Wednesday, 11 May 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (1) - Berhanami di UENO Park

Day 2 (2/4/2016)

Good morning from Tokyo! :))
hmmm.. not bad jugak hostel Tokyo Backpackers ni.. selesa gak lah.. biliknya agak besar, ada 3 katil double decker, toilet bersebelahan dengan bilik, shower room di ground floor, kitchen di tingkat satu serta ruang lobinya juga selesa..

sila abaikan pemandangan katil yang dah berselerak tu ye :))



Lepas breakfast, kitorang pun keluar untuk teruskan itinerary.. mula-mula sekali, nak terus ke UENO Park... cherry blossom spot tu.. nak sangat tengok bunga sakura, ye lah...dah tak zaabarrrr rasanya.. maklumlah misi sebenar ke Jepun ni ialah untuk menjejaki bunga Sakura yang sukar ditemui sebab ianya cuma keluar dalam 2 minggu saja dalam setahun.. pheww..

On the way ke subway, singgah ke Mart untuk beli cafe latte dan sushi buat bekalan nak berhanami nanti :)) oh yaaa..hanami tu macam lepak lah bawah pokok sakura...



Seperkara yang akak peratikan kat sini, orang Jepun ni memang suka pakai mask.. rata-rata akak tengok dorang ni pakai..






Subhanallah... Akhirnya Bunga Sakura di depan mataku! Terpaku seketika... terima kasih Ya Allah kerana memberi rezeki mataku melihat ciptaanMu.. indah sungguh pemandangan.. dan ramai sekali pengunjung yang berhanami di UENO Park ini..








Dekat sini banyak jual street food, tapi semuanya tak halal... except kebab tu...huhuuu...











Berdekatan dengan UENO Park tu, kitorang terus singgah ke Sensoji Temple...








Banyak sangat dah temple yang kitorang dah pegi ni, sampai dah tak boleh ingat namanya...







Tengok je lah bunga sakura yang berbagai jenis dan warna dari sebatang pokok.. mungkin dikahwinkan kot..




Dah puas berhanami di UENO Park, terasa laparlah pulak... jom ikut pergi ke area Asakusa pulak.. nak pergi restoran halal yang kat situ, kena lalui tempat Asakusa Nakamise shopping street ni dulu.. apa lagi.. sakanlah bershopping souvenir memasing.. :))









 Jumpa pula kedai yang jual barangan Ninja... rupanya ni..Ninja area..




beli..jangan tak beli..heheheee..


Lepas tu singgah sebentar ke temple ini.. (nama tak hingat..huhuuu..)


sempat posing..








Okey...lepas ni..kita gi makannn.. ke restoran Naritaya. 
hmmm..jauh juga nak kena menapak ni.. Kitorang sumer order Chicken Bowl Special.. harga JPY1,000 





lepas ni jom ikut kitorang berhanami ke Sumida Park pula :))


--> [next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts