Assalamualaikum,
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat TAHUN BARU HIJRAH 1434...
Sama-samalah kita berhijrah untuk menjadi orang yang lebih baik lagi serta tambahkanlah amalan-amalan bagi bekalan kehidupan kita di akhirat nanti...

emmm... kali ini saya nak berkongsi pula pengalaman kami berempat pada hari Jumaat lepas, 16/11/2012, semasa berada di Estet Ladang Budu, yang terletak di Benta, daerah Bentong, Pahang. Kenapa namanya Ladang Budu ek? entah lah... heheee...
Sebenarnya, kami telah diundang oleh teman kami, sepasang suami isteri, iaitu Amran, Penolong Pengurus Tinggi Maju Plantations... serta isterinya, Peah... putih gebu orangnya... jangan maraaahh ye Peah.. nanti lekas tua... :)
Kami bercadang untuk bertolak pada jam 10 pagi, tapi oleh kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, kami terpaksa menundakannya dan kira-kira jam 12.30 tengahari barulah kami dapat berlepas.



Mak ai! rupanya aku dah tercium bau si King Fruit ni...durian! Banyaknya berlonggok depan rumah....

Kami telah dihidangkan dengan makanan tengahari oleh Peah. I tell youuuu... pergghhh!!! sedapnya... masakan kampung tu... terlupa pulak nak ambik gambar lauk-pauk yang dimasak oleh Peah tu.... (ada ikan patin masak gulai tempoyak (meleleh lagi air liur ni..), masak lemak putih kerabu pucuk paku dan lain-lain lagi) al-maklumlah... bila semua dah kelaparan... ngap terus aje lah... Mula-mula tu ada jugak malu-malu kucing, tapi lepas tu, tak pandang kiri kanan dah... sampai dah nak licin! issshhh..issshhh...issshhh... malulah... pelahap bebenor ler deme ni... heheheee... Apa orang tua-tua kata... Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih! :)




rambutan... wah.. banyaknya buah nyior!
Kami pun melangkah ke agenda yang seterusnya.
Hmmm... agenda memetik pucuk paku. Di perjalanan ke tempat pucuk paku itu, kami didatangi oleh monyet-monyet yang bergayutan, berkeliaran disekitarnya. Kelakar jugak tengok baby monyet ni meniti di wayar2 letrik tu.

Oooooooiiiiiii... banyaknya pucuk pakuuuuuuuu... dan segor-bugor daunnya... gemok-gemok semua...
maklum.. kat tepi sungai.. tapi hati-hati... mungkin ada cik 'ular' pulak dalam semak tu nanti.. Maka hilanglah kami dalam rimbunan pucuk paku itu...


Ala comelnya ferry nya...!


Setelah puas menikmati suasana kedamaian di sungai itu, kami mendaki


Waktu telah menghampiri senja, kami pun berangkat balik ke rumah Amran. Walaupun kepenatan, kepuasan jelas terpancar di wajah kami...


Ida pulak sibuk membungkuskan pucuk-pucuk paku tu untuk dibahagi kami berempat. Lepas tu maka tersandorlah keletihan... heheheeee....
Selepas selesai mengerjakan solat jamak maghrib/isyak, kami pun berangkat pulang. Dalam perjalanan, kami mencari seven-eleven untuk membeli ais krim soda, untuk melegakan perut yang tak berapa nak sedap tu serta untuk menghilangkan bau durian bila sedawa selepas makan durian....
Apa-apa pun, kami amat berpuas hati dan gembira dengan pengalaman kami ini.. sekurang-kurangnya kami dapat me'release' tension... :)

