Tuesday, 6 September 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (14) - Kembali Ke Kyoto

Pening kepala jugak nak sampai balik ke Kyoto ni sebab banyak kali kena tukar line subway.  Bayangkan dengan hangkut beg-beg berat lagi.. naik tangga, turun tangga, naik tangga turun tangga.. yang tinggi lagi.. masing-masing tertidur dalam subway sebab penat sangat.

Alhamdulillah, akhirnya dah sampai ke Kyoto balik.. Bagi akak, ini alah second time sebab di trip dengan grup yang pertama dulumemang dah pergi ke Kyoto. Jadi sekarang, sebab akak join grup ke yang ke2 pulak, kena lah pergi ke Kyoto sekali lagi..

Dengan grup pertama dulu, akak stay di Kyoto Hostel.. Ingat lagi tak, yang akak membebel cerita panjang lebar pasal owner hostel tu? hikkk.. Kali ni akak dan cik tour guide stay di Pan & Circus Guesthouse, backpackers hostel sementara yang 1 family tu stay di apartment. hmmm... akak rasa betul-betul macam backpackers. 

Best jugak duduk di backpackers hostel ni. Sebenarnya, akak memang tak pernah stay di backpackers hostel sebelum trip Jepun ni, mesti ambik private room sebab nak ada bathroom attached sekali. So, kali ni betul-betul experience jadi backpackers.. heheheeeee.. 

Guesthouse ni strategik lokasinya, dekat jalan besar, depan hostel ada station bas dan tak jauh dari situ juga subway station. So, keluar saja dari the last subway tadi, tak jauh dah jalan ke hostel.

hmmm.. selingan sikit.. Teringat pulak masa bercerita dengan mak akak masa bila baru balik Mesia tu, cerita tentang trip backpacker ni yang banyakmenapak dan duduk di hostel cara backpacker... mak akak membebel panjang dia.. "nape lah nak susahkan diri travel cara tu, ambik pakej je kan senang.. ko tu bukannya muda lagi.." hahahaa.. akak tergelak panjang. Akak bagi tau mak yang akak nak experience cara travel backpackers. Mak geleng kepala jer.. suka hati ko lah jawabnya.. dengan muka yang tak berapa nak puas hati tu :))

Kat hostel... cadar, sarung bantal dan selimut semua kena pasang sendiri ok... bilik akak duduk tu besar, ada 6 katil double decker, cuma yang tak berapa best nya, lampu agak malap sikit.. akak ni suka terang-terang..

Malam ni memang akak tak keluar dah, lepak di hostel je. Berpeluang pulak berkenalan dengan beberapa backpacker yang menginap di situ.






tingkat di atas tu lah letaknya living hall..






di dinding living room ni penuh dengan gambar-gambar lukisan tangan..


Akak tak keluar malam ni..dok lepak kat hostel je, borak-borak dengan kawan baru. Cik tour guide akak tu keluar untuk bawak yang 1 family tu dinner. Akak makan bekalan yang ada je..


Mereka yang di atas ni ialah Roo dari Japan, tapi bekerja di Singapore dan Alice dari Switzerland

dan yang ini ialah Lily dari Japan jugak



Ini ialah owner Pan & Circus Guesthouse ni.. lupa pulak dah namanya. Mereka ni sangat friendly..


So, kesimpulannya...memang best stay kat guesthouse ni..
Ok, akak nak tidur dulu.. esok nak kluar pagi.

Jumpa lagi nanti!



Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (13) - Sightseeing Osaka (2) - Osaka Castle

Day 9 (9/4/2016)

Pagi siap breakfast, kami keluar untuk melawat ke Osaka Castle sekejap sebelum kami berangkat ke Kyoto pula. Osaka Castle yang ada sekarang tu telah dibina semula. Tiket bayaran masuknya agak mahal, iaitu 600 yen. Ada sesetengah tingkat tu yang tidak dibenarkan ambil gambar.

Ok, tetiba akak dah rasa malas nak berceloteh ni, so biarlah gambar je yang berbicara ye :))

Gambar atas ni ialah gambar budak sekolah. Tengok uniform sekolah dia.. cantik kan? 













Osaka Castle is a Japanese castle in Chūō-ku, Osaka, Japan. The castle is one of Japan's most famous landmarks and it played a major role in the unification of Japan during the sixteenth century of the Azuchi-Momoyama period.

A water city that affords cruising pleasures and sightseeing. Osaka castle-the symbol of Osaka with its over 400 years of history fusing the old and new, with towering skyscrapers abounded cherry blossom trees and soundings waterways. A sight to be enjoyed in any season.










Pemandangan dari tingkat paling atas




Duduk bertenggek atas tembok, berehat berposing sekejap di luar entrance Osaka Castle

Ok, lepas ni nak balik ke apartment untuk check out.

Jumpa di Kyoto kembali!




Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (12) - Sightseeing Kobe

Dah penat jalan berjam-jam di Nara Park dan bermain dengan rusa-rusa jinak tadi, kami pun teruskan perjalanan ke Kobe pula, denga  menaiki subway line Kinteksu pula. Perjalanan ke Kobe mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sempat jugaklah nak lelap mata kat dalam train tu sebab dah letih kannn.. :)









Alhamdulillah, dah sampai.. Jom gi sightseeing bandar Kobe...


Wahhh..kat Kobe ni ada SOGO gitu..

Kobe is the 6th largest city in Japan and it is a city on Osaka Bay in central Japan. It is known for its signature marbled beef and scenic setting of mountains framing the harbor. 










Puas kami mencari Masjid Kobe... jauh jugaklah nak sampai. Masjid Kobe terletak di atas bukit sikit. Penat betul rasanya, jauh dah berjalan dari tadi. Akhirnya dah jumpa.. ok, nak bersolat dulu.. Kebetulan waktu itu dah masuk waktu zohor. Tapi, cuma ada beberapa orang lelaki saja yang solat berjemaah kat situ. Masjid Kobe ni merupakan masjid yang tertua di bandar Kobe.

 









Selesai bersolat, apa lagi.. isi perut lah.. hahahaaa... semua dah lapor... jalan sikit, terus dah nampak muslim restaurant ni.. Naan Inn... sengih je lah semua..






Selepas tu, dalam perjalanan menuju ke subway balik, singgah sebentar di temple ni, lupa pulak namanya.. masih berkesempatan tengok bunga sakura di sini juga..

Aduhaiii..jauh lagi nak berjalan kaki ke station subway ni..





untuk info korang, design bagi penutup lubang ni akan berbeza bagi setiap negeri di Jepun..







Lepas ni naik subway balik terus ke apartment untuk berehat. Masing-masing semua dah terlepek keletihan.. Oh ye, lupa nak bagi tau.. grup ke2 ni ada seorang pakcik dan seorang makcik..

Ok, sambung lagi nanti.. Bye!



Popular Posts