Wednesday, 24 August 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (5) - Mount Fuji (Part 2)

Seronoknya rasa..tak sabar nak sampai untuk dihamparkan pandangan mata dengan Mount Fuji..



Ini stop yang pertama..




Subhanallah...haaa..kan dah nampak Gunung Fuji kat belakang tuuuu... indah sungguh pemandangan... Seterusnya, biarlah gambar yang berbicara..







Gunung Fujiyama terletak di antara Shizuoka dan Yamanashi iaitu di sebelah Barat Tokyo. Orang Jepun menggelarnya sebagai Fuji san bermaksud gunung Fuji.

Terdapat kisah lagenda cerita yang menarik di sebalik keindahan Gunung Fujiyama ini. Nak tahu? boleh klik kat sini.







Japan’s Mt. Fuji is an active volcano about 100 kilometers southwest of Tokyo. Commonly called “Fuji-san,” it’s the country’s tallest peak, at 3,776 meters. A pilgrimage site for centuries, it’s considered one of Japan’s 3 sacred mountains, and summit hikes remain a popular activity. 



Nikmat sungguh berkesempatan menikmati lunch dengan pemandangan yang memukau mata, Gunung Fuji tersergam indah! packed lunch dibeli semasa di stesen bas tadi.


Selepas menikmati lunch dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu, akak berjalan di sekitar kawasan, dapat pula berkenalan dengan seorang warga Jepun yang sangat peramah ini, Ayano Quentin namanya. Dia berasal dari Yokohama, Jepun.


dah sorang sorang tu, pandai pandailah selfie ye :))


Ini ialah kedai souvenirs...macam-macam ada.. macam biasa lah akak tetap beli fridge magnet, keychain dan T-Shirt.


Selepas tu akak teruskan lagi perjalanan ke beberapa kawasan menarik dengan hop on hop off bas ini.










Kawaguchi-ko Music Forest

The museum exhibits music boxes and mechanical music instruments of global historic value: the world‘s largest dancing organ or orchestrion which were supposed to get on the Titanic. read more...


akak tak masuk dalam sebab kena beli tiket lain pulak..










 



Ok, dah penat cover lebih kurang 80% kawasan ni, akak balik ke stesen bas sebab lepas ni akan naik bas pukul 8.30 malam untuk ke Kyoto pula.. harga tiket bas dari Fuji ke Kyoto ialah 6,200JPY... akan sampai insyaAllah pukul 6 pagi nanti... fugghhh.. 10 jam tu.. kematu lah..

Jumpa di sana!



Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (4) - Mount Fuji (Part 1)

Mintak maaf lah bagi yang dah lama sangat menunggu sambungan story trip Jepun akak ni. Bila dah lama sangat tu, memang liat lah jadinya nak sambung menulis ni. Ini pun nasib baiklah ada buat catitan sikit-sikit masa trip tu.. boleh lah jugak nak cerita sikit.. :))

Ok, ini sambungan selepas Day 3 semasa di Tokyo.


Day 4 (4/4/2016)


Pukul 4.30 pagi lagi dah bangun, rush mandi dan solat. Kemudian check out pukul 6 pagi. Oh ye, nak check out tu kena tanggalkan sarung bantal dan bedsheet, lepas tu sekali dengan selimut kena masukkan dalam tempat laundry yang dah disediakan di ground floor.


Pagi ni kami akan berangkat ke Mount Fuji pula. Dalam hujan renyai sambil menarik beg roda di samping mengendong backpack yang dah sedia berat tu, kami redah je menuju ke stesen metro Minami-senju, kira-kira 20 minit berjalan kaki dari hostel kami di Arakawa-ku, Tokyo.





Kami terpaksa tukar 2 train, naik turun tangga lagi..dengan beg-beg yang berat tu, tak payah cerita lah kepenatan dan sesak nafasnya sekali.. hadoiiii... 
haaa.. nak sangat berbackpackers kan...hambik ko! :))




Train yang akhir kami naiki ialah di stesen Iwamotocho menuju ke Shinjuku-ku (Keiko Line). Memang lembik dah badan masing-masing sebab mengejar waktu, takut terlepas bas. Setelah sampai di stesen metro Shinjuku, kami rushing ke terminal bas pulak. Bas bertolak pada pukul 7.30 pagi ke Kawaguchiko dengan tambang bas nya 1,750JPY. Jauh perjalanan nya kira-kira 2 jam. 



Sepanjang perjalanan ke Kawaguchiko, hujan renyai-renyai dan kadang-kadang lebat juga. Kami breakfast dalam bas je, makanan yang dah di tapau, sushi dan cafe latte yang dibeli di Mart je tadi di pertengahan jalan masa kami berjalan kaki ke stesen metro dari hostel. Lepas breakfast, memandangkan masing-masing semua dah kepenatan, apa lagi... membongkang tidur ler jawabnya...



Sampai di stesen Kawaguchiko yang terletak di Minamitsuru-gun, Yamanashi... beg kami simpan di coin locker yang ada di stesen bas tu, kena bayar 500JPY. Memandangkan kawan-kawan yang lain tu pergi sewa basikal untuk menikmati pemandangan Mount Fuji, akak ni pulak terpaksa beli je tiket bas hop on hop off untuk sightseeing, harganya 1,200JPY. 






Persoalannyaaa... kenapa akak tak join sekali naik basikal? hahahaaaa.. Jangan tak tau.... alkisahhhh.... akak ni tak reti naik basikal dik oiiiii.. habissss, pecah rahsia! heheheee... Ingat masa kecik kecik dulu, takut jatuh masa nak belajar naik tu... tengok adik sendiri belajar tu, brapa kali jatuh dan luka... terus takut... hampeh tul ! kan dah tak pandai.. hikkk...

Ini ialah map untuk sekitar kawasan Mount Fuji ni... besar kawasannya.. jenuh jugaklah nak hop on hop off bas ni :))





Kawaguchiko Tour ini mempunyai 2 line iaitu Red Line dan Green Line, bermakna ada 2 bas yang jalannya berbeza mengikut warna line. So, akak start yang red line dulu. Sungguh cantik tempat-tempat yang dibawa oleh red line itu, berbanding dengan yang green line.. agak boring sikit.




Ok, jommmm ikut naik bas ke Lake Kawaguchiko...



--> [next] <--




Wednesday, 13 July 2016

HUKUM PUASA ENAM

Assalamualaikum di pagi 8 Syawal 1437. 
Maaf kerana terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog ini samada yang mengenali saya personally atau pun cuma di alam maya saja. Setelah seminggu kita beraya, marilah kita sama-sama menunaikan puasa enam pula bagi mendapatkan pahala berpuasa setahun.


HUKUM PUASA ENAM

SUNAT dan digalakkan kita bersegera melaksanakan ‘Puasa Enam Syawal’.





FADILAT PUASA ENAM 

Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan. 

Dalilnya:
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Selain itu, terdapat fadilat lain bagi Puasa Enam Syawal. Ia adalah seperti berikut: 

1. Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan. 

2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT setelah Ramadhan.

3. Puasa Syawal sebagai tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan. 

4. Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda. 

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti dia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” 
(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


KAEDAH PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada hari-hari sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli. 

1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua 
(2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.


HIKMAH PUASA ENAM

1- Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka. 

2- Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. 

3- Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari. 

4- Penyempurna daripada kekurangan. Ini kerana pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat. 

5- Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat. 

6- Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya agar bersegera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira.


GABUNG NIAT QADA’ DAN PUASA ENAM

Harus menggabungkan dua puasa tersebut. Walau bagaimanapun, para ulama mempunyai beberapa pandangan dlm isu ini seperti berikut;

1. Berpuasa qada’ terlebih dahulu kerana ia merupakan puasa wajib ke atas semua.

2. Berpuasa sunat enam Syawal terlebih dahulu kerana tempohnya sangat terhad. Kemudian susulilah dgn puasa qada' yg tempoh menggantinya agak panjang berbanding Syawal.

3. Berpuasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal sekali gus. Namun, org itu mestilah mendahulukan niat puasa qada’ terlebih dahulu dan kemudian disusuli dengan niat puasa enam.

Namun, ingin ditekankan bahawa kebanyakan ulama berpendapat jika seseorang itu melakukan kedua-dua puasa secara berasingan, maka ia adalah lebih mulia berbanding menggabungkannya dalam satu niat.

[sumber: Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff]




Tuesday, 5 July 2016

Airmata Ramadhan 1437

Salam Ramadhan yang terakhir 1437...


MENANGISLAH...

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi.....
Kita pernah berjanji akan meng-khatamkan Qur'an..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua beranjak dari juz2 awalan..

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi ........
Kita pernah berjanji akan menyempurnakan 'qiyamullayl' yang lompong penuh tampalan..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua menyempurnakan bilangan..

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi .......
Kita berdoa sejak Rajab dan Sya'ban agar 'disampaikan' ke Ramadhan..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan..
Ternyata masih juga tak bisa menahan dari kesia-siaan..
Ternyata masih juga tak bisa menambah ibadah sunnah..
Bahkan..
Hampir terlewat dari menunaikan yang wajib...

Menangislah... 
wahai saudaraku.......
Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir..
Bahwa ada seorang hamba yang bodoh, lalai, sombong lagi terleka..
Sehingga Ramadhan yang mulia pun tersia-sia..

Menangislah..
Dan tuntaskan semuanya malam ini..
Mulai dengan i'tikaf yang belum juga kita kerjakan..
atas lembaran Qur'an yang menunggu dikhatamkan..
atas lembaran mata wang yang menunggu disalurkan..
atas solat sunnah yang menunggu jadi amal tambahan.

Menangislah..
Lebih keras lagi...
Karena Allah tidak menjanjikan apapun untuk *Ramadhan tahun hadapan..
Apakah kita masih disertakan..




MUNAJAT SEBELUM BERPISAH DENGAN RAMADHAN

Sebagai adab berdoa maka awalilah dan akhirilah doa anda dengan puji2an kepada Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad saw.

Ya Allah Tuhan kami..
Engkau Maha Tahu banyk perkara tersembunyi pada diri kami maka tolong Engkau perbaiki semuanya.

Ya Hayyu Ya Qayyum..
Engkau Maha Tahu apa yang kami hajatkan. Oleh itu tolong Engkau kabul semua hajat kami.

Ya Zaljalaali Wal Ikraam..
Engkau Maha Tahu sangat banyak dosa dan kesilapan kami, oleh itu tolonglah Engkau ampunkan semua kesalahan dan dosa kami.

Ya Fattah Ya A'liim..
Engkau Maha Tahu akan cacat cela dan keaiban kami, oleh itu tolong Engkau tutupkan segala keburukan dan marwah kami.

Ya Arhamarrohimiin.. 
Engkau Maha Tahu siapa insan yang paling kami sayangi. Oleh itu muliakanlah kami dan mereka dan mudahknlah bagi kami dan mereka jalan jalan untuk menuju kepada Redha dan Syurga-Mu.

Ya Haliim Ya Waduud Janganlah Engkau pergilirkan hari-hari yang kami dan orang-orang yang kami sayangi lalui dengan keburukan kecuali Engkau jauhkanlah kami dan mereka daripada keburukan itu.

Demikian juga tiada kesempitan kecuali Engkau lapangkn, tiada dosa kecuali Engkau ampunkan, tiada keaiban kecuali Engkau tutupkan, dan tiada doa kecuali Engkau kabulkan semuanya.

Ya Saami'ussaut..
Pada hari-hari akhir bulan Ramadhan yang penuh berkah ini kami mohon kiranya Engkau limpahkan kpd kami dan orang-orang yang kami sayangi, Rahmat-Mu, Keampunan-Mu, Kemaafan-Mu.

Ya Mujibussaa'liin..
Kami mohon kiranya janganlah Engkau jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terakhir bagi kami. Tapi berilah kami peluang untuk bertemu lagi dengan bebrapa Ramadhan yang akan datang supaya kami dapat menambah bekalan akhirat kami.

Aamiin...ya rabbal'alamin..






Popular Posts