Sunday, 22 March 2020

Salam Israk Mikraj 1441H

Salam Israk Mikraj 1441H


Assalamualaikum wbt
  Alhamdulillah Syukur
    Salam Rahmat Allah
      Salam Israk Mikraj



Selamat mengingati peristiwa agung Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setiap tahun.

Israk bermaksud Baginda S.A.W menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Dan Mikraj bermaksud perjalanan Baginda S.A.W dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.

[Tahun Kesedihan Yang Paling Menggembirakan Nabi Muhammad SAW]

Israk Mikraj merupakan satu perjalanan istimewa yang telah diaturkan oleh Allah SWT untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah.

Sebelum peristiwa ini berlaku, Baginda SAW telah menghadapi 2 musibah berturut-turut , iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi. Musibah yang dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang dicintai. Tidak lama kemudian menyusul pula kewafatan bapa saudaranya Abu Talib.

Rasulullah SAW memutuskan untuk berhijrah ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima seruan dan membantu perjuangannya. Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja tidak memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan melemparkan pelbagai cacian dan hinaan.

Dalam keadaan seperti itu, maka Allah SWT memerintahkan kepada malaikat Jibril agar mengisrak mikrajkan Rasullulah SAW bagi memantapkan dan menghiburkan Rasullulah SAW setelah mengalami pelbagai kesedihan dan ujian yang melanda Baginda.

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’(Ayat:1)

Selamat menyambut Israk dan Mikraj dengan penuh penghayatan.




Monday, 9 March 2020

HAPPY WOMEN'S DAY 2020

HAPPY WOMEN'S DAY 2020


The Best and Most Beautiful Things in The World Cannot Be Seen or Even Touched. They Must Be Felt With The Heart...



Walau pun terlupa nak post semalam (8/3/2020) sempena Hari Wanita, tetap ku ingin abadikan di sini hari ini..
👱👰

Every Woman is Wonderful..

👸Kerana isteri, rezekimu bertambah.
👸Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
👸Kerana isteri, makan, pakai mu dijaga.
👸Kerana isteri, tenang hati mu.
👸Kerana isteri, lembut pandangan mata mu.
👸Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.
👸Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka,
👸walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.
👸Setiap peluh yang menitik, yang bekerja untuk keluarganya,
👸setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda,
👸dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

👸Renungan sepintas lalu. Mengapa WANITA sering menangis?

👸Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.
👸Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
👸KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
👸KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
👸KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
👸KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
👸KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman,
👸walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat.
👸Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

🍁WANITA sangatlah istimewa......
.
➡Wajah IBU paling→ cantik
➡Masakan IBU paling→ sedap
➡Kata IBU paling→ beharga
➡Doa IBU paling→makbul
➡ Restu IBU paling di berkati:
🌺IBU SANGAT SEMPURNA DI MATA KITA ☺😔😭

Ya Tuhanku...
Jadikanlah wanita yg membaca ini wanita pilihanMu, wanita yg cantik, pintar cari duit, kuat & sabar. Sayangilah dia serta kasihanilah dia. Bantulah tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sihatkan badannya. Jika dia melangkah, mudahkan langkahnya & selamat kan dia. aamiin..

SELAMAT HARI WANITA!



Popular Posts