Setelah 10 jam lebih, berkematu dalam bas dari Kawaguchiko.. akhirnya.. alhamdulillah, selamat sampai jam lebih kurang 6 pagi di stesen terminal bas Kyoto.
Masing-masing berebut nak ke tandas, maklumlah lama menahannya dalam masa dalam berada dalam bas, akak tak ingatlah ada stop sekali atau 2 kali dalam perjalanan tu.
Selepas tu, kami beli pass di Kyoto harga 500JPY dan terus menaiki bas untuk ke hostel kami. Kami menaiki bas 206 untuk ke Senborn. Korang nampak tak dalam bas tu, walau pun ada kosong, tetap tak diduduki. Itu ialah seat yang reserve untuk warga tua dan wanita hamil. Begitu lah berdisiplin nya mereka.
Perjalanan untuk sampai ke hostel mengambil masa selama 1 jam. Alhamdulillah, dah sampai. Tetapi, yang kesalnya ialah apabila kami tiba, walau pun bilik yang kami booking itu sudah dikosongkan, tetap kami kena check in pukul 4 petang nanti. errrggghhhh..apasal cam tuuu.. dah terbayang dapat mandi membersih dan menyegarkan badan... huhuuu..
So, kitorang terpaksa tinggalkan beg aje di situ dan tumpang toilet nya, dapatlah berus gigi dan cuci muka sebelum kami keluar untuk sightseeing dengan badan yang keletihan itu.
Dengan bau busuk-busuk masam tak mandi tu, kami menaiki bas nombor 93 ke Kyoto city...hehehee.. Badan akak ni sakit-sakit tau dan lenguh sana sini akibat dari lama duduk dalam bas semalam dari Kawaguchiko selama 10 jam.
Di Kyoto ni, menggunakan transport dengan bas lebih mudah sebab stesen untuk tempat-tempat menarik adalah dekat. Berbeza pula dengan Tokyo, penggunaan subway lebih terkenal.
Arashiyama Bamboo Street
Cantiknya pemandangan di sini... Pokok-pokok buluh yang ada di situ tumbuh secara semulajadi, bukannya ditanam oleh manusia. Akak teringat macam yang kat Nami Island, Korea pulak..
Ada beberapa pasangan pengantin yang sedang buat foto shoot di situ, ialah..tengok je lah scenery nya yang cantik di situ..
Selepas tu, kami berganjak ke kawasan Garden pula, bersebelahan dengan Bamboo Street.. Luas kawasan Garden ini..terdapat bunga-bunga sakura di antara pokok-pokok lain tu.
Ini ialah Oi River... haaaa...akak suka sangat tempat ni.. cantik..
Nampak tak dari jauh tu, bunga-bunga sakura tumbuh di antara pokok-pokok lain... nampak unik kan?
Berhampiran di situ pula, ada The Togetsu-kyo Bridge.. ada empangan air.
Togetsu-kyo Bridge
The Togetsu-kyo Bridge has a vulnerable history of over 1,000 years. It is believed to have been first built in 836, when the priest Dosho (a disciple of Kobo Daishi, founder of the Shingon sect of Buddhism) was conducting construction repair work along the Oi River.
The name Togetsu means "Crossing Moon" and is said to have been given by Retired Emperor Kameyama, as he observed the moon crossing the sky from east to west.
In 2005, the Arashiyama Preservation Society Hydro-Power Station was built along the river. Water from the Katsura River is used to generate electricity for the foot lights illuminating the bridge as the sun sets.
Ingat nak try makan di Malaysia Halal Restaurant, tapi sayangnya bila sampai di sana, tutup pulak... sedih tau.. maknanya kena menapak jauh lagi lah nak gi cari makan ni... :))
Jalan punya jalan sampai lah kami ke Restoran Ayam Ya pulak. Nasib baik cepat sikit sampai situ, dah nak tutup dah rupanya... Alhamdulillah, dapat makan Ramen serta bersolat sekali di situ.
Alhamdulillah..perut dah kenyang, baru senang hati nak ke agenda seterusnya iaitu ke Fushimi Inari..
No comments:
Post a Comment