Tuesday, 27 May 2014

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2014

Salam Israk Mikraj buat pembaca budiman...




Fahamilah hikmah dari Peristiwa Israk Mikraj ini untuk panduan kita bersama.. Semoga kita akan mendapat pelajaran darinya. 


Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat.. baca seterusnya...







Alhamdulillah... Seharian semalam saya menghadiri Majlis Israk Mikraj bersama Pertubuhan UmmiWorld (sebuah Badan NGO). 

Berbagai agenda yang terlaksana sempena menyambut Israk Mikraj ini sambil kami bersilaturrahim.

Agendanya ialah :

* Membaca 30 juzuk Al-Quran, sehingga khatam
* Berbuka Puasa
* Solat Fardhu Asar/Maghrib/Isyak berjemaah
* Tazkirah
* Jamuan
* Solat Sunat Taubat/Hajat/Tasbih



Majlis dimulakan pada pukul 3.00 petang oleh Pengerusi UmmiWorld, Pn. Hajjah Zaharah dengan agenda pertama kami iaitu membaca 30 juzuk al-Quran hingga khatam.

Seramai 22 orang yang telah mengambil bahagian untuk membaca al-Quran.

 


Kami berhenti seketika untuk bersolat asar berjemaah memandangkan telah pun masuk waktu asar tika itu.
  
selepas itu, sambung balik membaca al-Quran...









Senarai nama 22 orang yang mengambil bahagian...



Alhamdulillah majlis tamat betul-betul dekat nak masuk waktu maghrib.

Sweet kan warna Bunga Paha untuk Khatam Quran ni?




Sambil tu...
Haaaaa...ni dia ahli UmmiWorld yang terror masak... Semasa ahli lain sedang sibuk membaca al-Quran, 'Kak Yang' ni  menumis bahan-bahan untuk masak nasi minyak/tomato di dapur pejabat UmmiWorld...  ouuuuiiiii.. wanginya bau.... terus lapar :))





Setelah berkumandang azan maghrib, kami pun berbuka puasa. Seronoknya.. berbuka berjamaah :)

Antara kuih muih yang dibawa oleh para ahli untuk berbuka puasa.... karipap, pulut panggang, kuih bakar, kuih koci, popia basah, pulut kuning, bubur lambuk (alahai Izan, lupa plak akak nak snap gambar bubur lambuk tadi :) rojak buah dan buah-buahan).

 





Setelah perut diisi, kami pun menunaikan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan tazkirah oleh ustaz Profesor Razak. Selepas itu, disambung terus dengan solat Isyak berjamaah...




Setelah itu, kami pun menjamu selera dengan nasi minyak/tomato yang dimasak tadi.. memang sedap sangat nasi nya... :)

Selepas berehat dalam 1 jam untuk menjamu selera tadi, kami teruskan dengan Agenda seterusnya iaitu mendirikan Solat Sunat Taubat / Hajat / Tasbih.

Alhamdulillah, majlis tamat pada pukul 11 lebih malam dan kami amat gembira kerana segalanya berjalan dengan lancar.

Segala puji-pujian bagiMu Ya Allah...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts