlah sejuknya dan kita berada tinggi dari awan. pergghh.. Nantilah, kalau free aku post entri tentang tu ek..


Awal tahun ni pula iaitu bulan Januari 2018 yang lalu, aku telah ke Jeju Island di Korea pula. Memang sangat cantik pemandangan di sana dan sangat sesuai untuk honeymoon.. Bilalah boleh nak share story kan? hmmm...


Tadi sebelum post ini, sempat ku post kan Salam Ramadan, buat pembuka bicara tahun 2018 ini. Moga lepas ini, aku dapat selalu meng.. update post ku ye...

ok, bye for now..
              ta ta ti ti tu tu......


Salam Ramadan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
      dan Salam Ramadan 1439H...



Begitu cepat sekali masa berlalu dan tak sedar, kita dah pun berada dalam 10 hari terakhir iaitu 20 Ramadan 1439H. Ya Allah, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian yang amat andainya bulan yang penuh rahmat dan barakah ini dibiarkan berlalu pergi tanpa kita mengaut bonus-bonus khas yang telah disediakan demi memberikan keampunan buat hambaNya.



"RAMADAN Won't Slow Down, 
You Have To Be Fast In Gaining."


Maka, marilah kita bersama-sama 'grab this opportunity' untuk memohon keampunan dan mencari keredhaanNya di bulan yang mulia ini...

10 Hari Terakhir RAMADAN

Ulangilah 6 Perkataan ini Sebanyak Mungkin dalam 10 hari terakhir Ramadan ini.. 


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)


Doa ni juga ada dlm kitab taklim *Fadhail 'Amal*. Bahagian Fadhilat Ramadhan, bab 2.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga apabila berakhirnya bulan Ramadan ini, dapat diampunkan dosa-dosa kita dan diangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi.. Aamiin..

Salam Sayang....



Sunday, 12 November 2017

Salam Hujung Minggu - Terobek Trip Kashmir

Assalamualaikum...
              Salam Sejahtera buat semua...

12.15 pagi
Seperti biasa, mataku belum mengantuk lagi..
Sedang melayan beberapa mesej yang masuk inbox, wish Hepi Besday.. he heeee.. tambah muda lagi usia ku.. 😊

2.25 pagi
Baru lepas menyiapkan video part 2, trip Kashmir Autumn, pada 18-25 Oktober 2017 bulan lepas. Terasa pula ingin kongsikan di sini pula. Video yang part 1 memang dah lama siap, tapi yang part 2 ni, banyak pula halangan untuk siapkan awal..

hmmm..trip Kashmir Autumn yang baru lepas ni memang happening betul. Jangan tak percaya, yang mengikut trip ku kali ini ialah geng akak 5 series dan 6 series tau! wowwww.. yang 4 series ada sorang dan yang paling muda, seorang dara berusia 25 tahun... Tapi semua memang happening giler dan ada 2 orang akak tu memang kaki bergambor! ha ha haaaa.... 

Kak Yati kaki bergambor, kak Kiah gitu jugek dan de'vas gitu, Fazz sweet and sangat simple, kak Adila.. jenis tak kisah.. lantak ko lah.. Wawa, muda lagi.. happy go lucky dan pandai speaking hindi.. sampai tercengang lah aku dengar masa mula-mula tu.. hehee.. Fidah simple dan rock orangnya, hmmm.. puas bebenor depa tu bergambor selpie bagai.. kat sana.

Trip kali ni memang di khaskan di Kashmir je, tak pergi Golden Triangle.. Agra/Jaipur sebab musim autumn ni tersangat cantik... banyak sangat tempat cantik dengan pemandangan yang indah sekali.. Nak pulak banyak ku bawa, antaranya ke tempat lokasi movie Bajrangi Bhaijaan... macam rumah 'Shahida' yang atas bukit tu, sungai yang Salman Khan masuk ke 'border' India/Pakistan tu... he he heee...  Memang rugi lah kalau pegi sekejap je.. tak dapat cover banyak tempat. Pendek kata, dorang sangat puas hati dengan trip yang semi-adventure ni..apa taknya, naik kuda sampai dua hari berturut-turut.. naik bukit, turun bukit, meredah sungai.. 😅

Bagi mereka yang sangat sukakan nature, Kashmir adalah salah satu tempatnya. Ia juga dikenali dengan nama Paradise on Earth! ada juga tempat yang digelar sebagai 'Mini Switzerland'. 

Nah..ku share kan beberapa keping gambor kat sana....










bagi chan nak prasan Kajol kejap ye..






Amacam?

Teruja tak ?

Ooohh..lagi satu nak bagi tau... di Gulmarg, Kashmir.. bila tiba musim winter, adalah tempat yang ku kira kita akan mampu membayar untuk aktiviti atas salji seperti ski, sledge, atv dan juga snow bike berbanding dengan negara lain yang kos nya sangat mahal.

ok, jom tengok video trip Kashmir Autumn In My Heart yang baru-baru ni...


[Video Part 1]

.
[Video Part 2]


.
Ada sorang akak ni pulak, dia tersangatlah suka dengan lagu 'Tu Jo Mila' yang dalam criter Bajrangi Bhaijaan tu. Sepanjang jalan masa kitorang naik kuda ni, dia asyik repeat je pasang lagu tu... kalau dah minat kan, tak dapek dah nak nolongnya.. he he heee...




.
Ok lah.. harap tak de yang ternganga tengok gambar dan video ni ye. Kalau ada, maknanya memang kena ikut pakej akak lah gi Kashmir bulan Oktober 2018 nanti..😊



.

Thursday, 9 November 2017

Salam Rindu

Assalamualaikum...
Salam Rindu di angin lalu...

2.27 pagi 
Aku bagai tiba-tiba baru tersedar, baru teringat tentang wujudnya blog ku ini.. sesungguhnya blog ku ini telah terlalu lama ku abaikan... Ya Allah, bila ku buka.. ku lihat entry ku yang terakhir ialah bulan april lepas! argghhh.. lama sungguh dah ianya terbiar rupanya.. Banyak trip backpack ku yang masih belum sempat ku abadikan cerita kan di sini.. trip 14 hari NZ, trip Iran-Athens-London-Turki etc...

Ini semua disebabkan tahun ni terlalu banyak pakej pelancungan yang ku tawarkan dan aku sendiri yang jadi leader untuk semua trip tu... Bohonglah kalau ku cakap tak penat kan, kerana boleh katakan dalam sebulan ada 2-3 trip.. Kini ku baru 2 minggu kembali ke Malaysia dari trip Kashmir. 

Sememangnya untuk 2 bulan seterusnya ini.. November-Disember, aku tidak menawarkan sebarang pakej kerana ingin mengatur untuk bercuti sendiri, travel secara backpack.. hmmm..dah lamanya tak dapat bercuti sendiri... Bukan main bising lagi customer ku sebab tak de buat pakej percutian hujung tahun... hahahaaa... penat lah sebenarnya bawak orang ini.. 😓

Hal baking membaking pun, tak payah nak cerita langsunglah.. dah lama tak berasap oven ku itu. Bila ada customer whatsapp, nak order brownies ke, cake ke, nutella tart ke.. hmmm.. jawapan ku ialah.. alaaa sori ye, I sekarang ni travel bla bla blaaa.... sampai hangin regular customer ku.. dah give up pun dorang tu... he heee.. eh ehhh rindu pulak rasanya nak makan double chocolate brownies ku itu... bila nak bake ni ekk.. kih kih kihhhh...

Dalam pada aku menghitung hari untuk travel lagi, tiba-tiba 2 hari lepas, aku tersangkut pula dengan sesi photoshoot..heheheee... klakar betul rasanya, dah tua-tua begini buat photoshoot.. sabor je lah kannn. Sikit-sikit dah lah.. Kalau banyak-banyak nanti, Che'Ta tak leh cari makan pulak sebab aku dah pinjam bulu mata palsunya! 😆

Okeyyy..meh ku nak share kan beberapa keping hasilnya..








haaaa... amacam?

Cantik ke? 

hmmm... janganlah terpedaya dengan mekap yang tebal tu... yang sebenarnya aku merasakan wajah ku telah di 'plastik' kan je! ha ha haaaa...

Tapi sebenarnya, juru mekap dan mr. photographer tu memang power!
So, sesiapa rasa nak buat photoshoot, bolehlah ambik dorang tu...



Penat woooiiiii sebenarnya photoshoot ni. Apa taknya, mekap 2 jam lebih dan photoshoot pulak ada lah dalam 3 jam kot sebab kena ambik 'mood'. Dalam setiap photoshoot, 'mood' tu amat penting sekali... Pergghhhh! 😏 tapi hasilnya memang cantik beb...

Ok lah..cukuplah story ku di pagi buta ni. 

InsyaAllah jumpa lagi!


eehhhh... ada yang nak join trip?





Popular Posts