Saturday, 4 April 2020

Covid-19

Covid-19




Covid-19 (Corona Virus Disease 2019) adalah sejenis kuman yang sangat merbahaya, yang akan meragut nyawa manusia. Ianya berjangkit melalui sentuhan.

Wabak virus Corona Covid-19 telah bermula di Wuhan, China pada penghujung tahun lepas, lebih kurang pada bulan November 2019. Dunia menjadi gempar apabila jumlah pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 ini telah merebak, mencecah puluhan ribu manusia dengan begitu cepat sekali dan kematian yang dilapurkan juga amat besar bilangannya.

Selepas itu, wabak Covid-19 dilapurkan telah merebak ke Iran dan Itali dalam bilangan yang begitu besar. Pada bulan Februari tahun ini pula, Malaysia telah digemparkan pula, iaitu telah mulai terkena jangkitan kuman virus Covid-19 ini juga. 

Data Pesakit dan Kematian akibat Covid-19 setakat 31 Mac 2020




APA KITA PERLU BUAT KALAU ADA TANDA- TANDA TERKENA Covid-19 ?


Jika anda merasakan anda dijangkiti, jangan pergi ke klinik biasa dan jangan pergi ke hospital tetapi sila hubungi terus ke cawangan kawalan penyakit berjangkit yang akan mempunyai pakar datang untuk memeriksa anda secara percuma dengan menghubungi nombor ini 👉1300 232 272! kongsi dan biarkan lebih banyak orang melihat / mengetahui!

Malaysia mempunyai 26 tempat / hospital untuk memeriksa / menguruskan jangkitan positif / negatif terhadap kovid, antara lain (2019-nCoV)

● (Hospital tuanku Fauziah) kangar Perlis
Tel: 04-9738000

● (Hospital Pulau Pinang) Pulau Pinang
Tel: 04-2225333

● (Hospital Raja Permaisuri Bainun) Ipoh Perak
Tel: 05-2085000

● (Hospital Sungai Buloh) Selangor
Tel: 03-61454333

● (Hospital Kuala Lumpur)
Tel: 03-26155555

● (Hospital Tuanku Ja'afar) Seremban Negeri Sembilan
Tel: 06-7623333

● (Hospital Melaka) Melaka
Tel: 06-2892344

● (Hospital Sultanah Aminah) johor Bahru
Tel: 07-2231666

● (Hospital Tengku Ampuan Afzan) Kuantan Pahang
Tel: 09-5133333

● (Hospital Sultanah Nur Zahirah) terengganu
Tel: 09-6212121

● (Hospital Raja Perempuan Zainab II) Kota bharu
Tel: 09-7452000

● (Hospital Kuala Krai) kelantan
Tel: 09-9666333

● (Hospital Tumpat) kelantan
Tel: 09-7263000

● (Hospital Sultanah Bahiyah) alor Setar
Tel: 04-7406233

● (Hospital Sultanah Maliha) langkawi
Tel: 04-9663333

● (Hospital Labuan) Tel: 087-423922 / 423919

● (Hospital Queen Elizabeth) Sabah
Tel: 088-517555

● (Hospital Duchess Of Kent, Sandakan)
Tel: 089-248600.

Tolong bantu orang lain yang juga membantu diri anda.




Sunday, 22 March 2020

Salam Israk Mikraj 1441H

Salam Israk Mikraj 1441H


Assalamualaikum wbt
  Alhamdulillah Syukur
    Salam Rahmat Allah
      Salam Israk Mikraj



Selamat mengingati peristiwa agung Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setiap tahun.

Israk bermaksud Baginda S.A.W menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Dan Mikraj bermaksud perjalanan Baginda S.A.W dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.

[Tahun Kesedihan Yang Paling Menggembirakan Nabi Muhammad SAW]

Israk Mikraj merupakan satu perjalanan istimewa yang telah diaturkan oleh Allah SWT untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah.

Sebelum peristiwa ini berlaku, Baginda SAW telah menghadapi 2 musibah berturut-turut , iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi. Musibah yang dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang dicintai. Tidak lama kemudian menyusul pula kewafatan bapa saudaranya Abu Talib.

Rasulullah SAW memutuskan untuk berhijrah ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima seruan dan membantu perjuangannya. Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja tidak memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan melemparkan pelbagai cacian dan hinaan.

Dalam keadaan seperti itu, maka Allah SWT memerintahkan kepada malaikat Jibril agar mengisrak mikrajkan Rasullulah SAW bagi memantapkan dan menghiburkan Rasullulah SAW setelah mengalami pelbagai kesedihan dan ujian yang melanda Baginda.

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’(Ayat:1)

Selamat menyambut Israk dan Mikraj dengan penuh penghayatan.




Monday, 9 March 2020

HAPPY WOMEN'S DAY 2020

HAPPY WOMEN'S DAY 2020


The Best and Most Beautiful Things in The World Cannot Be Seen or Even Touched. They Must Be Felt With The Heart...



Walau pun terlupa nak post semalam (8/3/2020) sempena Hari Wanita, tetap ku ingin abadikan di sini hari ini..
👱👰

Every Woman is Wonderful..

👸Kerana isteri, rezekimu bertambah.
👸Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
👸Kerana isteri, makan, pakai mu dijaga.
👸Kerana isteri, tenang hati mu.
👸Kerana isteri, lembut pandangan mata mu.
👸Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.
👸Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka,
👸walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.
👸Setiap peluh yang menitik, yang bekerja untuk keluarganya,
👸setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda,
👸dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

👸Renungan sepintas lalu. Mengapa WANITA sering menangis?

👸Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.
👸Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
👸KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
👸KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
👸KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
👸KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
👸KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman,
👸walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat.
👸Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

🍁WANITA sangatlah istimewa......
.
➡Wajah IBU paling→ cantik
➡Masakan IBU paling→ sedap
➡Kata IBU paling→ beharga
➡Doa IBU paling→makbul
➡ Restu IBU paling di berkati:
🌺IBU SANGAT SEMPURNA DI MATA KITA ☺😔😭

Ya Tuhanku...
Jadikanlah wanita yg membaca ini wanita pilihanMu, wanita yg cantik, pintar cari duit, kuat & sabar. Sayangilah dia serta kasihanilah dia. Bantulah tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sihatkan badannya. Jika dia melangkah, mudahkan langkahnya & selamat kan dia. aamiin..

SELAMAT HARI WANITA!



Tuesday, 25 February 2020

SALAM 1 REJAB 1441H

SALAM 1 REJAB 1441H



Sangat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar di dalam bulan Rejab dan mula bersiapkan diri untuk tibanya bulan Ramadhan.

Antara istighfar yang digalakkan adalah
رب اغفر لي وارحمني وتب علي
Robbigh firli warhamni watub 'alayya 70x selepas solat isyak.

Disunnahkan juga untuk membaca doa
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Allahumma baariklanaa fii rajabi wa sya'baani wa ballighnaa romadhoon

Para ulama' muktabar mengatakan bahawasanya ada lima malam unggul yang mana ALLAH Subhanahu Wata'ala akan berikan anugerah besar pada tiga malam, iaitu

1. Awal malam Rajab;
2. Malam Nisfu Sya'ban;
3. Malam 'Idil fitri;
4. Malam 'Idil Adha; dan
5. Malam Jumaat.


Semoga ALLAH berikan kepada kita taufiq dan hidayah untuk beribadah pada malam-malam tersebut, dan diterima segala amal ibadah kita....
Aamiin ya Robb... اللهم آمين. اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى وآله وصحبه وسلم. والحمدالله رب العالمين




Friday, 11 October 2019

Waktu Yang Dilarang Mandi

3 waktu yang dilarang mandi...
      (saya share dari facebook orang lain ni.. sebab good info)







Harap ianya bermanfaat...



Wednesday, 9 October 2019

Salam Kerinduan

Assalamualaikum..
                 Hai hai uols!
                          Apa kabar?

Berabuk betul blog ku ini, lama sangat dah tak menjenguk..
ermm.. Masih tak tertunai janji-janji ku lagi untuk update story travel yang dah berlambak-lambak tu.. 

Entah kenapa, tetiba jer ku terkenang untuk buka blog ku ini..
...maka ternampak lah yang janji tinggal janji tu.. heheee... ya ampunnn..😊

Hokeyyyy... hakak sebenornya baru jugaklah balik dari trip backpack selama 23 hari ke Greece-Gibraltar-Morocco-Spain bersama travel buddies. Bermacam pengalaman suka duka yang dikutip. Berbagai kenderaan serta haiwan kami naiki. Tidur di berbagai tempat, dari bergelandangan sehinggalah ke tempat mewah.. semua kami rasa... 

Yang paling best kali ini, akak berkesempatan menunaikan salah satu wishlist akak ni, iaitu ke Gurun Sahara dan bermalam di sana.. ouuiiiiiii...sangatlah best, rare experience... Bayangkanlah menunggang unta di tengah padang pasir... syukur alhamdulillah.. Kalau dulu, tengok dalam movie je.. kini sendiri dah melalui pengalaman berharga ini..

Sori, tak dapat nak tulis panjang..have to go now.. 
    so, hakak belanja je lah sekeping gambar ni ye 😏
           Babaiiiiii....


waktu ni berhenti rehat jap untuk sesi bergambar...



 Travel while you're Young and Able. Don't worry about the money, just make it Work. Experience is far more Valuable than Money will ever be.


Saturday, 22 September 2018

Salam Kembara Bumi Eropah-Scandinavia

6.00am | Assalamualaikum 
                   dan Selamat Pagi buat pembaca budiman...

Lama tak update post kan? hmmm..macam biasa lah.. sibuk travel memanjang..
Ni pun akak baru 4 hari balik dari travel backpack sebulan ke negara europe dan scandinavian... 

Switzerland - Austria - Germany - Netherland - France - Sweden - Norway - Italy 

....tu lah ingatkan..nak memuatkan memori nya ke sini. Uols tolonglah doa-doakan moga akak berkesempatan untuk share penuh story travel sebulan tu ye...😇

Sebenornya akak ni masih rasa sedih atas kehilangan blog travel akak yang utama tu... SyokMelancong.Com yang telah di block oleh Kementerian Pelancongan.. huhuuu... sayang sangat blog akak tu tau... follower pun ramai sangat dah.. Maka, sebab itu ler dah banyak story travel tak update pun...

     ok lah..apa-apa pun, akak kena bertabah lah kan...hmmm...

hokeyyy.... ceriter awalnya cam ni...
....Akak travel berempat dari KL dan sorang lagi join halfway, semasa kitorang berada di Paris. So, kiranya dari France sampai ke Italy, kitorang berlima lah dah... Jauh benor kitorang gi sampai ke Norway di kutub utara tu sebab nak mengejar AURORA ! Nasib baik dapat... Alhamdulillah.. terlaksana sudah salah satu wish list kitorang..

Trip kembara ini bermula pada 18/8/2018 dan pulang ke tanah air dengan selamatnya pada 18/9/2018 . Syukur Alhamdulillah!

Sepanjang sebulan kembara tu, kitorang dapat meraikan 3 tarikh penting di luar negara.. iaitu... 
Hari Raya Aidil Adha, Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia... 

   Seronok jugak tau beraya di perantauan tu...hik hikkk...

Semenjak balik ni, akak masih jet lag ni... mata pun tak reti-reti nak tidur time Mesia walau pun dah puas bergolek-golek atas tilam empuk... huhuuuu.. masih nak ikut time europe jugak lagi... huhuuu.. Lepas solat subuh baru mata bagai di gam-gam... hmmm.. habih tu camno?

........Naaahhhh..akak belanja sekeping gambar di europe ni je dulu ye...
cantik tak view? hmmm.. macam dalam lukisan kan?

                            okey laaaa...InsyaAllah, akan diusahakan full story nya nanti.....
                                                                                           
                                            T u n g g u u u u u u....... !

                                                                  Babaiiiii...😅



Fill Your Life with ADVENTURES, Not Things. 
Have Stories To Tell, Not Stuff To Show...



Popular Posts