AMER FORT
Jaipur, begitu banyak tempat menarik untuk dilawati. Antara daya tarikan yang terdapat di Jaipur ini ialah Amber Palace atau juga digelar sebagai Amer Fort. Istana ini juga telah diiktiraf sebagai harta Warisan Budaya Terpelihara UNESCO.
Lebih mengujakan, korang boleh naik gajah masuk ke dalam kawasan istana ini jika datang pada waktu pagi, boleh lah kalau nak fefeeling rasa macam Maharani atau Maharaja! Tapi, kalau datang waktu petang, melopong lah jawabnya, gajah dah berehat ye.. Harga tiket untuk naik gajah ini ialah 500 rupees.
Seterusnya, biarlah gambar-gambar yang di bawah ini yang berbicara ye...
Perasaan seronok campur seram sebenarnya naik atas gajah ni, maklumlah daki bukit pulak tu..
legaaaaa rasaaa..bila dah sampai...
Keunikan ukiran istana ini jelas terserlah...
gambar bawah ini diambil dari mr.google..
Pemandangan Amer Fort dari perkarangan jalan luar.
Amacam...teruja tak tengok saya seronok naik gajah masuk dalam kawasan istana tu? 😃 Lain kali, kalau dapat kesempatan ke Jaipur, janganlah miss aktiviti menarik ni ye....