Walau pun dah masuk hari ke 7 kita beraya, dah agak lambat tetapi masih belum terlalu lambat untuk akak mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada pembaca blog akak ini. Sebenarnya akak betul-betul sibuk hingga terlupa langsung nak update blog :))
Dari kesibukan menghidupkan malam-malam terakhir bulan Ramadhan yang lalu hinggalah membuat persiapan juadah untuk menyambut Hari Raya hingga ke tengah malam....
Raya pertama, selepas bersembahyang raya, kami sekeluarga bermaaf-maafan dulu sebelum pergi melawat pusara ayahanda. Selepas pulang, rumah bonda mula dipenuhi dengan kunjungan sanak saudara. Maklumlah, bonda akak ni merupakan kakak yang paling tua dalam semua adik beradiknya. Sampai longlailah jawabnya melayan tetamu yang datang dari pagi hingga ke malam.
Keesokannya, hari Raya ke2.. oleh kerana kami semua tak ada kampung, akak 2 keluarga pergi bercuti ke Melaka dan tinggal di 906 Riverside Hotel yang betul-betul menghadap ke tempat river cruise.
Sememangnya setiap tahun pada hari raya ke2, kami akan pergi bercuti ke mana-mana destinasi dalam Malaysia membawa kedua orang tua berehat. Pada tahun lepas, kami pergi ke Pulau Pinang dan pada tahun ini, bonda akak nak pergi ke Melaka pulak.Teringat pada arwah ayahanda akak yang suka sangat pergi Cameron Highlands sebab tempat tu sejuk, nyaman dan menyegarkan.
Bagaimana pulak sambutan hari raya di tempat anda semua? Mesti semua dah over dose dengan ketupat, lemang dan rendang kan? :))
Apa-apa pun, di sini akak ingin mengambil kesempatan untuk minta maaf andainya ada tulisan akak yang menyinggung perasaan sesiapa tanpa akak sedari.
No comments:
Post a Comment