Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sunday, 17 May 2015

Amalan Bismillah 5



Perkongsian Amalan Bismillah 5 

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.

2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.



[sumber]


Thursday, 3 July 2014

Cara Mengesan Jin Dalam Tubuh Badan Kita

Hmmm... tadi akak dah share kan resepi Mee Rebus kan.. :)

Sekarang akak nak sharekan jugak di sini cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada di dalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah? Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.



Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, 

Anda pegang di nadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.


Sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat di atas, badan anda terasa seperti dibawah ini...

1. Bergetar/mengigil
2. Panas
3. Pening.
4. Muntah
5. Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6. Mengantuk.

... la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segeralah pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.


PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.


Popular Posts