Wednesday, 13 July 2016

HUKUM PUASA ENAM

Assalamualaikum di pagi 8 Syawal 1437. 
Maaf kerana terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog ini samada yang mengenali saya personally atau pun cuma di alam maya saja. Setelah seminggu kita beraya, marilah kita sama-sama menunaikan puasa enam pula bagi mendapatkan pahala berpuasa setahun.


HUKUM PUASA ENAM

SUNAT dan digalakkan kita bersegera melaksanakan ‘Puasa Enam Syawal’.





FADILAT PUASA ENAM 

Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan. 

Dalilnya:
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Selain itu, terdapat fadilat lain bagi Puasa Enam Syawal. Ia adalah seperti berikut: 

1. Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan. 

2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT setelah Ramadhan.

3. Puasa Syawal sebagai tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan. 

4. Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda. 

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti dia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” 
(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


KAEDAH PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada hari-hari sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli. 

1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua 
(2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.


HIKMAH PUASA ENAM

1- Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka. 

2- Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. 

3- Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari. 

4- Penyempurna daripada kekurangan. Ini kerana pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat. 

5- Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat. 

6- Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya agar bersegera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira.


GABUNG NIAT QADA’ DAN PUASA ENAM

Harus menggabungkan dua puasa tersebut. Walau bagaimanapun, para ulama mempunyai beberapa pandangan dlm isu ini seperti berikut;

1. Berpuasa qada’ terlebih dahulu kerana ia merupakan puasa wajib ke atas semua.

2. Berpuasa sunat enam Syawal terlebih dahulu kerana tempohnya sangat terhad. Kemudian susulilah dgn puasa qada' yg tempoh menggantinya agak panjang berbanding Syawal.

3. Berpuasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal sekali gus. Namun, org itu mestilah mendahulukan niat puasa qada’ terlebih dahulu dan kemudian disusuli dengan niat puasa enam.

Namun, ingin ditekankan bahawa kebanyakan ulama berpendapat jika seseorang itu melakukan kedua-dua puasa secara berasingan, maka ia adalah lebih mulia berbanding menggabungkannya dalam satu niat.

[sumber: Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff]




Tuesday, 5 July 2016

Airmata Ramadhan 1437

Salam Ramadhan yang terakhir 1437...


MENANGISLAH...

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi.....
Kita pernah berjanji akan meng-khatamkan Qur'an..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua beranjak dari juz2 awalan..

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi ........
Kita pernah berjanji akan menyempurnakan 'qiyamullayl' yang lompong penuh tampalan..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua menyempurnakan bilangan..

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi .......
Kita berdoa sejak Rajab dan Sya'ban agar 'disampaikan' ke Ramadhan..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan..
Ternyata masih juga tak bisa menahan dari kesia-siaan..
Ternyata masih juga tak bisa menambah ibadah sunnah..
Bahkan..
Hampir terlewat dari menunaikan yang wajib...

Menangislah... 
wahai saudaraku.......
Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir..
Bahwa ada seorang hamba yang bodoh, lalai, sombong lagi terleka..
Sehingga Ramadhan yang mulia pun tersia-sia..

Menangislah..
Dan tuntaskan semuanya malam ini..
Mulai dengan i'tikaf yang belum juga kita kerjakan..
atas lembaran Qur'an yang menunggu dikhatamkan..
atas lembaran mata wang yang menunggu disalurkan..
atas solat sunnah yang menunggu jadi amal tambahan.

Menangislah..
Lebih keras lagi...
Karena Allah tidak menjanjikan apapun untuk *Ramadhan tahun hadapan..
Apakah kita masih disertakan..




MUNAJAT SEBELUM BERPISAH DENGAN RAMADHAN

Sebagai adab berdoa maka awalilah dan akhirilah doa anda dengan puji2an kepada Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad saw.

Ya Allah Tuhan kami..
Engkau Maha Tahu banyk perkara tersembunyi pada diri kami maka tolong Engkau perbaiki semuanya.

Ya Hayyu Ya Qayyum..
Engkau Maha Tahu apa yang kami hajatkan. Oleh itu tolong Engkau kabul semua hajat kami.

Ya Zaljalaali Wal Ikraam..
Engkau Maha Tahu sangat banyak dosa dan kesilapan kami, oleh itu tolonglah Engkau ampunkan semua kesalahan dan dosa kami.

Ya Fattah Ya A'liim..
Engkau Maha Tahu akan cacat cela dan keaiban kami, oleh itu tolong Engkau tutupkan segala keburukan dan marwah kami.

Ya Arhamarrohimiin.. 
Engkau Maha Tahu siapa insan yang paling kami sayangi. Oleh itu muliakanlah kami dan mereka dan mudahknlah bagi kami dan mereka jalan jalan untuk menuju kepada Redha dan Syurga-Mu.

Ya Haliim Ya Waduud Janganlah Engkau pergilirkan hari-hari yang kami dan orang-orang yang kami sayangi lalui dengan keburukan kecuali Engkau jauhkanlah kami dan mereka daripada keburukan itu.

Demikian juga tiada kesempitan kecuali Engkau lapangkn, tiada dosa kecuali Engkau ampunkan, tiada keaiban kecuali Engkau tutupkan, dan tiada doa kecuali Engkau kabulkan semuanya.

Ya Saami'ussaut..
Pada hari-hari akhir bulan Ramadhan yang penuh berkah ini kami mohon kiranya Engkau limpahkan kpd kami dan orang-orang yang kami sayangi, Rahmat-Mu, Keampunan-Mu, Kemaafan-Mu.

Ya Mujibussaa'liin..
Kami mohon kiranya janganlah Engkau jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terakhir bagi kami. Tapi berilah kami peluang untuk bertemu lagi dengan bebrapa Ramadhan yang akan datang supaya kami dapat menambah bekalan akhirat kami.

Aamiin...ya rabbal'alamin..






Popular Posts