Thursday, 9 April 2020

Salam Nisfu Sya'ban

Salam Nisfu Sya'ban 1441H




Malam Nisfu Sya'ban adalah pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 bulan Sya'ban. Pada tahun ini jatuh pada malam ini..iaitu hari rabu (8 April 2020), malam Khamis.

Pada malam Nisfu Sya'ban, Allah Ta'ala menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi terutama kepada hambaNya yang soleh.

Kita digalakkan....
👉 Beristighfar
👉 Bertahmid & Takbir
👉 Selawat & Zikir

Malam ke 13 bulan Sya'ban Allah Ta'ala memberikan 3 Syafaat kepada hambaNya.

Malam ke 14, seluruh Syafaat diberikan secara penuh.

Malam ke 15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun.

Berdoalah dengan khusyuk.. meminta apa yang tersirat di hati kerana doa di malam Nisfu Sya'ban ini mustajab. Pada malam ini juga, Allah SWT menurunkan pengampunan kepada hambaNya yang soleh.

Abu Musa Al-Asy’ari radiallahu anhu berkata bahawa Nabi sallallaahu alaihi wasallam bersabda,

"Sesungguhnya Allah melihat pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan."[Hadis Riwayat Ibn Majah]



Marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.




Saturday, 4 April 2020

PRIHATIN - Pakej Rangsangan Ekonomi

PRIHATIN - Pakej Rangsangan Ekonomi


3 Matlamat dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 27/3/2020


1) Lindungi Rakyat
2) Sokong Perniagaan
3) Perkukuh Ekonomi





































“No one will left behind.”




Pakej Rangsangan Ekonomi

Pakej Rangsangan Ekonomi



BANTUAN PERIHATIN NASIONAL

Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi telah diumumkan oleh  Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 yang lalu.


Layari laman web LHDNM untuk mendaftar 
bermula 1 April 2020 (jika belum ada rekod sebelum ini)








1. Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

2. Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

3. Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

4. Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan

5. Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020

6. Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020

7. Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.

8. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta #prihatinrakyat

9. Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

10. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan

11. Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020 #prihatinrakyat

12. Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP #prihatinrakyat

Dan lain lain..




Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Tempoh Perintah telah dilanjutkan lagi...
iaitu dari 1-14 April 2020


Kerajaan membantu rakyat dengan berbagai cara...




















Popular Posts