Salam Sejahtera buat semua...
12.15 pagi
Seperti biasa, mataku belum mengantuk lagi..
Sedang melayan beberapa mesej yang masuk inbox, wish Hepi Besday.. he heeee.. tambah muda lagi usia ku.. 😊
2.25 pagi
Baru lepas menyiapkan video part 2, trip Kashmir Autumn, pada 18-25 Oktober 2017 bulan lepas. Terasa pula ingin kongsikan di sini pula. Video yang part 1 memang dah lama siap, tapi yang part 2 ni, banyak pula halangan untuk siapkan awal..
hmmm..trip Kashmir Autumn yang baru lepas ni memang happening betul. Jangan tak percaya, yang mengikut trip ku kali ini ialah geng akak 5 series dan 6 series tau! wowwww.. yang 4 series ada sorang dan yang paling muda, seorang dara berusia 25 tahun... Tapi semua memang happening giler dan ada 2 orang akak tu memang kaki bergambor! ha ha haaaa....
Kak Yati kaki bergambor, kak Kiah gitu jugek dan de'vas gitu, Fazz sweet and sangat simple, kak Adila.. jenis tak kisah.. lantak ko lah.. Wawa, muda lagi.. happy go lucky dan pandai speaking hindi.. sampai tercengang lah aku dengar masa mula-mula tu.. hehee.. Fidah simple dan rock orangnya, hmmm.. puas bebenor depa tu bergambor selpie bagai.. kat sana.
Trip kali ni memang di khaskan di Kashmir je, tak pergi Golden Triangle.. Agra/Jaipur sebab musim autumn ni tersangat cantik... banyak sangat tempat cantik dengan pemandangan yang indah sekali.. Nak pulak banyak ku bawa, antaranya ke tempat lokasi movie Bajrangi Bhaijaan... macam rumah 'Shahida' yang atas bukit tu, sungai yang Salman Khan masuk ke 'border' India/Pakistan tu... he he heee... Memang rugi lah kalau pegi sekejap je.. tak dapat cover banyak tempat. Pendek kata, dorang sangat puas hati dengan trip yang semi-adventure ni..apa taknya, naik kuda sampai dua hari berturut-turut.. naik bukit, turun bukit, meredah sungai.. 😅
Bagi mereka yang sangat sukakan nature, Kashmir adalah salah satu tempatnya. Ia juga dikenali dengan nama Paradise on Earth! ada juga tempat yang digelar sebagai 'Mini Switzerland'.
Nah..ku share kan beberapa keping gambor kat sana....
bagi chan nak prasan Kajol kejap ye..
Amacam?
Teruja tak ?
Ooohh..lagi satu nak bagi tau... di Gulmarg, Kashmir.. bila tiba musim winter, adalah tempat yang ku kira kita akan mampu membayar untuk aktiviti atas salji seperti ski, sledge, atv dan juga snow bike berbanding dengan negara lain yang kos nya sangat mahal.
ok, jom tengok video trip Kashmir Autumn In My Heart yang baru-baru ni...
ok, jom tengok video trip Kashmir Autumn In My Heart yang baru-baru ni...
[Video Part 1]
.
[Video Part 2]
.
.
Ada sorang akak ni pulak, dia tersangatlah suka dengan lagu 'Tu Jo Mila' yang dalam criter Bajrangi Bhaijaan tu. Sepanjang jalan masa kitorang naik kuda ni, dia asyik repeat je pasang lagu tu... kalau dah minat kan, tak dapek dah nak nolongnya.. he he heee...