Friday, 10 June 2016

Bolehkah Wanita Musafir Tanpa Mahram?

Apakah hukum wanita melakukan musafir tanpa mahram, jika dia tiada mahram yang dapat menemaninya? 




Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, asal hukum ialah janganlah wanita melakukan musafir tanpa mahram. 

Tapi jika sukar mendapatkan mahram yang mampu menemani, para fuqaha' terbahagi kepada 4 kelompok:

1. Berpegang pada zahir hadis. Haram, samada untuk perjalanan haji atau perjalanan apa sekalipun.

2. Mengkhususkan nas (dalil) yang bersifat umum. Kelompok ini mengecualikan perempuan tua yang tiada syahwat lagi.

3. Kelompok yang mengecualikan wanita yang bermusafir bersama wanita-wanita yang dapat dipercayai. Bahkan ada yang kata, jika ada teman seorang wanita pun sudah memadai.

4. Kelompok yang berkata wanita boleh musafir jika jalan yang ditempuhi aman dan tidak bahaya. Ini pendapat Ibnu Taimiyah.

Dalam Fiqh Maqasid Syariah al-Qaradhawi, beliau melihat pendapat ke4 menjadi KUAT dalam realti hari ini.


Dalilnya:

1. Hadis riwayat Imam Bukhari menceritakan Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. keputusan ini disokong menjadi Ijma' sahabat.

2. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari A'di bin Hatim, rasul berkata tentang kegemilangan masa depan Islam, "Telah dekat waktunya di mana seorang wanita dari Harah di Irak akan menuju Kaabah dengan tidak disertai suaminya. Dia tidak takut kepada sesiapun kecuali kepada Allah..." Hadis ini diucapkan dalam bentuk pujian terhadap penyebaran Islam dan wujudnya rasa aman dalam dunia ini.

Perjalanan pada zaman moden ini adalah dengan kenderaan yang menghimpun sekian banyak orang dalam kenderaan itu, seperti kapal laut, kapal terbang dan bas. Maka, muncullah rasa aman.

[Ustazah Fatimah Syarha]

Apa kata Dr. Asri pula ?


.
Jadi, ada adab dan hukum nya untuk wanita bermusafir... 
bukannya tak boleh ye...


Kalau susah sangat takde kawan tu, apa kata.... 
anda travel dengan pakej Travellution jer lah... 




Bagaimanakah Sunnah Yang Dianjurkan Berbuka Puasa


BERBUKA PUASA




1. Bilakah waktu berbuka ?
- Apabila tenggelam matahari 


2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)
- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :

[ كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591][1]

Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan
Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :
[ لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر ]
Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah :

Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :
[ لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم ]

Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891][2]

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

Dari Abu Hurairah, Nabi r  bersabda :
[ لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون ]

Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. 
[HR Abu Daud : 2353][3]


3. Berbuka sebelum solat maghrib

Dari Anas bin Malik :
[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356][4]


4. Dengan apa berbuka ?

Dari Anas bin Malik :
[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. 
[HR Abu Daud : 2356]


5. Apakah doa berbuka puasa ?

- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah, kerana Baginda tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah :

[ ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم ]

Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka, imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. 
[HR At-Tirmidzi : 2526][5]

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi ketika berbuka adalah :

[ ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شاء الله ]
Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357][6]

- Adapun doa :
[ اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت ]

Maksudnya : 
” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi r). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi r. Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi r sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi  r. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. 

Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar[7], menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :
Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’i Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)

Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi, maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah.


6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi bersabda :

[ من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746][8]

- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya[9] : dari Miqdad, Nabi r bersabda :
[ اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني ]
Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].


[1] Sanadnya Shahih, lihat Fathul Bari : 4/199.
[2] Sanadnya Shahih, lihat (صفة صوم النبي) oleh syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi:mks 63.
[3] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2063.
[4] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani :  2065.  Penyusun telah meringkaskan hadis ini tanpa mengubah maknanya. Perkara seperti ini diperbolehkan dalam ilmu hadis selagimana ia tidak mengubah makna serta tujuan hadis.
Lihat perbahasan ini dalam Manhaju Annaqd Fi ‘Ulumil Hadis, oleh Dr. Nuruddin ‘Itr : mks : 231.
[5] Sanadnya Shahih, lihat Silsilah Asshahihah, oleh Syeikh Al-Albani : 1797.
[6] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2066.
[7] 1/438. Kitab ini bertujuan menilai semula kedudukan hadis-hadis dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Annawawi.
[8] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Ibni Majah oleh Syeikh Al-Albani : 1417.
[9] Untuk mengetahui selain dari doa di atas,lihat (حصن المسلم) oleh Syeikh Said bin Ali Al-Qahthani.

sumber




Doa Sebelum Berbuka Puasa

DOA SEBELUM BERBUKA PUASA | Bismillahir-Rahmaanir-Rahim 



Ada suatu waktu yg mustajab utk berdoa, dimana doa tsb tdk akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Ttp sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya.

Di Mekkah & Madinah, satu jam sblm adzan maghrib org2 sdh menengadahkan tangan ke langit berdoa utk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia maupun akhirat, mrk berdoa dg syahdu sepenuh keyakinan, sampai2 air mata mrk mengalir deras.

Ya, berdoa meminta kpd Allah yg Maha Kaya…

Kesalahan yg dilakukan kaum muslimin kita disini (Indonesia) yaitu dg menyia2kan wkt yg sangat mustajab ini dg cara ngabuburit menjelang adzan maghrib..!!!

kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka & mrk sdh merasa cukup dg hanya membaca “Allahuma lakasumtu….atau dzahaba zhoma’u….”, pdhal hanya mencakup maknanya berupa laporan & ucapan syukur..

Setelah kita memahaminya, hendaknya min 10 ~ 15 menit seblm adzan maghrib (sdh dlm keadaan berwudhu) kemudian berdoa meminta apa saja (adabnya dg didahului puji2an kpd Allah & bershalawat atas Nabi),

Krn Allah menggaransi bhw doa2 tsb akan dikabulkan..”Allah sesuai prasangka hamba kepada Nya”

Manfaatkanlah wktmu, bukan hanya demi santapan atau berburu makanan saat jelang buka. Berdo’alah utk diri kita, keluarga kita, orangtua kita, sahabat kita, negeri kita….

Aamiin

Musuh2 islam tahu betapa hebat ummat Muhammad SAW bila mrk berdo’a kpd Rabb nya disaat menjelang berbuka. Krn itu, mrk buat tipu daya utk melalaikannya dgn program2 tv & media lainnya di wkt2 yg mustajab yaitu: menjelang berbuka & menjelang sahur (2/3 mlm). sehingga ummat ini, mrk makan-minum, berpuasa, namun tak sempat utk berdoa.

Smoga kita dpt memanfaatkan dan, memaximalkan waktu mustajab ini .

Dari Ibnu Abbas, ia berkata : “Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan: Allahumma Laka Shumna wa ala Rizqika Aftharna, Allahumma Taqabbal Minna Innaka Antas Samiul ‘Alim. ” (artinya: Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan atas rezeki dari-Mu kami berbuka. Ya Allah! Terimalah amal-amal kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui). (Riwayat Daruqutni di kitab Sunan-nya, Ibnu Sunni di kitabnya ‘Amal Yaum wa- Lailah No. 473. Thabrani di kitabnya Mu’jamul Kabir).

Dari Anas, ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila berbuka beliau mengucapkan, ‘Bismillah, Allahumma Laka Shumtu Wa Alla Rezekika Aftartu.” (artinya: Dengan nama Allah, Ya Allah karena-Mu aku berbuka puasa dan atas rezeki dari- Mu aku berbuka). (Riwayat Thabrani di kitabnya Mu’jam Shogir, Hal. 189 dan Mu’jam Auwshath).

Dari Muadz bin Zuhrah, bahwasanya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan: Allahumma Laka Sumtu wa ‘Alaa Rizqika Aftartu. ” (Riwayat Abu Dawud No. 2358, Baihaqi 4:239, Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Suni)

Doa berbuka puasa menurut imam nawawi Rohimahulloh.

ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻤﺼﻨﻒ ﻭﺳﺎﺋﺮ ﺍﻷﺻﺤﺎﺏ ﻳﺴﺘﺤﺐ ﺍﻥ ﻳﺪﻋﻮﺍ ﻋﻨﺪ ﺍﻓﻄﺎﺭﻩ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻟﻚ ﺻﻤﺖ ﻭﻋﻠﻰ ﺭﺯﻗﻚ ﺍﻓﻄﺮﺕ ﻭﻓﻰ ﺳﻨﻦ ﺃﺑﻲ ﺩﺍﻭﺩ ﻭﺍﻟﻨﺴﺎﺀﻱ ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﻛﺎﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺇﺫﺍ ﺍﻓﻄﺮ ﻗﺎﻝ ﺫﻫﺐ ﺍﻟﻈﻤﺄ ﻭﺍﺑﺘﻠﺖ ﺍﻟﻌﺮﻭﻕ ﻭﺛﺒﺖ ﺍﻷﺟﺮ ﺍﻥ ﺷﺎﺀ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ

Telah berkata Al mushonnif (Abu ishaq As-syirozi) dan semua ulama syafiiyah: di sunnahkan agar mereka berdoa saat berbuka puasa “Allohumma laka sumtu wa ala rizqika aftortu”. Dan di sebutkan dalam sunan abu dawud dan nasa’i dari ibnu umar: apabila nabi SAW, berbuka puasa, beliau membaca “Dzahabat dzoma’u wabtallatil uruqu wa tsabatal ajru insya Allohu ta’ala”. [Majmu’ syarh muhaddzab imam nawawi: 6/363]

Ada sebagian orang yang mengotak atik doa berbuka puasa tersebut dengan mengatakan hadits hadits tentang doa berbuka puasa itu dhoif. Entah apa tujuannya? Sebab dalam masalah fadhilah fadhilah itu di perbolehkan mengamalkan hadits dhoif. Apalagi para ulama ahlussunnah wal jamaah bukan tidak tahu menahu tentang kedudukan hadits itu.

Para ulama tahu dan faham. Seperti di terangkan dalam kitab asnal matholib:
ﻭﻳﻨﺒﻐﻲ ﻟﻪ ﺍﻥ ﻳﻘﻮﻝ ﺑﻌﺪ ﻭﻓﻰ ﻧﺴﺨﺔ ﻋﻨﺪ ﺍﻹﻓﻄﺎﺭ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻟﻚ ﺿﻤﺖ ﻭﻋﻠﻰ ﺭﺯﻗﻚ ﺍﻓﻄﺮﺕ ﻟﻼﺗﺒﺎﻉ ﺭﻭﺍﻩ ﺃﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ ﺑﺎﺳﻨﺎﺩ ﺣﺴﻦ ﻟﻜﻨﻪ ﻣﺮﺳﻞ ﻭﺭﻭﻱ ﺃﻳﻀﺎ ﺍﻧﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛﺎﻥ ﻳﻘﻮﻝ ﺣﻴﻨﺌﺬ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺫﻫﺐ ﺍﻟﻈﻤﺄ ﻭﺍﺑﺘﻠﺖ ﺍﻟﻌﺮﻭﻕ ﻭﺛﺒﺖ ﺍﻷﺟﺮ ﺍﻥ ﺷﺎﺀ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ

Dan seyogyanya bagi orang yang berpuasa untuk membaca setelah berbuka puasa “Allohumma laka sumtu wa ala rizqika aftortu” karna ittiba’. Abu dawud Telah meriwayatkan hadits itu dengan sanad yang bagus akan tetapi hadits itu berkedudukan mursal. Dan telah di riwayatkan bahwa nabi SAW saat berbuka puasa membaca “Dzahabat dzoma’u wabtallatil uruqu wa tsabatal ajru insya Allohu ta’ala” [Asnal matholib Al imam zakaria al anshori: 5/337]

apa orang itu tidak membaca fatwa Al utsaimin yaitu salah satu ulama rujukan orang tersebut? Al utsaimin berkata:

ﻭﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﺍﻟﻤﺄﺛﻮﺭ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻟﻚ ﺿﻤﺖ ﻭﻋﻠﻰ ﺭﺯﻗﻚ ﺍﻓﻄﺮﺕ ﻭﻣﻨﻪ ﺃﻳﻀﺎ ﻗﻮﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺫﻫﺐ ﺍﻟﻈﻤﺄ ﻭﺍﺑﺘﻠﺖ ﺍﻟﻌﺮﻭﻕ ﻭﺛﺒﺖ ﺍﻷﺟﺮ ﺍﻥ ﺷﺎﺀ ﺍﻟﻠﻪ. ﻭﻫﺬﺍﻥ ﺍﻟﺤﺪﻳﺜﺎﻥ ﻭﺍﻥ ﻛﺎﻥ ﻓﻴﻬﻤﺎ ﺿﻌﻒ ﻟﻜﻦ ﺑﻌﺾ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺣﺴﻨﻬﻤﺎ. ﻭﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﺣﺎﻝ ﻓﺈﺫﺍ ﺩﻋﻮﺕ ﺑﺬﻟﻚ ﺃﻭ ﺑﻐﻴﺮﻩ ﻋﻨﺪ ﺍﻹﻓﻄﺎﺭ ﻓﺈﻧﻪ ﻣﻮﻃﻦ ﺇﺟﺎﺑﺔ

Dan doa yang ma’tsur adalah doa “Allohumma laka sumtu wa ala rizqika aftortu” juga doa nabi SAW: “Dzahabat dzoma’u wabtallatil uruqu wa tsabatal ajru insya Alloh”. Dan kedua hadits ini, walaupun di dalam keduanya terdapat kelemahan (dhoif), akan tetapi sebagian ulama menganggap kedua hadits ini bagus. Wal hasil.! Apabila kamu berdoa dengan doa itu atau lainnya di saat berbuka maka tempat itu memang termasuk tempat istijabah [kutub wa rosail lil utsaimin 10/134]
sumber






Wednesday, 8 June 2016

Apa itu IMSAK ?


Apa itu IMSAK ?

Imsak hanya dikenal di Asia Tenggara (Khususnya Indonesia), kemungkinan yg Membuat Ajaran Imsak Ini Berniat Baik Agar Kita Ada Waktu Untuk Bersiap Diri Melaksanakan Sholat Dan Mempersiapkan Waktu Terbitnya Fajar.

Namun dia lupa bahwa Islam yang diajarkan Rasulullah SAW...
Sudah sempurna sehingga tidak perlu ditambah atau dikurangi. Akibatnya pada hari ini Banyk umat menganggap batas akhir makan sahur adalah Imsak sehingga menghilangkan Ajaran Rasulullah Saw yg Sesungguhnya.

Dalil:
"Jika salah seorang dari kamu mendengar adzan sedangkan ia masih memegang piring (makanan), Maka Janganlah Ia Meletakkannya Hingga Ia Menyelesaikan Hajatnya (makannya).

[HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim, dishahihkan oleh Adz Zahabi]
Ibnu Umar berkata, "Alqamah Bin Alatsah Pernah Bersama Rasulullah, Kemudian Datang Bilal akan mengumandangkan adzan, kemudian Rasulullah Saw Bersabda, "Tunggu sebentar wahai bilal..!, Alqamah sedang makan sahur".
[Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Al Albani]

"Dan Makan Dan Minumlah Kamu Hingga Terang Bagimu Benang Putih Dan Benang Hitam Yaitu Fajar". 
(QS Al Baqarah 2 : 187)

Jadi sahabatku, batas santap sahur adalah waktu fajar (saat adzan subuh/fajar), *Bukan IMSAK.*

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah". (QS Al Hasyr 59 : 7)


بَارَكَ اللهُ فِيْك




Monday, 6 June 2016

Apakah Yang DiMaksudkan Dengan FIDYAH ?

Maksud Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.




HUKUM FIDYAH 

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.


PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH 

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.


SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1. Uzur Menunaikan Puasa Wajib 
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan Hamil 
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu Yang Menyusukan Anak 
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang Yang Telah Meninggal Dunia 
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’) 
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.


Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.


TAKSIRAN FIDYAH 

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah


KADAR BAYARAN FIDYAH 

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah seperti berikut:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

Untuk makluman anda, jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Kadar fidyah mengikut negeri.

Semoga perkongsian mengenai cara mengira Fidyah ini memberi manfaat pada semua.

[sumber]


Sunday, 5 June 2016

Salam Ramadhan 2016

Assalamualaikum,



" Ramadhan adalah ( bulan) diturunkannya  Al Qur'an, sebagai panduan untuk umat manusia,  juga tanda yang jelas  untuk bimbingan dan penilaian ( antara benar dan salah ). Selanjutnya, jika  salah seorang dari kamu mencapai bulan itu, maka ia harus berpuasa . " ( Al Baqarah 185 )

Begitu cepat sekali masa berlalu, serasa baru lagi akak bersolat terawikh tahun lepas..dan kini telah datang lagi bulan yang sangat mulia ini, bulan Ramadhan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan... Hanya di bulan ini terdapat hari yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Akak pun baru pulang dari masjid ni.. Alhamdulillah, dapat menunaikan solat terawikh pada malam pertama ini. Seperti yang dijangkakan, memang masjid penuh sesak dengan kariah setempat. Lazimnya setiap tahun begitu, minggu pertama puasa memang penuh sesak masjid. 

Minggu kedua akan berkurangan 20% kariah nya. Minggu ketiga pula akan tinggal 50% saja dah dan minggu yang akhir tu lah yang paling sedihnya... akan tinggal kira-kira 30% je dah. Pelik jugak..mana mereka pergi ni? sibuk buat kuih ke? sibuk buat preparation raya ke? Sedangkan 10 malam terakhir itu lah sepatutnya yang makin kuat kita beribadah...mohon keampunan.



hmmm... Semoga kita semua dapat mempertingkatkan lagi ibadah kita pada tahun ini... Insya Allah...

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh tawadduk... banyakkan membaca al-Quran serta banyakkan bersedekah. Oh ye, jangan lupa baca niat puasa ye :))


.



Popular Posts