Showing posts with label india trip. Show all posts
Showing posts with label india trip. Show all posts

Thursday, 10 March 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 14: Hyderabad - Kuala Lumpur)

Day #15 (13/2/2016)

Good morning ! Second day in Hyderabad...
bukak pintu nak pegi breakfast, nampak ada newspaper ni..



Pagi ni kami tak keluar, sebab semua nak lepak je kat bilik..ada yang tak sihat jugak. So, ada member yang baik hati dan rajin tu dah masak nasi dan macam-macam lauk Brahim ada untuk lunch.. so, kitorang makan kat bilik je lah..


Petang sikit baru kitorang keluar ke GVK Mall lagi... sebab nak beli T-shirt HRC yang semalam akak dah usha usha tu.. Oh ye, tengok auto ni pun ada pakai meter okeyyy.. canggih..








Ini hasil tuaian akak di HRC ni :))


Dah beli baju, jom lepak kat cafe di tingkat atas...
Dekat Hyderabad ni, kitorang dah tak macam backpackers dah sebenarnya masa kitorang berada di Hyderabad selama 3 hari ni...ye lah..apa tak nya... memasing shopping lagi... belanja dekat HRC tak hingat hingat semuanya... maklumlah ini dah destinasi terakhir kami... 

Ada yang sibuk nak beli seluar jeans Levis pulak.. murah juga harganya di sini.. akak pun terjebak sama... duit kertas dah habis, pakai duit plastik lah apa lagi.. hahahaaaaa..




Dah malam, jom balik hotel... jadi jadi lah tuuuu..heheee..



Day #16 (14/2/2016)

Good morning.. 3rd day in Hyderabad!

Breakfast dulu pagi ni... tak ramai yang nak makan makanan ni (lupa dah namanya), dorang lagi prefer makan maggi kat bilik..hehee..


Selepas tu, kami bersiap nak keluar makan angin jap ke bandar Hyderabad.... hmmm... sempat memperagakan pakaian kurti di sini...ceh wahhh..
yang dibeli masa sopping kat Jaipur ritu... 


Moh kita keluar.. Kami keluar ber7 je ni sebab yang 2 orang lagi tu malas nak keluar, nak lepak kat bilik je katanya sambil layan wifi dan youtube cerita korea :)) 

Sebenarnya kitorang ni nak pergi makan nasi briyani di tempat yang paling popular di Hyderabad ni, Paradise.. World's Favourite Biryani. Kata orang, tak sah kalau datang ke Hyderabad, tak rasa nasi briyani nya yang sangat femes tu..







Inilah dia lokasi bangunan Paradise Biryani tu.. Memang besar dalam tu, 3 tingkat lagi..tapi..semuanya fullhouse! Kitorang kena queue tau.. wahhh.. hebatnya...







Sejujurnya, nasi briyani ni tak lah sesedap mana, rasanya sedap lagi yang kitorang makan di Mughal Darbar, Kashmir dulu... yang itu memang perghhh..power betul! 







haaa...tu dia..total makan 7 orang.. 4367 rupees = RM284... lebih kurang RM42 seorang lah..



Selepas tu, kitorang ke kedai jeans pulak dan ada lagi yang nak ke kedai HRC lagi... nak beli T-shirt lagi... Dalam sibuk-sibuk leka memilih seluar jeans tu tak sedar, dah agak lewat dah, sebab nak kena balik ke hotel, bersiap-siap nak check out pergi ke airport pulak.. kelam kabut jugaklah bargain dengan auto sebab waktu tu jalan dah jem..


Kitorang ambik 2 buah teksi untuk 9 orang dari hotel ke airport Hyderabad, bayar 2600 rupees = RM170 (lebih kurang RM20 sorang ler) bayangkan sumbat segala beg-beg yang berlambak tu sekali, memang macam sardin lah jawabnya.. hehee..

Ada cerita kelakar masa dalam teksi, akak duduk depan berdua dengan member tu. Akak perasan driver teksi tu macam lalok je bawak teksi, risau jugak nengoknya. Dahlah perjalanan nya lama dengan jem lagi, lebih kurang sejam lebih. Bila hampir sampai ke airport, barulah driver teksi tu bagi tau yang dia sebenarnya pening kepala dengan bau perfume arab yang akak pakai! hahahaa... apasal lah dia tak bagi tau awal-awal, bolehlah akak tukar tempat duduk ke belakang... :))

oh yezzzzaaa... departure time... memasing tak sabar nak balik..nak balik..



Flight kitorang pukul 11.55pm tu..


Pekena nasi lemak pak nasser dalam flight pulak... 
lama dah tak makan nasi lemak..hahahaa.. rindu lah tu..


Alhamdulillah, dah selamat sampai ke KLIA2 pada 6.45 pagi, 15/2/2016, bumiku tercinta... orang kata... Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. walau seronok mana pun, tetap sirih akhirnya pulang ke gagang jua..


Tamatlah 17 hari Trip India kami dengan happy nya.. 
(30/1/2016 - 15/2/2016)
Terima kasih pada semua team member dalam grup ni.. Nan, Long, Farah, Ima, Kay, Mali, Zai dan Nad... uolls memang ohsem! Love you all!

Sayang korang ketat-ketat!



Nota Penting: 
jangan lupa bawa credit card/debit card yang korang buat booking dari Malaysia ye, untuk pengesahan di kaunter flight Jetstar dan Indigo nanti. Wajib bawak tu!

Tips:
#1 - paling penting di India, mesti sampai mana2 airport dalam India min 3 jam sebelum departure ye, sebab proses kastam nya sangat2 cerewet, especially di epot Srinagar.

#2 - mesti pandai bargain, kena keringkan hati bargain giler2..sebab harga dorang akan letak tinggi mcm tak masuk akal..jgn tunjuk sangat nak beli tu, buat muka derk je..

#3 - pekerja hotel kat India tu memang hidup dengan tips aje agaknya, apa2 mintak tolong sikit pun.. mintak tips, naik fedup dibuatnya, nyampah pun ado... so, korang jgn suka2 nak mintak tolong orang sana ye..

Budget kitorang, all in.. hangus dalam 4K.. hehee..sebab banyak main outdoor xtvt. oklah tu kan, puas travel 17 hari.. dengan main ski, snow bike, ATV, sledge, horse riding...kalau kat negara lain, jangan haraplah nak dapat harga murah gitew..

Ok, walau pun akak ni tak berapa pandai nak berblog, 
thanks for reading!



17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 14: Hyderabad)

Alhamdulillah, kitorang dah sampai ke Rajiv Gandhi Hyderabad Airport lebih kurang pukul 7.15am... (penerbangan selama 2 jam 5 minit dari Delhi) hmmm.. airport nya nampak moden..tempat baggage claim nya pun tengoklah tu, ada patung patung yang peragakan pakaian...macam tengok fashion show pulak..fughhh!




Hyderabad is the capital of southern India's Telangana state. A major center for the technology industry, it's home to many upscale restaurants and shops. Its historic sites include Golconda Fort, a former diamond-trading center that was once the Qutb Shahi dynastic capital. The Charminar, a 16th-century mosque whose 4 arches support towering minarets, is an old city landmark near the long-standing Laad Bazaar.

Relics of Qutb Shahi and Nizam rule remain visible today, with the Charminar—commissioned by Muhammad Quli Qutb Shah—coming to symbolise Hyderabad. Golconda fort is another major landmark. The influence of Mughlai culture is also evident in the city's distinctive cuisine, which includes Hyderabadi biryani...read more

Bandar Hyderabad ni memang bersih dan moden. dah macam di KL... Itulah persepsi dari kaca mata akak...



fisheries department


Kami check in di LOG IN Hotel. Hotel tu terletak dalam kompleks ni namanya Elephant place kalau tak silap... kat sini akak 3 orang sebilik... Akak tak sempat ambik gambar pun.. masa tu kepala dah ting tong sebab tak tidur kot... agak pening pening lalat dan penat..huhuuu.. masuk bilik jer, terus makan ubat, tidur! Lepas tu tau je lah, bila semua dah bersepah, takkan nak ambik gambar kan :))

Sedar-sedar, perut kitorang rasa lapar, tapi semua tak larat nak kluar. So, kitorang order dari bilik, nasi putih je dan makan dengan lauk Brahim dan sambal belimbing, bekalan kitorang tu..  


Tengahari, member akak ni ajak keluar ke Charminar Bazaar, nak jalan-jalan dan nak ambik gambar berpakaian dress 'anarkali' yang beli kat Jaipur tempohari tu....cunnnn dorang bertiga tu.

Tapi akak memang tak larat, kepala masih belum ok.. jadi akak tak ikut ler dorang...ada jugak 5 orang lagi member yang tak kluar...nak rehat katanya.. Sebenarnya, kitorang ni semua dah homesick, ye lah..lama sangat dah travel..



Dah lewat petang baru kepala akak ok dan kitorang keluar ke GVK Mall, janji jumpa yang dah pergi ke Chaminar tadi tu di situ.. 




Makanan di food court di GVK Mall ni semuanya halal dan boleh dimakan. Ini nasi briyani sebenarnya, ada fries sekali.. tapi dah campur kuah atasnya..dah nampak macam rojak pulak..


hmmmm..dapnya ice cream!


Masuk ke kedai HRC tapi hari ni akak tak beli lagi baju HRC ni sebab nak survey dulu.. maklumlah esok masih ada...hikkk..




Wahhh..ada orang nak belanja makan kat cafe HRC ni..best..best! 
ime aceh Zai... murah rezki..  Jom makan :))



naik auto balik, sampai depan hotel, kitorang boleh sambung lagi melencong pulak ke kedai-kedai yang kat tepi hotel tu.. pompuan..pompuan...iissshh..issshhh..






dah penat meronda, baru naik hotel..

--> [next] <--


Popular Posts