Alhamdulillah, hari ini dah 17 hari aku kembali ke tanahair dari menunaikan umrah.
Ibadah umrah ku kali begitu aku rasakan ketidak upayaan ku, badan terasa agak lemah... mungkin juga sebab hotelnya agak jauh sikit.. selama ni hotel yang selalu ku duduk adalah lebih kurang 50 meter je dari masjidil haram atau pun... mungkin faktor umur kot yang dah nak masuk senja ni... mengaku sajalah.. :(
Cuaca di sana yang sangat panas (41 darjah) serta berdebu dengan construction yang penuh telah menyebabkan aku serta ibuku kadang-kadang kurang sihat di sana, kebanyakan waktu solat zohor terpaksa bersolat dalam bilik hotel sahaja.
Sehari setelah kembali, aku telah membawa ibuku ke klinik kerana demamnya belum kebah-kebah semenjak dari Mekah lagi. Aku agak panik setelah ibuku diperiksa, lalu dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
Dup..dap..dup..dap...hatiku kerana diberitahu ibu ku telah ada simptom jangkitan virus Mers-CoV !!! Tak dapat dibayangkan tika itu perasaan ku.. kerana virus itu sesungguhnya belum ada ubatnya hingga kini!
Tapi, alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi... setelah pemeriksaan darah dan kuarantin selama 2 hari, keputusan telah keluar dan ibuku Negatif! Tapi, sebaliknya telah dijangkiti dengan virus H1N1 pulak..tapi tak apalah.. kerana H1N1 ini ada ubatnya...
Setelah 8 hari ibuku berada di hospital dalam bilik yang dikuarantinkan, alhamdulillah, ibuku telah dibenarkan pulang walaupun keadaannya masih lemah lagi tika itu.. dan kini alhamdulillah ibuku dah beransur pulih sedikit demi sedikit biarpun baru dalam 70%...
Kami berlepas pada 17 April 2014 yang lalu, terus ke Jeddah...
Sesampai kami di Jeddah, proses imigresen bagi kaum wanita serta warga emas adalah agak mudah.. Tapi kesian bagi kaum lelaki yang berumur dibawah 50 tahun... berjam-jam beratur, ada yang kena potong queue dengn grup arab plak tu.. sabor je lah.. kami yang telah agak lama clear imigresen tu telah berapa kali dihalau keluar dari airport supaya menuju ke tempat bas... hmmm..tak tentu arah kami dibuatnya, sebab kami harus menunggu grup kami semua... itulah DUGAAN pertama kami..
Semua telah keletihan setelah clear imigresen lebih kurang 4 jam lamanya, kami pun menaiki bas untuk ke Madinah al-Munawarah... mengambil masa lebih kurang 8-9 jam. Bayangkanlah... Memang letih giler semua orang dah...
Apa lagi... tidur lah! zzzzzzzzzz....
Kami dikejutkan dalam perjalanan untuk berhenti makan malam... makan nasi arab dulang... lauk ayam panggang dan ikan panggang.. sayangnya tak ambik gambar, sebab tengah letih, tak de mood :( ada yang tak lalu makan pun sebab letih sangat...
Setelah itu, perjalanan disambung lagi dan kami pun sambunglah tidur lagi sehinggalah apabila nak memasuki kota Madinah al-Munawarah, kami dikejutkan oleh pak Ustaz untuk membaca doa... Alhamdulillah..telah selamat sampai...
Sesampai di hotel, kami cuma ada lebih kurang 2 jam saja untuk mandi & solat jamak maghrib & isyak serta berehat sebentar sebelum masuk waktu solat subuh...bersolat di Masjid Nabawi.
Masjid Nabawi...
Dalam Masjid Nabawi, bahagian wanita...
Keesokan paginya setelah sarapan pagi, kami sekumpulan dibawa oleh ustaz untuk ziarah ke masjid Nabawi untuk membaca doa serta memberi salam sebagai adab pada Rasulullah SAW...
Ustaz telah menunjukkan kawasan mustajab untuk berdoa di perkarangan masjid depan kubah hijau dan kami pun menunaikan solat hajat di situ.
Alhamdulillah, hari kedua kami, baru kami berkesempatan untuk memasuki Raudhah. Bukannya senang nak masuk kawasan Raudah ini, berpusu-pusu dan berasak-rasak.. memang perlukan tenaga yang banyak di sini. Salam diberi buat Rasulullah SAW... dan saya sempat menyampaikan salam dari sahabat2 & keluarga yang mengirimkan salam mereka.
Segala Puji BagiMu Ya Allah..
Perkarangan menuju ke Raudhah...
Nampak tak perkatan EXIT tu?
Haaaa... selepas itulah kawasan Raudhah.
Di bawah payung depan Masjid Nabawi...
Ziarah ke Medan/Jabal Magnet
Ini ialah di Medan Magnet yang mana rombongan kami telah menunaikan solat hajat di padang pasir... Ini juga adalah antara tempat yang mustajab untuk berdoa...kata Ustaz..
Bilik di Madinah... Hotel Sanabel Al-Salemiyah
Alhamdulillah, selesa...
Di Jabal Uhud...
Bersama Neeza... rakan 1 sekolah ku di BBGS...
Bergambar dengan Ustaz Razak yang pernah menetap 10 tahun di Mekah semasa pengajiannya.. (ustaz ni kecil-kecil cili api tau...hahahaaa...agak laser sikit, tapi dalam ilmunya, mantap.. banyak pengetahuan baru yang ku dapat dari ustaz ni.. Alhamdulillah :) )
Dalam bas, perjalanan ke Mekah Mukarramah
sambil bertalbiah...
Perjalanan ke kota Mekah mengambil masa 8-9 jam juga. Alhamdulillah akhirnya, kami sampai dengan selamatnya.
Setelah check-in hotel, kami pun terus ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.
Masjidil Haram, Mekah...
Tower Clock megah berdiri...
siap ada dapur lagi... :)
Dalam Masjidil Haram... ibuku tak brapa sihat masa ni berehat sementara menunggu masuknya waktu solat Isyak...
Bersama grup dari UmmiWorld...
Terlupa pulak bawa sunglass masa ni... adoi..terbakar mukaku rasanya! (haaa..ni baru panas di dunia pun dah tak tahan, belum lagi berpanas di padang mahsyar nanti!)
Nampak tak batu besar yang seakan terapung tu? haaaa... sebenarnya batu-batu besar itu sedang mengejar Rasulullah ketika baginda SAW nak menyampaikan wasiat terakhirnya. Apabila baginda nampak batu itu mengejarnya, maka baginda menyeru supaya batu itu berhenti. itulah sebabnya batu tu nampak macam terapung jerrr...
Sebenarnya, baru ku tahu... Ustaz Razak, mutawif kami, telah memberitahu bahawa di atas batu besar di sebelah kanan jalan masuk ke Jabal Rahmah ini lah tempat yang mustajab untuk berdoa... tempat baginda Rasulullah menyampaikan wasiatnya yang terakhir (walaupun setelah beberapa kali menunaikan umrah, tak pernah ada ustaz lain yang beritahu info ini)
Ni..tak ingat pulak kat mana...huhuuu..
kalau tak silap Jabal Tsur...
kalau tak silap Jabal Tsur...
Sedar tak sedar, dah pun hari terakhir kami di kota suci Mekah. Memang tak puas rasanya lagi, dah nak balik.... Kami membuat tawaf wada' sebelum masuk waktu solat subuh bagi mengelakkan waktu sesak orang bertawaf adalah selepas solat subuh. Selepas itu, kami pulang ke hotel untuk breakfast, seterusnya bertolak ke Jeddah dengan menaiki bas pada pukul 9.30 pagi.
Berehat untuk makan tengahari yang telah di'pack' semasa tiba di Jeddah...
sambil menunaikan solat jamak zohor/asar di Masjid Terapung, Jeddah...
Tiba2 ada pulak peminat ibuku...
Haaaaaa...ni time nak balik dah.. kat airport haji di Jeddah, airportnya terbuka, dilindungi payung saja... sangatlah panasnya...
Setelah agak lama kami terpaksa duduk dalam keadaan kepanasan di situ, Alhamdulillah atas jasa baik ustaz berunding dengan pihak airport, telah mendapat kebenaran agar kami dapat masuk ke sebelah dalam di depan kaunter untuk check-in barang...
Alhamdulillah tempat ber air-cond.. semua melepak dan melepek... sumer dah tak berdaya lagi dah tika itu... :))
Setelah agak lama kami terpaksa duduk dalam keadaan kepanasan di situ, Alhamdulillah atas jasa baik ustaz berunding dengan pihak airport, telah mendapat kebenaran agar kami dapat masuk ke sebelah dalam di depan kaunter untuk check-in barang...
Alhamdulillah tempat ber air-cond.. semua melepak dan melepek... sumer dah tak berdaya lagi dah tika itu... :))
Alhamdulillah, lebih kurang jam 11 pagi 28 April 2014, kami telah pun selamat mendarat di KLIA.
Antara buah tangan yang sempat ku beli di sana ialah kurma nabi (ajwa), kurma ambar (kurma yang dimakan oleh Nabi ketika minum petang), kurma sultan, kismis, buah tin, buah aprikot, kacang2, madu asli dari yaman serta minyak atar *kasturi (banyak khasiatnya).
1. Memberi kekuatan pada roh
(Haruman adalah santapan roh , manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda nabi SAW: Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi" -Hadis Riwayat Muslim.
2. Menenangkan jiwa
3. Mencerdaskan akal dan mencetuskan idea positif
4. Menghilangkan debaran jantung
5. Menghilangkan sesak nafas
6. Melegakan lelah
7. Memperkuatkan organ luaran tubuh
8. Memperkuatkan organ dalam tubuh
9. Menghilangkan rasa gementar
10. Meredhakan Allah SWT, menyukakan para Malaikat, orang-orang soleh dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya. Menurut imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).
11. Perlindungan dari disihirkan orang
12. Menghindar dari gangguan makhluk halus
* Jika anda stres, sapukan pada kepala
Jika lelah, sapukan ke leher
Dapat mencergaskan otak
SEMOGA DENGAN IZIN ALLAH SWT... In Shaa Allah..
(sumber dari tulisan Ustaz Razak)
RESEPI PEMAKANAN SUNNAH
Setengah kilo kurma nabi + segenggam kismis
Diblender dengan air zam-zam
Setelah hancur halus, dimasukkan madu yaman setengah kilo
Dijadikan makanan tambahan keluarga anda
2 kali satu hari.
- Satu sudu teh sebelum tidur
- Satu sudu teh setelah bangun tidur
SELAMAT MENCUBA!
Walaupun aku telah kembali kini, namun hatiku amat merindui untuk menjadi Tetamu Allah lagi...
Ya Allah, jemputlah aku berkali-kali lagi.. Janganlah jadikan umrah ku ini umrah yang terakhirku jika aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan bernyawa di bumiMu lagi... Amin Ya Rabbal 'alamin..
No comments:
Post a Comment