Wednesday, 5 March 2014

Trip Amal Bersama UmmiWorld (Badan NGO) ke Negeri Melaka

Assalamualaikum para pembaca blog ku yang budiman,


Lama betul saya tak meng'update' kan blog ini...


Ok, kali ini saya ingin sharing kisah trip amal sambil melancung kami bersama Ummi World Network ke negeri Melaka baru-baru ini. Perasaan bercampur baur.. sedih, gembira, pilu, sayu... semuanya ada... Yang penting trip ini telah pun membukakan banyak mata yang selama ini pandang sepi ke alam  sekeliling....





1 Mac 2014

Rombongan kami ( Ummi World - sebuah pertubuhan NGO ) berkumpul di perkarangan surau al-Islah di Taman Sri Keramat pada pukul 8 pagi. Diberikan pula breakfast 'meehoon goreng' dan 'teh tarik' kepada jemaah-jemaah semua agar tidak berasa lapar dalam perjalanan nanti, maklumlah peserta rombongan kebanyakannya terdiri dari warga emas.

 




Bas yang dijanjikan yang sepatutnya tiba pada pukul 9 pagi telah terlewat sampai dek kerana salah informasi yang diterima. Alahaiiii.. sabor je lah.. pukul 10 pagi, baru bertolak.
Dugaan tu  :)








Agenda Pertama kami ialah melawat adik Muzaifah di Ayer Keroh, Melaka. Kami tiba ke rumahnya  sewaktu azan zohor berkumandang. Cuaca begitu terik sekali tika itu. Rombongan kami disambut mesra oleh keluarga adik Muzaifah. 



Adik Muzaifah ini telah pun berada dalam keadaan koma lebih setahun. Memang sedih dan hiba melihat keadaannya yang lumpuh itu. Ditambah lagi bila mengetahui bahawa adik Muzaifah yang berusia baru 26 tahun dan masih bujang, tetapi berhati mulia, sanggup mengambil dan memelihara 3 orang anak angkat yang masih kecil sebelum beliau ditimpa musibah. Sekarang, ibunya Puan Rohani lah yang harus memikul tanggungjawab menyara anak-anak angkat adik Muzaifah itu. Disamping itu juga, adik Muzaifah memerlukan wang untuk rawatannya, kosnya lebih kurang RM10,000 sebulan.






Kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbangkan derma kepada keluarga adik Muzaifah, bolehlah menyumbang ke dalam akaun : 


Maybank : 
En. Mustafa b. Husin(bapa)
No. akaun : 104085067512

Pn. Rohani bt Jantan (ibu)
No. akaun : 104068169173
Hp : 018-7798777



Dengan perasaan yang sayu hiba kami tinggalkan keluarga mereka dengan sedikit bekalan dan derma ikhlas dari kami. 

Setelah selesai melawat adik Muzaifah, kami pun beredar untuk mencari kedai makan bagi mengisi perut kami yang telah menyanyikan lagu keroncong.. singgah di kedai nasi campur..

Alhamdulillah...
Setelah kenyang, kami pun beredar untuk menuju ke hotel kami iaitu Hotel City Park, dan seterusnya check in.

Sempat bergambau tu sebelum masuk bilik untuk berehat dan juga solat :)




Jam 6 petang, kami berkumpul di lobi hotel untuk keluar makan ikan bakar di Restoran Medan Ikan Bakar, Muara Sungai Duyong, tajaan Ummi World! 







Alhamdulillah.. Terima kasih ummi... Puan Hjh Zaharah..pengerusi Ummi World Network. Semoga bertambah-tambah lah rezki ummi lagi :)

  

hmmm.... sedap.. ikan, lala dan sotongnya fresh..

wah.. tergelak besar makcik berdua ni...happy sangat tu... 



    



     





ada jugak yang sempat beli belacan yang nampak bergantungan tuuu.. :)












Setelah masing-masing kenyang, kami beredar pula ke bandar Melaka untuk menikmati suasana malam menaiki cruise ala-ala di Venice gitu.. sambil bersantai-santai.. 

Sedang  menunggu giliran untuk menaiki bot...






 Walaupun penat, tetap boleh menguntumkan senyuman... ada jugak makcik-makcik yang terlelap dibuai ombak tu.. apa..ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. heheheeee...


hmmm... Indahnya pemandangan di waktu malam...

  




Selepas itu, tibalah masa untuk pusing-pusing bandar menaiki beca pula...
Seronok sangat rasanya.. suatu pengalaman baru... khasnya makcik2 semua..apa taknya, booking sampai 15 beca.. apa lagi..menyengih je lah makcik2 semua..hehehee... yang kelakarnya, tiba ti kawasan berbukit sikit, siapa yang badan besar tu, disuruh turun dan naik bukit sendiri (bukan jauh pun :D ) lepas tu sambung balik naik atas beca.. tergelak dibuatnya..sampai saya senyum2 kambing sorang-sorang.. hik.. hik.. 


Comey tak kami naik beca? :)





Dah penat makan angin dengan beca.. dahaga lah pulak.. jom minum...


Mmmm... nampaknya semua dah kepenatan, jom balik hotel..


















Ada pulak yang masih belum mengantuk tu, pergi berjalan lah pulak ke Theme Park,       dekat aje, boleh berjalan kaki dari hotel kami.. 

Tapi bagiku.. oh tidakkk.... tidur itu adalah lebih berharga.. 




2 Mac 2014

Keesokan paginya, jam 7.30 pagi kami turun untuk breakfast... macam2 makanan tempatan ada.. meehoon goreng, kuetiaw goreng, nasi lemak serta cereal & toast pun ada. Setelah tu, kami pun bersedia untuk check out hotel.


   




Kami dibawa singgah ke bandar Melaka.. dengan berbagai permintaan.. so, akhirnya grup dibahagi 3. Masa diberi ialah 2 jam.

Grup #1 - naik Menara Taming Sari

Grup #2 - shopping


Grup #3 - lepak dalam bas aje, berehat



setelah bas mula bergerak, ada pulak jemaah yang terkilan sebab tak dapat cendol :D

Sekali lagi pengerusi Ummi World telah bermurah hati untuk belanja cendol untuk semua orang. Wowww.. memang best betul pengerusi ni.. tak lokek pun :)  Semoga dimurahkan rezeki lagi buat ummi..


Perjalanan kami diteruskan ke Masjid Kampung Hulu, iaitu masjid yang tertua di Melaka.....







Alhamdulillah, sampai jua kami ke masjid yang terpelihara indah ini. Rombongan kami menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid serta Solat Sunat Dhuha. Kami juga telah mendapat keizinan dari Imam masjid untuk membaca Ratib/Zikir Asma Husna.






Masjid Kampung Hulu

Negeri Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada awal abad ke 15 telah membuka lembaran sejarah dalam sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu. Kedatangan mubaligh dan saudagar Islam telah meletakkan Islam sebagai agama penting di Melaka. Penerimaan Islam oleh Sultan Melaka diikuti oleh rakyat Melaka telah memberi erti yang besar dalam penyebaran dan perkembangan Islam di rantau Asia Tenggara amnya dan di Malaysia khususnya.

Sejak Melaka mulai masyhur dan dikenali sebagai pusat penyebaran Islam, masjid-masjid telah didirikan di seluruh Melaka sebagai tempat ibadah dan tempat perhimpunan sosial bagi rakyat Melaka.

Penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 masihi telah menjejaskan bangunan-bangunan masjid d Melaka. Portugis telah merobohkan masjid-masjid dalam usaha untuk menyekat perkembangan agama Islam dan runtuhan batu-batu bangunan masjid digunakan untuk membina kubu-kubu pertahanan Portugis.

Pembinaan masjid di Melaka dipengaruhi oleh senibina istana-istana raja dan rumah-rumah pembesar kerajaan melayu Melaka.

Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.

Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang.

info lanjut -> http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Hulu

yang menariknya lagi..


Di dalam kawasan masjid kampung Hulu ini, terdapat Makam Sayyid Abdullah al-Haddad, iaitu seorang guru agama yang terkenal di zaman Munsyi Abdullah. Al-Marhum Sayyid Abdullah al-Haddad dianggap oleh kebanyakan orang sebagai waliullah. Masjid ini masih dikunjungi oleh orang ramai termasuk pengunjung dari luar negara, buktinya, dalam hasil dari pungutan tabung masjid, terdapat berbagai wang asing seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, China, Amerika dan Arab.



Setelah selesai, bagai rezeki datang bergolek, rombongan kami dihidangkan dengan nasi beriani makan dalam dulang. Alhamdulillah, masjid ini rupanya sentiasa murah rezeki.
.




Dah kenyang, kami pun berangkat keluar untuk naik bas memandangkan waktu itu baru 12:45 tengahari, masih lambat lagi masuk waktu zohor. Perjalanan diteruskan, dan akan singgah di mana-mana tempat yang ada surau nanti untuk buat jamak takhir. Perjalanan diteruskan untuk ke rumah orang-orang tua Al-Fikrah di Sungai Sekamat, Kajang.

Malangnya, jalan begitu jem sekali..dah hampir pukul 6 petang, kami masih berada dalam keadaan jalan yang jem penuh sesak tu dan kami mulai risau kerana masih belum menunaikan solat lagi., ternampak pulak ada surau di Pejabat Kastam. Alhamdulillah, rombongan kami diizinkan untuk singgah sebentar bersolat di situ.


Setelah itu, kami meneruskan lagi perjalanan hingga ke Kajang.



Akhirnya kami pun sampai ke destinasi seterusnya iaitu Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia dan kami telah disambut mesra oleh Pengerusi rumah Al-Fikrah ini iaitu Tuan Haji Azmi. Selepas solat, kami juga dihidangkan dengan meehoon goreng serta cucur bawang...


   

"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu malam dan siang secara senyap-senyap atau terang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak ada kebimbingan (dari berlkakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Surah Al-Baqarah 274


Penghuni yang telah dipotong kaki akibat diabetes

Pakcik ni dah berumur 103 tahun, dijumpai terjatuh di dalam longkang
   

Penghuni Kilauan Emas...
  

Pakcik yang disebelah kiri itu pernah suaranya keluar di radio dahulu dalam rancangan No.5 Persiaran 1 dan beliau sudi mendendangkan 2 buah lagu Jepun...  sementara pakcik yang berselimut hijau ni juga telah sudi memperdengarkan sebuah lagu.. Begitu sayu dan pilu di pendengaranku sambil melihat pakcik tu bercucuran airmatanya...
boleh saksikan video rakaman di bawah ini..


Pengenalan tentang Pusat Jagaan Al-Fikrah:

Pusat Jagaan Al-Fikrah menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi membantu insan-insan yang malang seperti apabila pesakit ditinggalkan atau diabaikan waris di hospital-hospital kerajaan. Punca utama gejala ini berleluasa akibat daripada kerapuhan institusi keluarga, keruntuhan akhlak, ketdakpatuhan kepada ajaran agama dan pelbagai lagi fenomena sosial lain yang telah menyumbang kepada masalah pengabaian yang berterusan oleh ahli-ahli keluarga.


Objektif Penubuhan :

* Penempatan penghuni terdampar lelaki dan wanita
* Penempatan sementara / kekal penghuni miskin tidak berkemampuan, tidak mempunyai saudara mara serta bermasalah sosial.
* Membantu hospital kerajaan untuk menempatkan pesakit selepas discaj dari wad.
* Memberi keselesaan kepada penghuni agar mereka merasai hidup yang terurus dan disayangi oleh insan lain.

Kategori Penghuni :

* Terdampar tanpa waris
* Orang kurang upaya
* Warga Emas
* Mualaf / saudara baru
* Bekas-bekas pesakit hospital



Bergambar kenangan di Pusat Jagaan al-Fikrah


"Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit"
Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim


Sumbangan anda amatlah dialu-alukan...

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia
Maybank Islamic 
Nombor Akaun : 5641 5555 1966

Persatuan Kebajikan  Al-Fikrah  Malaysia
Bank Muamalat
Nombor Akaun : 1207 0005 9727 13



Sebarang pertanyaan / maklumat lanjut :
Pengerusi : Tuan Haji Azmi
HP : 016-335 5960

Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia
Rumah Kebajikan Lelaki & Wanita
(No. Pendaftaran : 004 - 10 -25012012)

Alamat :
No 683 Jalan Sekolah Kg Sungai Sikamat
Batu 12 1/2, Jalan Cheras 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

No. Tel Pejabat :
03 - 8733 0715

Email : pjfmfikrah@gmail.com /
alfikrah-homecare@gmail.com

Kelolaan :
Persatuan Kebajikan Al-Fikrah Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia


Setelah semuanya selesai, kami pun berangkat pulang membawa seribu satu persoalan yang perlu untuk difikirkan bersama... 

Walaupun rombongan kami tak berjaya untuk melawat rumah anak-anak yatim di Peringgit seperti yang diaturkan dalam acara lawatan, namun ianya telah digantikan dengan melawat rumah orang-orang tua al-Fikrah. Allah jua yang menentukan segalanya. 

Walaupun penat, kami berasa cukup gembira.. 
dan telah selamat sampai pada jam 11.30 malam.
Terima kasih sekali lagi Ummi World! 






Kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli Ummi World, bolehlah menghubungi :
Puan Hajjah Zaharah di 012-379 7404
Puan Hajjah Rapiaah di 019-288 3549

Alamat
Ummi World Network
7A, Jalan AU 2A/17
Taman Sri Keramat
54200 Kuala Lumpur

website : ummiworld.wix.com/ummi
email : ummiworld@gmail.com






No comments:

Post a Comment

Popular Posts