Tuesday, 15 July 2014

Nuzul Al-Quran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Nuzul Quran...



Apakah yang dimaksudkan dengan Nuzul Al-Quran?

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. 



Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.



Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)





Pagi tadi saya telah bersolat Taubat dan Solat Tasbih berjemaah di Masjid Bukit Indah, Ampang..yang telah diimamkan oleh Ustazah Dato' Nik Noraini (muslimat sahaja)... Ustazah ini ada keluar di rancangan TV, mempunyai 2 buah sekolah pondok di Kelantan dan telah menang 2 anugerah untuk sekolah pondok..

Ustazah telah memberikan salinan fotostat yang mengandungi Salawat Tafrijiyah, Istighfar, Doa Kanzul Arsy serta Ratib al-Haddad dan saya nak sharekan di sini supaya ramai yang mendapat manfaat darinya... amat digalakkan untuk diamalkan pada 10 Ramadhan terakhir...



SALAWAT TAFRIJIYAH



ISTIGHFAR





DOA  KANZUL ARSY






RATIB AL-HADDAD





DOA SETELAH SOLAT



Sama-samalah kita mengamalkannya ye semoga kita dapat mengumpulkan kekayaan untuk bekalan kita di akhirat nanti.. In Shaa Allah...



Otakmu seperti seorang yang sedang sujud. Justeru itu kenapa perlu akal itu digunakan untuk berfikir dan memilih lagi jalan keburukan!






Friday, 11 July 2014

Majlis Berbuka Puasa Ummiworld Network Bersama Anak-Anak Yatim Annajah Puteri

Assalamualaikum...

Petang semalam, 12 Ramadhan, kami dari kumpulan Ummiworld Network telah berbesar hati dapat berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim dari rumah Annajah Puteri yang terletak di Bukit Indah, Ampang, Selangor.

Kami tiba di rumah Annajah Puteri dalam pukul 4.30 petang, bersolat asar berjemaah...



Menyiapkan juadah untuk berbuka puasa...




Puan Rosnah (berbaju biru), ibu yang menjaga anak-anak yatim di Annajah Puteri ini yang seramai 26 orang semuanya..

“Aku dan penjaga anak yatim di dalam syurga ‘begini’.” Rasulullah mengatakan demikian sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengah. (Hadis Riwayat al-Bukhari)




Beramah mesra dengan anak-anak yatim...







Kawasan tamannya yang agak luas dan bersih...



Rumah Annajah ini agak selesa kerana ianya sebuah rumah Semi-D corner lot...





Majlis dimulakan dengan bacaan asmaul-husna...








Pengerusi Annajah, Puan Hajjah Aminah sedang berucap... 

Rumah Annajah Puteri ini telah ditubuhkan 2 tahun yang lepas.



Anak-anak di sini kebanyakannya cemerlang dalam bidang akademiknya...







Penyampaian hadiah dari Pengerusi Ummiworld Network kepada Pengerusi Annajah, iaitu sebuah set mikrofon...







Juga Cenderahati sebuah lukisan Rumah Annajah Puteri telah disampaikan oleh pelukisnya sendiri iaitu en. Zul kepada Pengerusi Annajah.







Ucapan terima kasih oleh adik Zaimah bagi pihak anak-anak yatim... petah dia bercakap..




Pemberian 'duit raya' kepada anak-anak yatim...









Inilah antara wajah-wajah anak-anak yatim, penghuni rumah Annajah Puteri...

Rasulullah SAW adalah teladan umat manusia. Beliau sangat mengasihi dan menyayangi anak-anak yatim. Dalam salah satu sabdanya, Rasul menjelaskan, bahwa kedudukan orang yang memuliakan, menyantuni dan mengasihi anak yatim, akan mendapatkan surga yang jaraknya bagaikan jari telunjuk dan jari tengah.


Firman ALLAH swt maksudnya:
“Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya” (Ad-Dhuha : 9)
“Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama, itulah orang yang menghardik anak  yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin. “ (Al-ma’un : 1-3)



comel adik-adik ni...





Kami bergambar kenangan bersama penghuni rumah Annajah, sebelum berbuka puasa...




anak-anak sedang sibuk berbuka puasa....





bersiap-siap untuk bersolat maghrib berjemaah...




Tazkirah selepas solat terawikh...







gembira wajah anak-anak ini...





Pengerusi Ummiworld Network menyampaikan cenderahati kepada ustaz yang mengimamkan solat berjemaah dan memberikan tazkirah...




Bergambar kenangan lagi sebelum bersurai...











Ada seorang anak yatim yang cacat di sini, menghidapi sakit urat saraf....



Kami amatlah berasa seronok dapat bersama berbuka puasa dengan anak-anak yatim ini....


BERBUAT BAIK KEPADA ANAK YATIM MENDEKATKAN DIRI KITA KE SYURGA!


MARILAH KITA BERBUAT BAIK KEPADA ANAK YATIM WALAUPUN HANYA SEKADAR MENGUSAP KEPALA MEREKA DENGAN PENUH KASIH SAYANG.



Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan dema, bolehlah menghubungi Pengerusi Rumah Annajah Puteri iaitu Puan Hajjah Aminah di talian 012-2056167


  



Monday, 7 July 2014

Permintaan Terakhir Sharifah Aini

Assalamualaikum,

Setelah 2 hari kembalinya Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, 61,  ke rahmahmatullah... pada pukul 1.26 pagi 5 Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan pada paru-paru, Hari ini saya rasa terpanggil untuk mengabadikan cerita-ceritanya yang terakhir di blog ini kerana ia begitu menarik perhatianku untuk dikongsi bersama...






KEMATIAN SHARIFAH AINI & H1N1 - 
PERKONGSIAN IKTIBAR UNTUK ISLAH YANG HIDUP

Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang meninggal awal pagi 5 Julai 2014 telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sekitar 12.10 tengah hari. Solat jenazah yang di imami oleh anakanda beliau sendiri Aliff Omar di Masjid At-Taqwa, Taman Tun, Kuala Lumpur.

Selain dari keistimewaan menerima JEMPUTAN KHAS oleh Yang Maha Esa di bulan Ramadhan, ketika umat Islam berpuasa siangnya dan bertadarus membaca al-quran serta berqiamulail malamnya, beliau juga menyimpan kisah di sebalik jangkitan paru paru yang dideritainya sekitar 2 tahun lalu. 

Isu ini berkaitan dengan kaedah jangkitan H1N1 dan kaitannya dengan habit kita dalam mengendalikan budaya kenduri kendara dan salam berpelukan serta berkucupan (Salam Arab). Sila baca mesej khas berikut dengan BASMALAH TANPA PREJUDIS dan kita tafakurkan apa iktibar untuk kita selepas ini.




MESEJ SHARIFAH AINI - KONGSI PENGALAMAN PUNCA DIJANGKITI H1N1

AsSalam Keluarga FB yang diRindui – diKasihi & diRahmati ALLAH hingga akhir hayat… Selamat bertemu kembali.

SILA SHARE: Apabila kita terlalu menjaga hati orang dan lupakan apa yang perlu kita laku kan untuk diri kita…. takut untuk berterus terang konon nanti kita akan mengecil kan hati orang lain dan dikatakan Sombong… Saya dan anda berhak memberi tahu tetamu anda supaya tidak datang kemajlis anda dan kerumah anda jika mereka dijangkiti kuman yang boleh merebak…… apa yang berlaku di rumah saya ingin saya kongsi bersama anda supaya menjadi pengajaran dan lebih berhati2… Baca lah tulisan ini dengan dada yang lapang dan jangan berburuk sangka dengan saya.

Hari ini saya kembali untuk berkongsi pengalaman selama 5 bulan. Saya tidak langsung duduk di hadapan computer saya kerana saya terlantar sakit dan hanya dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat2 yang paling rapat.

Surau di rumah saya sentiasa dimanafaat kan dengan majlis ilmu – Solat Jemaah – Majlis membaca alQuraan dan khatam selama 3 malam berturut-turut dari bermacam macam sekolah anak2 Tahfiz…pendek kan cerita surau itu digunakan dengan sebaik nya.

Disini bermula bila majlis khatam alQuraan 3 malam diadakan…Bila kawan yang kita jemput membawa kawan2 mereka yang saya tidak kenal kerana ingin bertemu Sharifah Aini…. wanita yang saya tidak kenali ini batuk dengan teruk di depan muka saya dan dia memeluk saya & mencium pipi saya…di malam pertama..dalam hati saya berdetik, siaplah ubat batuk…

Malam esok wanita ini datang lagi dan bunyi batuk nya menakut kan juga semakin teruk & dia peluk saya lagi… malam ketiga bunyi batuk nya menakut kan lagi dia masuk ke dapur dan memeluk saya…. setiap kali dia memeluk saya…. tangan saya berpeluh… dan dia tidak segan berjalan bebas di rumah saya… memeluk bibik2 saya… hanya selepas itu saya difaham kan dia baru balik bercuti dari China & Hong Kong.…. juga malam kedua dan ketiga majlis bacaan & khatam alQuraan saya dah mula dengar batuk dari anak-anak Tahfiz yang saya tidak dengar di malam pertama……… Sepatut nya saya memberitahu Wanita yang batuk itu jangan datang lagi ke rumah saya di malam kedua dan ketiga….. Tunggu saja lepas baik sakit dan dia tidak batuk lagi…. sila lah datang.

Di tahun 2012 saya diuji ALLAH dengan penyakit Jangkitan kuman di paru-paru… saya berada di hospital selama sebulan dan hospital menjadi rumah no 2 saya… Keluar masuk hospital…. saya masih belum sihat sepenuh nya… baru 90% sembuh.Malam lepas majlis seperti biasa kami sekeluarga mengemas dapur – Surau dan tapi saya dah mula demam panas – batuk dan sengal satu badan… Bibik saya sudah demam dan begitu cepat tak boleh bangun langsung… adik saya batuk dan demam – kami satu rumah pergi ke hospital di malam yang sama menjalani ujian darah malam tu juga…….. Kami diberitahu kami semua dijangkiti H1N1 – INFLUANZA & PNEUMONIA ( Radang Paru-Paru) selepas itu saya pula terlantar di hospital selama 28 hari dan duduk di bilik yang diasing kan dengan pesakit yang lain.

Saudara yang diRahmati ALLAH…. berhati2 bila membuat majlis di rumah…. kita tak tahu siapa yang masuk ke rumah kita… terutama nya yang ada anak2 kecil dan ramai ahli keluarga di rumah… lagi satu, kegemaran Memeluk dan bercium pipi orang yang kita tidak kenali sebenar nya tidak digalak kan… kerana kita tidak tahu sejarah kesihatan peribadi mereka. Wallahi bukan niat saya untuk menghina… tapi lebih kepada sifat berhati-hati…. Alhamdulillah walaupun saya redho dengan apa yang berlaku tapi saya mahu anda semua lebih berhati2.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.

Jazakumullahu khayran. 

**************************************************************

Jika benar apa yang di dakwa oleh Arwah, sungguh kita merasa simpati dan sama sama mengambil iktibar. Apapun itulah yang dikatakan takdir dari Qada’ dan Qadar Allah, suatu yang telah ditetapkan menjadi asbab kepada kematian arwah. Semuga beliau benar benar redha dengan segalanya. Yang pasti kisah ini mengaitkan acara keagamaan yang baik di kediaman beliau. Beliau bertoleransi dengan tetamu juga dengan niat baik. sesungguhnya Allah itu maha adil dan tidak sesekali menganiaya hambanya. 

"Tidak ada kesusahan (atau bencana) yang menimpa melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". At-Tagaabun, ayat 11

Rasulullah SAW sendiri mengatakan di dalam banyak hadis baginda bahawa ujian kesakitan waimah tertusuk duri sekalipun adalah laluan keampunan dari Allah. Antara hadisnya "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (HR Bukhari & Muslim)

Kita harap pakar pakar kesihatan dapat tampil menyumbang pedoman bagi mengelakkan insiden yang sama. Sementara itu ada baiknya jika kita yang sedang mengidap penyakit berjangkit khususnya selsema dan batuk agar tidak ikut melakukan pelukan dan kucupan sewaktu bersalaman. Warga Prihatin memang mengamalkan budaya ini sewaktu menyambut tetamu yang datang bertali arus. Sesungguhnya budaya itu amat indah dan manis sekali. Adalah tidak manis jika tuan rumah menolak ajakan untuk berpelukan mesra.

Dengan bersangka baik kami mendoakan kesejahteraan roh Almarhumah yang meninggalkan kita dan juga keselamatan kita yang terpaksa meneruskan hidup sebagai hamba Allah dengan persaudaraan Islam yang kekal abadi.



‘Jangan Keluarkan Gambar Tak Berhijab’ di Media - Sharifah Aini

Pada minit ke 12:16 rakaman tersebut, beliau telah memberi pesanan kepada stesen televisyen dan rakan media agar tidak mengeluarkan video atau gambar-gambar lamanya yang tidak berhijab.


Lihat VIDEO di bawah ini...



Permintaan terakhir Sharifah Aini bersama Prof Muhaya 



Sila Baca Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :-

Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.
Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam di rumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.
3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.



*****************************************************************************


Jenazahnya #harum wangi. Kisah Datuk Sharifah Aini sebagaimana yg diceritakan oleh saudara Robby Zaid bin Tandang.






Antara pesanan terakhir Allayarhamah ialah...




Kisah jenazah Allahyarhamah Sharifah Aini berbau harum memberi kesedaran kepada kita mengenai #pentingnya bersedekah, pentingnya berbuat baik kepada anak2 yatim, pentingnya mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh. Semua itu menjadi bekal untuk kita berhadapan dengan Allah kelak. Harta benda yg banyak tidak menjadi masalah, yang penting ianya dibelanjakan ke jalan yg diredhai Nya. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehiin, para syuhada' dan bersama ahli2 syurga. amiin..




Anak Datuk Sharifah Aini mengimamkan solat jenazah ibunya. 
Nikmatnya memiliki anak yang soleh. 
ALHAMDULILLAH Segala Puji Hanya Bagi Allah.


20140706-071637-26197231.jpg

Sharifah Aini menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 7 Ramadan 1435H, di sisi Aliff sebagai anak yang soleh, di samping semua perancangannya untuk ‘mereka bentuk’ sebuah husnul-khotimah, pesanan Sharifah Aini di dalam program bersama Prof Muhaya ini, amat menyentuh hati...

Sungguh menginsafkan… 

Sempat bertaubat, berhijrah, berislah, beramal jariah… 

Anakanda sendiri mengimamkan solat jenazahnya… 

Jenazah diuruskan dengan memelihara aurat dan kehormatan diri… 

Jenazah dikebumikan dengan baik, dan terpelihara daripada khurafat dan bid’ah… 

Dan privasi pegebumian yang diminta oleh Ustaz Aliff Omar, memeliharanya lagi daripada amalan-amalan yang tidak menepati ajaran Islam berkaitan dengan kematian…



Datuk Sharifah Aini dalam kenangan....

20140706-071913-26353637.jpg



Popular Posts