Assalamualaikum w.r.t.
Wah, lamanya tak menulis di blog ni.... sibuk dengan bermacam2 hal... hal dalam negara, luar negara termasuk juga hal di dalam kelambu..hehehe.. if u know what I mean... hahahaa..!
Ok lah, kali ini saya nak bercerita sedikit tentang 'internet romance scammers' yang menjadi-jadi sekarang ni di negara kita, juga telah berlaku pada seorang teman ku... Elina, nama samarannya... Elina telah diceraikan oleh suaminya tanpa kerelaannya... pendek cerita, sesuka hati si suami tu je! Kesian betul... merana betul si Elina. Dalam kepasrahannya merawat luka di hati, Elina dalam diam-diam telah mendaftar di 'dating site' untuk menghiburkan hatinya yang lara itu.
Elina telah berkenalan dengan seorang lelaki mat saleh dari UK, dipendekkan nama sebagai 'Pat' saja. Setelah perkenalan berlangsung hampir 2 minggu dengan begitu akrab sekali (ber...email & phone call setiap hari)... maka perasaan pun telah bertukar menjadi cinta..
(cinta yg bodoh tu sebenarnya!)
Suatu hari, si Pat ini telah bagi tau pada Elina, yang dia hendak belikan 'engagement ring' kerana dia ingin berkahwin dengan Elina. Lantas keesokannya... mengikut katanya... si Pat telah pun membeli cincin tunang tersebut serta berbagai2 barang lagi seperti apple laptop, white gold bracelet dan lain-lain lagi barangan berharga sebagai
hadiah untuk Elina...
Setelah itu, si Pat telah meminta alamat untuk dikirimkan dengan courier service barang-barang tu semua dan Elina yang terlampau lurus bendul ini, terus memberikan alamatnya kepada Pat.
Keesokannya...... Pat telah beritahu pada Elina yang dia telah pun menghantar barang2 tersebut serta diletakkan juga dalam 'diplomatic' parcel itu, duit cash usd dengan courier service dalam jumlah yang banyak. Alangkah terperanjatnya si Elina... kelu tak berkata! Dan si Pat telah pesan supaya bila saja parcel tu sampai, jangan dilengahkan untuk buat bayaran sebab terlalu banyak cash dalam parcel tu. Di kotak fikiran Elina... asyik tertanya2...brapalah bayarannya nanti?
Selang 2 hari, Elina telah mendapat sms serta email dari courier service tersebut, memberitahu bahawa parcel dah sampai di KLIA dan perlu dibayar delivery charges nya sebanyak RM1,850. Tanpa membuang masa, Elina pun terus membuat bayaran ke akaun yang diarahkan oleh pihak courier tersebut. Setelah itu, courier tersebut bagi tau ada lagi bayaran untuk 'clearance certificate' pulak yang tidak dijelaskan oleh si Pat sebanyak 870 usd! Wah, banyaknya... detik hati Elina. Setelah Elina menghubungi Pat, Pat telah menyuruhnya untuk buat bayaran tersebut sebab katanya dia 'terrrrr...lupa'! haprak betul ! Oleh kerana terlalu mempercayai si Pat, maka Elina pun menjelaskan bayaran tersebut serta berdoa agar lepas itu takkan ada apa2 bayaran lagi... dan menunggu delivery parcel itu dengan penuh debaran di hati...
Sekali lagi, jantung Elina terhenti bila baca email dari courier service itu... Parcel tu kena tahan plak dengan pihak kastam sebab bawak cash.. dengan jumlah yang banyak plak tu..! Mak datokkk.... macam mana ni... bercelaru sekali pikiran Elina tika itu... dan pihak kastam bagi pilihan jika nak settle masalah tu... boleh bayar RM18k sebagai duit 'under table' dan semuanya settle. Elina bagai nak giler dibuatnya tika itu! Namun setelah berbincang dan diyakinkan oleh Pat bahawa setelah dapat parcel itu nanti duit Elina akan dikembalikan semula. Oleh kerana perasaan sayang & cintanya yang membabi buta si Elina itu pada Pat, serta desakan dari Pat supaya cepat2 bayar agar parcel tu dapat dikeluarkan dengan cepat takut lama2 nanti dirampas oleh pihak kastam, katanya ada 483K usd didalamya, maka diusahakan juga oleh Elina untuk mencari duit tersebut... dan akhirnya... Elina telah berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM18k tersebut dan terus membayar nya.... Ya Allah....! aku yang mendengarnya tak terkata apa lagi... terkebil-kebil... tak percaya... terkejut! Hatiku berdetik... kau telah ditipu sebenarnya!
Setelah itu, Elina pun menunggu penghantaran parcel itu dengan penuh debaran. Sekali lagi berita yang mengejutkan nya... pihak courier beritahu bahawa kastam telah ubah percakapannya... sebenarnya mereka mahukan bayaran sebayak RM80K dan bukannya RM18K...! Terhenti denyutan jantung Elina tika itu... memikirkan telah banyak duitnya habis di situ dan... masih lagi parcel itu tak dapat dikeluarkan lagi... bererti... duitnya tersangkut di situ! Si Pat pula asyik mendesaknya agar membuat bayaran baki yang diminta kerana takutkan kehilangan parcel itu, walaupun telah berulang kali Elina beritahu yang dia sudah tidak ada duit lagi.... Pat pula mengatakan yang dia di off shore, tak dapat keluar...
Begitulah ceritanya temanku ini, si Elina... telah kehilangan semua duit simpanannya serta cintanya sekali..! Terduduk, termangu seperti orang hilang akal... Aku terpaksa menyabarkannya serta menasihatinya.... kasihan...
Maka, oleh sebab itu... aku berkongsi cerita penipuan ini di blog ku ini agar ramai wanita2 yang menyedarinya serta dapat diselamatkan dari penipuan yang berleluasa ini... Semoga ianya menjadi teladan buat semua....
Anda boleh melayari link2 scammers ini di sini...
http://www.romancescams.org/
http://www.scamwarners.com/ - go to Romance Scams forum
http://www.romancescam.com/forum/portal.php
Sharing is caring....
No comments:
Post a Comment