Friday, 4 September 2015

Hat Yai (Part 6)

Thailand - Hat Yai (Part 6) - Melawat Pasar Hatyai

Assalamualaikum,

Wahhhhh.. lamanya terbengkalai sambungan cerita trip hatyai ni disebabkan masa itu dah masuk bulan Ramadhan. Jadi akak lebih fokas kan bab-bab untuk beribadat. Dah sampai lepas raya, masih malas lagi nak sambung update cerita :))

Ok lah...lepas ni akak akan cuba sambung dan habiskan ye..

Setelah penat malam semalamnya berada di Klonghae Floating Market, keesokan harinya pula, kami ke pasar hatyai untuk membeli buah tangan seperti kudapan serta tomyam paste dan sebagainya. 









Ok, jom explore dalam pasar Hatyai..



























Alang-alang dah tak jumpa geng yang entah ke mana menghilangnya, nampak pulak street food yang macam menyelerakan aje.. perut pun dah berkeroncong...




tertarik untuk singgah makan kat tempat penjual ni...


Ini adalah laksa hatyai (kalau tak silap) pedas giler! Tapi sedap...


siap ada ulam-ulam ni kat atas meja...


lepas makan, jumpa balik geng.. 
rupanya dia orang dah pegi kedai muslim, 'Chakkraphan' yang jual berbagai kudapan. Katanya kedai tu tutup selepas dia orang keluar tadi. Akak mencuba nasib juga pergi ke kedai itu. Walaupun dah ditutup, akak bernasib baik sebab terjumpa tokeh kedai di depan keretanya, bersiap untuk balik lalu akak pun memujuknya supaya bukak kedai untuk kami 2-3 orang ni.. Alhamdulillah... kedai dibuka untuk kami...sukanya.. :))







Dah habis memborong di pasar, kami pun naik tut-tut balik ke hotel..






Walaupun penat, tapi muka kami gembira, kan? :))


Inilah hasil tangkapan ku hari ini :))





Malamnya pula, masing-masing sibuk nak massage kaki termasuklah akak. Tapi akak nak massage seluruh badan. Jadi, akak pilih untuk massage dalam bilik hotel.



Ok, nantikan sambungannya lagi ye...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts